Wednesday, December 30, 2009

Hilanglah Tradisi Gelikan Babi!

Di pamiran produk halal MIHAS 2009 dulu beer halal telah diperkenalkan kepada umum. Ramai yang mengeji dan ada juga yang gembira mungkin kerana mereka adalah orang Islam yang sebenarnya peminum tegar air kencing setan itu.
Baru-baru ini pula timbul satu lagi produk yang sememangnya haram tetapi kini telah dihalalkan dengan panggilan yang sama yakni bak kut teh.
Sebelum ini tanpa kita sedari sebuah rangkaian makanan segera sejak berpuluh tahun dahulu memperkenalkan root beer dan ham burger yang mana kita tahu beer dan ham ini asalnya dari benda-benda haram.
Memang tak mabuk dan memang tak haram benda-benda ini tetapi apa yang masuk ke dalam benak fikiran semua pengguna termasuk pengguna Muslim adalah ada beer dan ada ham halal. Ada bacon haram dan ada bacon halal.
Kita fikir-fikirkan orang Islam memang nak sangatkah sebenarnya makan benda-benda haram?
Naluri manusia memang hendakkan perkara-perkara yang disarankan oleh nafsu yang jahat. Dengan wujudnya 'ikon' benda-benda haram yang telah dihalalkan ini secara otomatik ada diantara kita umat Islam yang mengatakan sekarang kita dapatlah merasa akan enaknya rasa minuman keras dan rasa babi yang tetap haram itu.
Semua perkara ini tidak lain selain dari meningkatkan obsesi umat Islam terhadap benda-benda haram lantas menghilangkan terus rasa geli terhadap babi yang turun-temurun diwarisi dari nenek moyang mereka

Friday, December 11, 2009

Ustad Nga Mahu Lebih-Inikah Doa Tok Guru?

Bertempeklah Ustad Nga kerana marahkan Utusan buat laporan tak betul. Katanya dia bukan persoalkan pembinaan dan penyelenggaraan masjid tapi jumlah untuk rumah ibadat agama lain sikit sangat.
Lebih marah lagi bila Mufti Perak, KP JAKIM dan lain-lain sama-sama taruk dia. Katanya nak buat tindakan undang-undang.
Nga kata Islam agama yang adil; kalau tanya dalil mesti dia pandai sebab dia pernah baca ayat yang berkaitan sampai 'Tok Guru Doa Binasa' cukup hormat. Tok Guru kita sampai menyatakan bila dia pandai baca Al-Quran moga-moga terbuka hati dia untuk Islam.
Tapi sama-sama kita saksikan, bukannya terbuka hatinya untuk Islam malah makin kuat dia mengasak kerajaan untuk beri ruang kepada peruntukan untuk agama lain. Nak doa ke lagi Tok Guru? Tok Guru mungkin hanya layak untuk jadi jenama produk kesihatanlah sahaja. Jangan lupa minta royalti daripada pengusaha produk kesihatan tu ya Tok Guru sebab royalti minyak mungkin jauh panggang dari api.
Comrade Khalid pun kuat mengiya dan menyokong penuh Ustad Nga. Semua layak masuk belaNGA DAP nampaknya.

Monday, December 7, 2009

Maka Itulah Doa Nik Aziz...

Jika Najib jatuh tersandung kakinya maka itulah doa nik aziz..
Jika Najib tercekik kerana makan durian maka itulah doa nik aziz...
Jika Najib tak lawas kencingnya maka itulah doa nik aziz....
Jika Najib terantuk bendul maka itulah doa nik aziz.....
Jika Najib tak boleh lelap tidur maka itulah doa nik aziz...
Jika Najib tak selera makan maka itulah doa nik aziz....
Jika Najib kena H1N1 maka itulah doa nik aziz...
Jika Najib dipatuk ular maka itulah doa nik aziz...
Jika Najib tergagap-gagap cakapnya itulah doa nik aziz....
Jika Najib sengal tangannya maka itulah doa nik aziz...
Jika Najib sakit belakangnya maka itulah doa nik aziz....
Jika Najib ditimpa tangga maka itulah doa nik aziz....
Jika Najib tergelincir di bilik air maka itulah doa nik aziz...
Jika Najib tercalar kakinya maka itulah doa nik aziz...
Jika Najib luka di dahi maka itulah doa nik aziz...
Jika Najib tersungkur tergolek maka itulah doa nik aziz....
Oleh yang demikian berwaspadalah wahai Perdana Menteri, tuan guru mengenangmu dalam doanya.

Monday, November 16, 2009

Penasihat Ekonomi RM1: Tunggulah Kemusnahannya

Untung betul rakyat Selangor dapat penasihat ekonomi baru dengan gaji RM1 sebulan. Mana nak dapat. Penasihat ekonomi yang ini bukan calang-calang orang. Anwar Ibrahim namanya. Banyak bekasnya. Bekas Menteri Pendidikan, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Kewangan, Pertanian, Timbalan Perdana Menteri. Hebat, hebat.
Yang paling hebat dalam kareernya ialah beliau juga bekas penasihat ekonomi bagi IMF bagi Asia Pasifik yang telah banyak membantu negara-negara ASEAN ketika kemelut kewangan 1997 dulu kecuali Malaysia.
Hebat lagi beliau jugalah yang telah menambah jumlah Pinjaman tidak berbayar, NPL, dan membuat lebih ramai rakyat bersama-sama kerajaan merasai krisis kewangan bila beliau menaikkan kadar pinjaman serta menaikkan pembayaran baki pinjaman kad kredit dari 5% kepada 15%.
Tak tahulah apakah pembaharuan yang bakal dibawa oleh penasihat ekonomi bergaji seringgit ini. Kata orang putih, 'You give peanuts you got monkey'. Bak kata Nabil 'lu fikirlah sendiri'. Sabda Nabi saw pula, berilah sesuatu tugas itu kepada yang bukan pakarnya, dan tunggulah saat kehancurannya.

Derma Kilat Buat Tok Guru Tunai Haji

Terkucil hasrat Tok Guru nak tunaikan haji melalui pakej RM65,000nya. Kata orang duit hadiah itu ada bau-bau rasuah.
Hairan juga kenapa Tok Guru batalkan hasratnya itu. Sebagai seorang yang arif tentang hukum, sudah tentulah beliau sudah menimbangkannya mengikut sukatan syariah. Kalau beliau yakin ianya bukan rasuah tunaikanlah niat suci untuk menjadi tetamu Allah; pesetankan apa kata orang. Tapi nampaknya Tok Guru lebih melihat kepada tanggapan orang daripada hukum. Macam ada bau-bau politik.
Malang sekali juga bila terjadi perkara begini para penyokong PAS sepatutnya melancarkan derma kilat bagi membolehkan Mursyidul Amnya menunaikan haji, tapi nampak senyap sahaja. Kesian Tok Guru, penyokongnya makin tidak peka dan tidak bermaya lagi dengan beliau.
Oleh itu Tok Guru, sudah sampai masa untuk berundur baik-baik dan mencurahkan sepenuhnya ilmu yang ada kepada umat Islam sebagai seorang daie tulin sepenuh masa. Seelok-eloknya ucaplah selamat tinggal kepada politik. Bagi PAS selepas ketiadaan Tok Guru, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Friday, November 13, 2009

Bai'ah dan Tauliah: Bahana Bila Badut Jaga Agama

Tiada angin pohon takkan bergoyang. Walaupun beberapa pihak dalam PAS menafikan isu bai'ah seperti yang diutarakan oleh Khalid Samad namun ianya adalah satu perkara yang amat memalukan umat Islam di Malaysia. Mahu tidak mahu semua umat Islam mesti merasakan ianya adalah sesuatu yang amat besar dan tidak boleh dipandang remeh.
Kewujudannya adalah pasti; apa yang kurang pasti adakah ianya satu peraturan yang jelas ataupun ianya satu 'unwritten rule to be understood and adhere to by everybody'
Di mata masyarakat umum ianya adalah satu senario baru kerana PAS sekali lagi telah dibuktikan ketaksubannya sehingga seolah-olah PAS itu sudah melebihi Islam kalaupun tidak setaraf.
Isu tauliah yang selama ini menjadi isu biasa tiba-tiba sahaja menjadi luar biasa apabila didedahkan dua ulama besar kini menghadapi tuduhan mengajar ilmu tanpa tauliah. Dr Abdullah Yassin yang rupa-rupanya sudah 3 tahun berulang-alik ke mahkamah dan Dr Asri yang baru menghadapi tuduhan yang sama dan menunggu hari perbicaraan.
Perkara ini memeranjatkan semua pihak kerana yang ditahan merupakan tokoh-tokoh agama yang ulung dan tidak perlu dipersoalkan akan kemantapan ilmu mereka.
Kedua-dua isu ini, telah membuat seluruh umat Islam termangu-mangu akan gelagat yang mendakwa sebagai pendokong agama. PAS mengakui sebagai pejuang agama cara politik dan JAIS pejuang agama melalui undang-undang.
Alangkah baiknya jika badut-badut dari kedua-dua organisasi ini turun ke bawah, ke bumi nyata dan lihat serta mengambil tindakan terhadap perkara-perkara yang jelas haram yang diamalkan oleh umat Islam kini daripada membawa seluruh umat Islam ke kancah pemikiran yang lebih berserabut yang tak perlu dibincangkan langsung secara umum.

Monday, September 7, 2009

BN Sudah Hilang Sentuhan?

Para pemimpin BN kini telah dibawa masuk ke kancah perang psikologi oleh pembangkang yang mana gelanggang dan syarat telah ditentukan oleh mereka sendiri.
Kerajaan PR telah berjaya mencipta isu demi isu untuk meraih momentum dan populariti yang mana semua isu-isu ciptaan ini telah diserang balas oleh kerajaan BN yang tentu menganggapnya telah berjaya meraih sokongan dipihaknya.
Hakikatnya semua maklum impaknya terlampau kecil atau hampir tiada kesan langsung.
BN telah kalah di tujuh PRK yang mana kalau BN sudah mula meraih sokongan sudah tentulah parti ini akan berjaya menawan beberapa kerusi kerana telah menjadi lumrah dalam PRK-PRK sebelum ini BN telah menunjukkan prestasi yang lebih baik kerana semua jentera parti dan kerajaan bertumpu dikawasan-kawasan terbabit.
Hakikat ini telah digunakan oleh pembangkang untuk melunturkan semangat jentera BN. Mahfoz Omar telah mula dengan melontarkan idea 7-0. Tujuh dimenangi oleh pembangkang dan tiada kerusi yang berjaya dirampas oleh BN. Hakikat kemenangan BN di Batang Ai telah diperkecil-kecilkan oleh Hadi Awang dengan isu cawat.
Ketulah BN bermula 18 bulan lalu apabila kalah teruk dalam pilihanraya, tetapi selepas semua keputusan diumumkan, Hadi telah menyedarkan UMNO bahawa parti Melayu itu masih kukuh dan tidak kehilangan banyak kerusi seperti yang dialami oleh rakan-rakan lain dalam BN.
Para pemimpin dan pakar strategi BN telah terperangkap dengan mainan ini. Di Permatang Pasir BN jentera BN juga telah dilalaikan dengan isu kelemahan calon yang membuatkan mereka terpaksa dalam mode pertahanan sedangkan mereka sudah jauh melangkah ke hadapan lebih-lebih lagi ianya merupakan kawasan BABI (Brader Anwar Bin Ibrahim).
Kegagalan pemimpin BN juga terserlah apabila PR berjaya melunturkan kredibiliti agensi-agensi kerajaan yang penting seperti Polis, SPRM, SPR, institusi kehakiman dan institusi raja sekalipun. Malah kewibawaan dewan sekalipun telah berjaya dicabar dan dipermain-mainkan.
Sebenar BN mempunyai banyak alasan untuk merempuh ketumbukan pembangkang tetapi oleh kerana tiada kesatuan dan persefahaman dalam melancarkan serangan maka impak serangan itu tidak menunjukkan kesan.
Tindakan samseng DAP di Dewan Undangan Negeri Perak, isu lilin Teoh Beng Hock, isu orang UMNO tak masuk syurga,isu negara Islam, isu Nga baca Quran, Kampung Buah Pala, Gobalakrishnan yang menampar polis, perarakan menentang ISA, PPSMI, pendirian Hudud dan Negara Islam oleh DAP, isu arak dan kuil di Selangor, penglibatan Exco Selangor dalam kongsi gelap, tulisan jawi yang dibawa oleh Teresa Kok, tanah 999 tahun dan banyak lagi isu yang boleh diketengahkan.
Tetapi ada pihak dalam BN hanya membiarkan ia begitu sahaja kerana ia melibatkan kepentingan sesuatu kaum. MCA akan berdiam diri kerana tanah pajakan 999 tahun yang diluluskan oleh Nizar adalah hak orang Cina. MIC tidak akan bersuara mengenai isu kuil kerana is kepentingan orang Hindu.
Tetapi bagi orang Melayu semangat berparti tetapi diberikan keutamaan walaupun ia mempunyai harga yang tinggi yang melibatkan soal-soal terpenting seperti aqidah. Bila ada pertembungan ini maka mereka akan menuding sesuatu puak itu dengan mendedahkan perbuatan yang lebih teruk dalam agama. Kepentingan agama dalam hal ditolak tepi walaupun oleh sebuah parti yang mengaku mempertahankan Islam.
Pendeknya Islam itu hanya dipandang apabila ada kepentingan tertentu dan umumnya, rasionalisma kemanusiaan, realiti, hakikat dan kebenaran semuanya boleh dinafikan oleh sesiapa yang mempunyai kebijaksanaan untuk memanipulasi keadaan.
Apakah para strategis BN sudah termasuk dalam perangkap ini ataupun sudah kepupusan sentuhan?

Tuesday, August 18, 2009

Kenapa Tak Cakap Kafir DAP Pasti Masuk Neraka?

Tok Guru Sasau cerita lagi fasal syurga. Kali ni kila ghoyak, orang UMNO tak masuk syurga kerana mengamalkan Islam sesat Palestin. Yang mana satu? Dulu kata Islam Hadhari sesat, sekarang imam Islam Hadhari dah turun takhta, timbul pulak Islam Palestin yang UMNO amalkan. Cubalah Tok Guru Sasau ini menjelaskannya secara akademik sikit.
Sejauh mana Tok Guru Sasau yakin bahawa sebenarnya PAS itu Hizbullah yang menjamin orang masuk syurga?
Sejak bila pula ada nas yang mengatakan Malaikat Ridhuan yang menjaga syurga digantikan oleh Tok Guru. Tok Guru seolah-olah menjadi penjaga syurga macam penjaga tiket wayang. Tak ada tiket tak boleh masuk kecuali tiket PAS.
Kenapa Tok Guru tak berani bercakap terus terang bahawa semua orang DAP sudah pasti masuk neraka? Kenapa tak kata semua orang PKR dihumban sama? Memang Tok Guru Sasau takut kerana dia bersekongkol dengan orang yang pasti masuk neraka.
Sedangkan Nabi pun sangat berhati-hati menjatuhkan hukuman, siapa pula Nik Aziz?
Sudahlah tu Tok Guru Sasau, kalau pun awak bijak nak hukum siapa masuk neraka siapa masuk syurga, bimbinglah supaya semua boleh masuk syurga seperti ajaran Nabi, tapi bukanlah sampai masuk PAS!

Monday, August 10, 2009

UMNO Harapan Terakhir Umat Islam?

Apakah petunjuk yang diberikan Allah kepada Pok Nik untuk mengkaji semula perjanjian batil dengan pakatan setan. Semua telah dipertontonkan tetapi beliau masih memandang sebelah mata dan tidak mahu memberikan komen yang diharapkan dari seorang yang diberikan jawatan Mursyidul Am.
Allah telah menyenangkan kerja beliau dan beliau hanya perlu membuat keputusan samada mahu terus di dalam pakatan ini berdasarkan petanda-petanda yang bayyin.
Sahlah sudah DAP memang menentang Islam dan suara-suara yang dijulang untuk kepentingan Islam terus diketis begitu sahaja malah penghinaan demi penghinaan dilontarkan yang melihatkan betapa lemahnya umat Islam di Tanah Melayu Jawi ini.
Jika soal arak sahaja boleh diabaikan begitu sahaja, apa lagi dengan hasrat besar PAS untuk menegakkan hukum hudud.
Samada PAS tidak dihiraukan atau memang PAS ini rela sekali tidak dihiraukan demi membela perut dan jawatan masing-masing. Tetapi kesan yang terbesar bagi rakyat negara ini adalah umat Islam bukanlah umat yang boleh mendominasi negara ini di kala parti yang konon membela Islam sudah menjadi sebuah parti picisan.
Musnah sudah harapan sejumlah besar umat Islam yang telah memberikan sokongan kepada parti ini untuk melihat Islam benar-benar terbela. Cuma kita ingin melihat apakah umat Islam masih mahu meletakkan harapan untuk menegakkan Islam menerusi UMNO.

Wednesday, August 5, 2009

Nggak Cocok Terus!!

Seorang perawan Indonesia telah ditanya oleh seorang lelaki peramah.
"Neng,kamu udah menikah?" tanya lelaki itu dengan penuh harapan. "Nggak lagi" jawab perawan itu.
"Mengapa?" tanya si lelaki itu. "Ohh, belum ada yang cocok", jawab perawan itu.
Sebulan lagi takdir Allah bertemu lagi mereka berdua dan soalan yang sama ditanya oleh lelaki tersebut tapi jawab perawan itu, "ohh udah nikah pak, kerna sudah ada yang cocok" Kini dia sudah bekas perawan.
Dua bulan kemudian nasib telah menentukan mereka ketemu lagi dan lelaki itu bertanya khabar seperti sebelum ini, tetapi perempuan tersebut menjawab dengan wajah yang sayu, "Saya udah bercerai pak" "Ngapain?" tanya lelaki itu.
"Kurang cocok pak!"
Kalau dalam cerita penglipurlara ini sekurang-kurang ada cocoknya, tetapi dalam realiti Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan Keadilan, memang dari dulu tak pernah COCOK!!

Tuesday, August 4, 2009

Pejuang-pejuang Bahasa Yang Sombong!

Kementerian Pelajaran telah mengadakan satu sesi perbincangan dan maklum balas mengenai tindakan kerajaan menghapuskan semula PPSMI dan nyata dari angka-angka yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom SKlah yang paling merugi dan terus menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan.
Sesi tersebut yang telah dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum Kementerian Pelajaran telah dihadiri oleh lebih 60 cendikiawan dan pakar pendidik dan bahasa dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Perbincangan tersebut telah di bahagikan kepada dua kelompok, iaitu kelompok yang yang membincangkan kaedah dan tindakan memartabatkan Bahasa Melayu dan satu kelompok mencari kaedah memperkukuhkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Selama sehari suntuk mereka berbincang akhirnya kedua-dua kelompok membentangkan cadangan masing masing.
Kelompok memartabatkan bahasa Melayu telah diwakili oleh Professor Datuk Haji Abdullah manakala kelompok memperkukuhkan Bahasa Inggeris diwakili oleh Datuk Asmah Ali.
Nyata sekali cadangan yang dikemukakan olen oleh kelompok memartabatkan bahasa Melayu tidak teratur dan seolah-olah hilang fokusnya dan banyak berdasarkan sentimen dan tidak menjurus kepada penyelesaian yang konkrit akibat gagal untuk mencari sebab mengapa Bahasa Melayu gagal dimartabatkan. Banyak mengemukakan masalah daripada cara penyelesaian dan ahli-ahli mesyuarat tersebut menitik beratkan kepada peruntukan yang mesti diadakan untuk memberikan kemudahan yang serupa diberikan kepada pengajaran Bahasa Inggeris tanpa menyedari jumlah dan bentuk content yang ada dalam P&P Bahasa Melayu.
Wakil Kementerian Pelajaran Dr. Haili, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran harus dipuji dengan sikap terbuka dan melayan kehendak-kehendak kelompok ini yang rata-rata adalah penentang PPSMI. Tetapi malang apabila sesi perbincangan ini dibuka mereka semua mampu untuk mempertahankan martabat Bahasa Melayu berdasarkan sentimen semata-mata.
Berbeza dengan kelompok Bahasa Inggeris yang telah membentangkan cadangan mereka dengan lebih teratur dan fokus kepada isu-isu, perspektif dan cadangan-cadangan yang konkrit untuk memperkukuhkan P&P bahasa penjajah itu.
Mesyuarat tersebut jelas menampakkan akan keletihan pejuang-pejuang bangsa ini dalam memberikan cadangan yang bernas sebaliknya melepaskan tanggungjawab ini kepada 'political will' semata-mata. Pendek kata salah Najiblah. Inilah sikap orang Melayu tanpa mengira diperingkat mana mereka berada tetapi cenderung kepada menyalahkan orang lain.
Professor Abdullah dalam intronya telah menyatakan beliau akan berbahasa Melayu dan menempelak wakil luar negara dengan menyatakan, "if you don't understand what I'm saying, pretend that you do like students in our school"- satu kenyataan yang sombong dan kurang sopan dari seorang terpelajar.
Datuk Asmah Ali telah mengambil langkah yang bijak dengan membentangkan cadangan kelompok Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu dengan teks terpapar dalam Bahasa Inggeris supaya semua boleh faham. Ini satu tamparan kepada Professor Abdullah!
Bagaimanapun Braveiron memuji tindakan Kementerian Pelajaran yang telah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan akur kepada kehendak pemimpin, tetapi malang golongan yang dikatakan pejuang bangsa ini gagal memanfaatkan peluang ini semaksima mungkin.

Thursday, July 30, 2009

Serban Pak Hadi Awang Buat Cawat

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti nak undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS."-Pak Hadi
Mereka yang beraka waras sudah tentu dapat melihat akan betapa rendahnya pemikiran pemimpin-pemimpin PAS sekarang. Nik Aziz sudah tak layak lagi digelar ulama, Pak Hadi pula tanpa menggunakan hujah yang waras telah menyinggung perasaan orang Dayak. Tak pasal-pasal Pak Hadi mencari pasal.
Seolah-olah mereka sudah hilang dari hidayah Allah. Cakap mereka sudah tidak serupa cakap orang berilmu malah seperti cakap orang bodoh.
Mereka bukan memalukan diri sendiri tetapi memalukan seluruh umat Islam di Tanah Melayu ini.
Reaksi orang Dayak nampaknya lebih matang berbanding Pak Hadi.
Apa akan jadi jika mereka mengaku masih bercawat dan meminta Pak Hadi dan orang PAS membekalkan cawat dari serban terpakai kerana kepala-kepala orang PAS tidak lebih dari 'awang' mereka?

Tuesday, July 28, 2009

Pok Nik...Janganlah Sampai jadi Bangkai PAS!

Kelmarin nadanya elok sekali-nak hulur salam dan lupakan sengketa politik lalu dengan Kerajaan Pusat. Semalam Tok Guru Sasau kata "Pergi jahanam dengan UMNO"
Amboi! Cantiknya bahasa ulama kontemporari ni!
Sebelum ini pula UMNO sama ajaran Ayah Pin dan Chin Peng.
Satu persatu kenyataan Pok Nik ini tak menampaknya kematangan beliau dalam memberikan hujah yang bernas terhadap sesuatu perkara melainkan beliau hanya bersuara dalam keadaan yang emosional. Pok Nik lebih cenderung kepada politik 20-30 lalu walaupun PAS telah menguasai 2 negeri sekarang.
Baru-baru ini pula beliau memberikan hujah yang amat lemah mengenai Nizar yang membakar colok memperingati Teoh yang mati terjatuh.
Kalau buka balik lembaran sejarah, banyak lagi kenyataan-kenyataan Pok Nik ini yang langsung tidak menggambarkan beliau seorang tokoh ulama yang tersohor seperti yang digambarkan dalam biografinya.
Biografi? Dalam Islam kalau seseorang tokoh itu masih hidup tidak perlulah kita memujinya kerana tidak ada siapa yang tahu bakal kesudahannya. Biografi adalah untuk orang yang sudah pergi.
Cuma kita harap Pok Nik cepat sedar kerana secara perlahan-lahan umat Islam kini sudah hilang kepercayaan terhadapnya. Lebih membimbangkan ialah kepercayaan umat Islam luntur kepada semua ulama tanpa mengira ulama suk atau ulama yang haq.
Janganlah kesasauan Pok Nik ini menjadi beliau tidak lagi dipedulikan sehingga beliau menjadi bangkai PAS.

Wednesday, July 22, 2009

BELASAH DULU, BARU SIASAT

Macam mana nak siasat kalau tak ada yang mahu tampil untuk beri keterangan. Manoharan dan Ean tak muncul-muncul. Nak bentang karpet merah baru mahu datang ke?
Nampak sangat DAP nak menyorokkan sesuatu tentang penyalahgunaan wang rakyat dan pengeluaran berkoyan-koyan lesen maksiat di Selangor.
Mereka suruh siasat, bila ada proses siasatan mereka tak datang. Nak siasat orang UMNO? Nak siasat Najib, Muhyiddin, Hishamuddin? Apa kena mengena? Ini mengenai gangsterism dalam DAP.
Tangkap Ronnie, Lim Kit Siang, Anwar, Manoharan, Teresa, Tan masuk lokap, belasah dulu kemudian tanya. Mesti kena belasah sebab mereka buat tuduhan yang bukan-bukan sebelum siasatan dijalankan dan menjejaskan imej polis.
Pakatan tidak lain hanya sebuah badan yang menyusahkan dan membuang masa rakyat, membuang wang rakyat.
Sibuk mendesak untuk kerajaan buat siasatan tetapi tidak beri kerjasama. Memang lidah bercabang.

Husam Boleh Makan Babi

Datuk Husam Musa telah mempertahankan tindakan menyertai virgil oleh Nizar Al Majusiyyah sempena kematian Teoh Beng Hock. Kata beliau semua pembangkang buat salah, pegang lilin salah, pakai baju hitam salah, baju hijau salah.
Siapa kata tak boleh, makan babi pun boleh, minum arak pun boleh. Islam sahaja yang kata tak boleh.
Sentimental nampak Husam Al-Lengit ni. Dah kalah nak cari perhatian dan publisiti murah ke. Oh lupa, sifu beliau adalah Brader Anwar Bin Ibrahim atau singkatannya 'BABI'. Jadi methodologinya syerupa.
Alasan Husam adalah protes. Jadi kalau gitu jika DAP protes dengan cara makan babi dan minum arak boleh join jugalah.
Upacara pegang lilin virgil telah dinyatakan haram oleh Prof Mahmud Zuhdi, sama dengan makan babi.
Pok Nik, Hadi, Azizan, Ahmad Awang, Dato' Harun Din, tengok-tengoklah gelagat pemimpin-pemimpin PAS yang lebih mengelirukan ini. Kamu semua ulama besar dalam PAS, tak boleh tegur ke? Kalau gitu semuanya sama, memang PAS Parti Ajaran Sesat! Parti Amat Sasau!
-Lepas ni selain tasbih, kayu sugi, lebai-lebai PAS bolehlah bekalkan lilin dalam jubah masing-masing.

Monday, July 20, 2009

...Salah Bapak Tak Pakai Sarong.....

Setiap kejadian Allah itu ada gunanya, samada kita diberikan manfaat daripadanya atau diberikan teladan dengan keadaannya.
Semua orang marah dengan gelagat Nizar Jamaluddin tapi kalau kita fikir balik, dengan tabiat buang tebiat beliaulah kita dapat mempelajari ilmu kemanusiaan.
Kita dapat ramai-ramai saksikan bagaimana seorang yang telah menjamah kuasa dan pernah berkuasa, ingin terus menjadi pelahap kuasa.
Apa sahaja sanggup dia lakukan terhadap benda-benda karut macam menyertai virgil pasang lilin cara Nasrani dan Majusi.

Bagi mereka yang tak tahu fikir panjang mungkin ini keluhan mereka apabila melihat kelaku Nizar;
Bukan salah ibu mengandung, tapi salah bapak tak pakai sarong....

Sunday, July 19, 2009

Nizar Al Majusiyyah

Lihatlah wahai ahli-ahli PAS, apa sudah jadi dengan pemimpin kanan kamu ini. Beliau telah menyertai upacara ala Majusi dalam menyatakan sokongan dan rasa sedih atas kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha politik Ean.
Bayangkan kalau pemimpin UMNO yang buat sedemikian sudah tentu akan dicarut, dimaki dan di'sula' oleh ulama PAS.

Nizar kini boleh digelar Al-Majusiyyah

Politik Pakatan Rakyat Yang Semakin Menjengkelkan

Sudah empat hari Teoh Beng Hock mati di pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam tetapi kenyataan-kenyataan dan perhimpunan demi perhimpunan telah dianjurkan oleh PR untuk terus menjadikan berita sedih ini sebagai modal politik.
Manik Urai telah cukup untuk memberikan isyarat kepada sokongan rakyat terhadap PR yang makin menguncup dan tindakan wajar bagi mereka ialah mempergiatkan kempen dan dengan timbulnya peristiwa sedih ini adalah berita gembira sebenarnya bagi Anwar dan konco-konconya DAPnya.
Bagi DAP tentulah isu utama mengenai penyalahgunaan wang kerajaan dapat diredakan dan bagi Anwar tentunya kes liwatnya tidak mendapat tempat yang utama di media-media buat waktu ini.
Bagi PR inilah waktunya untuk melemparkan apa jua tuduhan yang patut dan tidak patut terhadap kerajaan kerana inilah satu cara yang paling baik untuk memberitahu dan membuktikan kepada rakyat kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang langsung tidak boleh dipercayai.
Teresa Kok terus berkokok menyatakan ini adalah akibat tekanan dari 'political masters' BN yang menyebabkan pegawai SPRM menekan Teoh sehingga beliau tidak tahan dan membunuh diri. Ada yang menuduh ini sudah pasti kerja khianat dari kerajaan dan ada yang berpendapat kerajaan harus bertanggungjawab penuh terhadap kematian ini kerana Teoh masih lagi dalam jagaan kerajaan.
Memang segala macam andaian boleh dibuat terhadap peristiwa ini. Mereka yang memihak kepada kerajaan juga boleh membuat andaian.
1. Mereka boleh beranggapan bahawa sebenarnya ini adalah kerja tali barut dan gangster DAP kerana kematian Teoh boleh menutup segala kerja kotor kerajaan Selangor dalam mengagihkan wang kerajaan.
2. Oleh kerana mendiang mati di premis SPRM, sebuah agensi kerajaan, maka proses memburuk-burukkan kerajaan terus boleh dilaksanakan seperti biasa.
Taiko DAP, Ronnie Liu misalnya telah menyamakan kes ini seperti kes Kugan yang mati dalam tahanan polis.
Inilah kerja pembangkang dan kerja pembangkang ini pernah menyebabkan maruah negara terjejas seperti apa yang berlaku dalam kes ketuk ketampi sedikit masa dahulu.
Terhegeh-hegehlah Azmi Khalid menyembah maaf dengan kerajaan China kerana DAP telah menyatakan bahawa yang diketuk ketampi adalah warga China. Tetapi kerajaan sendiri dapat malu yang besar kerana didapati perempuan itu adalah seorang warganegara Malaysia, Melayu. DAP diam, orang Melayu pun DIAM!
Kalau Uji Rashid nyanyi semakin hari semakin sayang, tapi bagi Anwar, Ronnie, Teresa, anak-beranak Lim dan lain-lain kutu PR, kita boleh pekik semakin hari semakin mual, muak, jelak, menyampah..............

Friday, July 17, 2009

Awas Buku Kecil Dakyah Kristian Guna Dalil Quran!!!

Mungkin tindakan 2 wartawan Al-Islam yang menyelinap masuk secara penyamaran ke gereja Katolik adalah atas keprihatinan terhadap isu murtad di kalangan umat Islam di negara ini.
Namun tindakan mereka itu telah mendapat kritikan yang sinis dari Martin Jalleh dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Martin Jalleh telah menyiarkan surat terbukanya kepada dua wartawan yang digelar spy atau pengintip. Beliau dengan bersahaja menyatakan bahawa jika wartawan tersebut secara jujur menyatakan hasrat mereka, pihak gereja akan memberikan sambutan yang gemilang, seperti mana yang telah diberikan kepada Khalid Samad ketika melawat Church of the Divine Mercy, Shah Alam tahun lalu.
Khairy dan Martin masing-masing memberikan persoalan apakah yang akan berlaku jika orang Kristian membuat perkara yang serupa.
Martin dalam surat terbukanya telah menyatakan bahawa berita mengenai ramai remaja telah dibaptiskan dalam jumlah yang ramai setiap hari Ahad terbukti salah; oleh wartawan tersebut dan berita yang sama boleh diperolehi dari pegawai SB yang memantau gereja tersebut setiap minggu.
Martin juga telah berjaya mewujudkan tanggapan bahawa tindakan wartawan tersebut adalah satu tindakan yang bodoh dan biadap.
Tetapi hakikatnya, apakah kaum Nasrani ini akan berhenti dari usaha menyesatkan umat Islam? Dalil yang kukuh dari Al-Quran Surah Al-Baqarah telah memberikan satu penjelasan yang tidak perlu ditafsirkan panjang-panjang.
"Tidak sekali-kali orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan redha kepada kamu selagi kamu tidak mengikut millah atau jejak langkah mereka"
Bagi umat Islam yang prihatin, pandangan negatif terhadap golongan Nasrani itu sentiasa valid walaupun kadangkala tindakan mereka kadangkala tidak beretika.
Kita juga sering dapat mengesan dalam pemerhatian kita seharian bahawa sebenarnya usaha untuk memurtadkan orang Islam di sini sedang berjalan aktif.
Yang terbaru ianya dalam bentuk buku kecil yang mengandungi ayat-ayat Quran digunakan sebagai dalil yang kononnya menghendaki umat Islam patuh kepada syariat Nabi Isa as. Buku ini telah didapati diedarkan di plaza-plaza tol PLUS.
Braveiron akan siarkan gambar buku kecil ini supaya umat Islam berhati-hati dalam posting akan datang. Bagi mereka yang kurang pengetahuan agama pasti termakan dengan apa yang dipaparkan oleh buku kecil yang durjana ini.

Thursday, July 16, 2009

Mansion K Toyo VS Rumah UMNO


Ini rumah UMNO Ampang yang bakal menjadi sarang penagih dadah, tempat jin dan setan dan akan terkulai, terkapai dan yang pasti terbengkalai.



Ini rumah ops, mansion Khir Toyo, bekas Menteri Besar dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor yang tersergam, indah saujana mata memandang yang berharga hanya RM3.5 juta.

Braveiron belum sempat ambil gambar rumah Ketua Bahagian, Datuk Ismail Kijo.

Parti hampir mati kalau dinilai dari pusat nadinya, pemimpin parti berubah dari pemakan gaji menjadi penaji.

Wednesday, July 15, 2009

Gara-gara 'BN' dan 'RM'

Dalam masyarakat Melayu sekarang agak biasa kita terlintas dengan banyak watak-watak nakal yang memberikan label yang bersifat sinis terhadap pemimpin.
Begitu ramai juga yang muncul memberikan sokongan moral kepada PM keenam kita di ketika sambutan 100 hari beliau menjawat jawatan No 1 negara itu.
Dicelah-celah sokongan yang padu itu timbul pula ungkapan-ungkapan yang sinis; tetapi bagi sesetengah pihak ia dianggap lucu.
Dailog ini telah berkemandang diambang sambutan 100 hari Najib jadi PM.
Nakal: Negara kini diperintah oleh BN
Lurus Bendol: Memanglah selama ini diperintah BN
Nakal: Ehhh, ni BN lainlah.
Lurus Bendol: BN apa pulak?
Nakal: 'Bini Najib'lah

Nakal: Kau dah tukar duit RM?
Lurus Bendol: Memanglah kat Malaysia pakai duit RM, Ringgit Malaysia kan?
Nakal: Kau ni naif betullah
Lurus Bendol: Kau ni duit pun tak kenal
Nakal: Sekarang duit RM dah tukar, BNM dah lulus!
Lurus Bendol: Aah!
Nakal: 'Rosmah Mansor'

Begitulah orang Melayu yang seolah-olah tak ada kerja lain, mempunyai masa untuk memikirkan hal-hal yang sedemikian!

Tuesday, July 14, 2009

Penghapusan PPSMI Tindakan Populis?

Mungkin ramai yang lega apabila Menteri Pelejaran membuat keputusan untuk membatalkan PPSMI secara beransur-ansur sehingga 2012.
Ini adalah harapan dan cita-cita golongan yang dikatakan pejuang bahasa Melayu dan penjaga Fasal 153. Maka mereka berpuas hati kerana kerajaan akhirnya akur dengan tekanan mereka.
Tak kurang ada yang sedih akan tindakan tersebut terutamanya pelopornya mantan PM, Tun Mahathir. Beliau nampak bahawa tindakan tersebut akhirnya akan merugikan Melayu dari segi peluang pekerjaan dan peluang-peluang memajukan diri mereka dalam bidang sains dan teknologi.
Tindakan kerajaan itu sudah pastinya setelah mengambil kira sentimen orang Melayu yang mahu memartabatkan bahasa Melayu supaya ia setanding dengan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa ilmu sains.
Atau apakah tindakan tersebut adalah kerana mengambil kira sebilangan guru sains dan matematik yang gagal untuk mengajar subjek-subjek tersebut dalam BI? Umum sudah mengetahui bahawa sudah pastilah guru-guru tersebut adalah dari kalangan guru-guru Melayu.
Hakikatnya adalah hampir pasti pelajar kita akan terus ketingalan dalam bidang penting ini di ketika dasar bagi penyaluran ilmu ini berubah-ubah mengikut sentimen dan kepentingan politik.
Yang pasti banyak masa akn diluangkan untuk mencari-cari istilah yang sesuai ketika bidang ilmu sains adalah satu disiplin yang pantas berkembang. Sudah pasti lebih banyak buku rujukan yang perlu diterjemahkan dan apabila sesebuah buku selesai diterjemah, perkembangan sains terus menemui bidang ilmu yang baru.
Dalam hal ini kita telah memberikan ubat yang salah untuk penyakit yang lama.
Penyakit Melayu yang paling kronik ialah amat sensitif kepada perkara yang tidak relevan. Bahasa Melayu boleh dimartabatkan dengan pelbagai cara lagi. Kenapa identiti tulisan Melayu yakni jawi kini sudah tidak diberikan perhatian?
Satu-satunya akhbar jawi yang ada kini hanya menjadi sisipan dan disudi dibaca? Apa usaha pendokong GMP terhadap gejala ini?
Puncanya adalah sikap umat Islam sendiri yang tidak menghargai apa yang mereka ada dan tidak mendalami ilmu seperti yang dituntut agama yang mereka anuti.
Fikirkanlah berapa ramai Melayu yang berusaha untuk belajar bahasa Arab sedangkan Islam itu diturunkan melalui Al-Quran yang berbahasa Arab?
Apakah GMP juga akan melenting jika kita tekankan bahasa Arab dalam kurikulum kita?

Friday, July 3, 2009

Akhirnya Pas Berjaya 'Menyamak' Kedah

Pada orang Islam Kedah terutama yang tinggal berhampiran dengan Kampung Berjaya tentunya menarik nafas lega dan lebih segar terutama 'haruman' dan kotoran akibat proses sembelih babi dapat dirobohkan setelah sekian lama BN memerintah.
Tidak syak lagi undi Melayu di situ adalah milik Pas selama-lamanya. MB langsung tidak mempedulikan suara-suara DAP yang mahu keluar dari Pakatan. Mungkin dalam hal ini BN tidak berbuat demikian kerana bimbang MCA dan Gerakan akan melakukan perkara yang sama lebih-lebih lagi sokongan parti komponen itu kian terhakis. Tetapi malangnya 'toleransi' yang dipamirkan BN itu tidak diambil kira oleh penyokong Cina sehingga Kedah tersungkur ke tangan Pakatan.
Apabila insiden merobohkan pusat sembelih babi itu berlaku, mungkin semua Cina Kedah yang menyokong MCA dan Gerakan berkata kepada penyokong DAP, 'padan muka'.
Pemimpin UMNO mungkin lega, bukan kerana isu babi ini tetapi kerana menyaksikan rentetan keretakan dalam Pakatan dari hari ke hari, dari negeri ke negeri.
Memang UMNO kelihatan tidak peka dengan babi kalau kita mengambil kira sikap dan pendirian kerajaan Melaka pimpinan Ali Rustam. Untuk makluman penduduk di sekitar Masjia Tanah telah hidup dalam keadaan penderitaan akibat babi sejak 50 tahun lalu.
Nampaknya Ali kena belajar macam mana nak samak babi dengan Pak Azizan Kedah.
Baguslah kalau babi boleh satukan Melayu!

Tuesday, June 23, 2009

Hati2 Ekor Lembu Import

Dalam kesibukan kita membincang soal politik, mari kita renung sebentar terhadap perkara-perkara yang melibatkan kita sebagai pengguna Islam.
Para pengguna khususnya penggemar sup ekor lembu diminta berhati-hati dengan lambakan ekor lembu import entah dari mana yang dibawa masuk oleh pengimport-pengimport yang tidak diketahui halal-haramnya.
Menurut seorang pegawai kastam kemasukan ekor-ekor lembu ini adalah banyak sehingga memenuhi sebuah kontena berukuran 40 kaki. Menurutnya lagi, saiz ekor lembu tersebut sangat tidak munasabah sehingga beliau amat tidak yakin bahawa ianya adalah dari lembu.

"Sejak dari itu saya tidak makan lagi ekor lembu," kata pegawai kastam berkenaan.
Apa yang menghairankan adalah mengapa tidak ada langsung tindakan yang boleh diambil dan sehingga ke hari ini ekor-ekor lembu tersebut masih lagi dibawa masuk dan dijual secara berleluasa di pasar-pasar yang di pusat-pusat makanan khususnya makanan Siam yang menyediakan masakan sup ekor.
Pegawai tersebut pernah mempersoalkan dari mana ekor-ekor lembu tersebut datang dan adakah ianya dari lembu-lembu yang disembelih mengikut kehendak syarak, kalau betullah ianya lembu. Persoalan tersebut tidak terjawab sehingga hari ini.
Pegawai tersebut tidak boleh mengambil tindakan kerana perkara tersebut bukan dalam bidang kuasanya.

Thursday, June 18, 2009

Alahai Pok Nik!


Semakin sasau Mursyidul Am PAS nampaknya. Samada dia berkuasa atau tidak tetapi mengarahkan Ustaz Nasarudin untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden sekali gus wakil rakyat kawasan Bachok adalah satu tindakan yang melulu seperti yang dianggap oleh MB Kedah, Datuk Azizan.
Pok Nik, Pok Nik, daripada mengarahkan Nasaruddin letak jawatan ahli parlimen Bachok, elok sekali kalau Pok Nik suruh Ibrahim Ali meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Pasir Mas yang dimenangi atas tiket PAS tetapi tidak sehaluan dengan PAS.
Umum kini sudah maklum akan kesasauan orang yang dipanggil Tuan Guru ini. Entah apa yang telah menyelinap masuk ke hati sanubari beliau sehingga sanggup melabelkan mereka yang ingin menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO sebagai boneka sambil tidak menghiraukan kebonekaan parti beliau di Perak yang mana MB Nizar telah dibodohi dan terus berkelakuan seperti monyet di DUN Perak dan di Parlimen.
Semalam Mufti Perak telah menyatakan persetujuan beliau terhadap kesatuan itu demi keutuhan dan keselamatan umat Islam di negara ini.
Pok Nik masih lagi degil. Sayang seribu kali sayang jika ini perjuangan akhir beliau dalam politik, beliau mungkin kecundang sebagai orang yang bencikan perpaduan dan menyemaikan bibit-bibit kebencian di kalangan umat Islam dan beliau bukan lagi boleh digelar mujahid Islam.
Tetapi walau bagaimanapun kami berdoa agar Pok Nik segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dan memperjuangkan Islam dengan cara yang ditunjukkan Nabi saw.

Sunday, June 14, 2009

Haramkan SIS: PAS Juga Tak Layak Guna Label Islam

Coretan ini TIDAK SAMA SEKALI bertujuan untuk menyokong perjuangan SIS, tetapi melihatkan kenyataan PAS yang ingin mengharamkan pertubuhan mengembalikan hak wanita itu braveiron berpendapat PAS juga harus sanggup untuk melunturkan label Islam dalam perjuangannya.
Ini kerana tindak tanduk PAS yang kita maklumi banyak bercanggah dengan Islam dan memburukan keadaan lagi mereka masih lagi berslogankan kepimpinan ulama', mempunyai identiti Islam pada pakaian dan anggotanya kebanyakkan mempunyai latar belakang pendidikan Islam.
Sebenarnya PASlah yang lebih menyesatkan ramai umat Islam dalam perjuangannya menguasai kepimpinan negara yang mana paling ketara yang masih jelas dalam ingatan kita adalah amanat Haji Hadi sendiri pada tahun 1983 yang telah memberikan tanggapan bahawa ahli-ahli UMNO semuanya kafir. Maka sejarah telah menyaksikan bagaimana isu politik ini begitu buruk sehingga menjejaskan institusi keluarga dan struktur masyarakat. Mengapa tiada lagi penjelasan terhadap isu pangkah PAS masuk syurga? Sejauh mana mereka menghayati semangat perpaduan seperti dianjurkan oleh Al-Quran dan Hadis?
Lihat pula kenyataan-kenyataan karut yang telah dikeluarkan oleh Mursyidul Am Tuan Guru. Terakhir perhatikan pula gelagat beliau apabila mengambil sikap yang degil untuk tidak mahu menerima cadangan kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh Hadi.
Semak balik semua kenyataan-kenyataan yang busuk dan penuh kehinaan yang diucapkan oleh para pemimpin mereka yang kasar seperti Mat Sabut, Nasaruddin, Nizar, Khalid dan lain-lain. Islamikkah mereka dalam kenyataan dan tindak-tanduk mereka?
Parti ini penuh dengan kekarutan, dendam kesumat, dan ini diseliputi oleh jubah,kopiah dan serban para pemimpin mereka. Kerana kuasa mereka sanggup menjual ayat-ayat Allah, kerana kuasa mereka sanggup menjual maruah, kerana kuasa mereka sanggup bekerjasama memaki hamun sesama saudara Islam, kerana kuasa mereka sanggup menjadi boneka puak kafir.
Dulu mereka mahu menegakkan Daulah Islamiah, kini mereka kata 30 puluh tahun lagi, tak ada dalam perlembagaan, atau apa-apa dokumen PAS yang mengatakan mereka mahu menegakkan undang-undang hudud.
Kita boleh mempermainkan sentimen lain tetapi PAS telah pergi lebih jauh dalam kesesatan dengan mempermainkan agama Islam!
Ramai boleh menerima hakikat SIS mempunyai matlamat kearah Islam liberal tetapi mengapa ramai diantara umat Islam tidak boleh menerima hakikat bahawa PAS bukanlah pejuang Islam tulin tetapi hanya berselaputkan Islam sebagai mengabui mata kita.

Tuesday, June 2, 2009

Syariah Boleh Berubah-YB Dzulkefly


Dr. Dzulkefly bersama sahabatnya Clir Edmond Yeo, ahli lembaga penasihat MTT

Ahli Parlimen PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad telah membuat satu kejutan besar apabila menyatakan bahawa undang-undang Islam tidak pernah rigid dan boleh berubah mengikut keadaan masa dan ruang.

Saya tidak yakin bahawa kenyataan ini datangnya dari seorang pendokong Islam yang komited dalam PAS dan mungkin beliau boleh memberikan penjelasan kepada umum apa yang dimaksudkan syariah boleh diubah mengikut masa dan ruang (time and space). Atau pemberita salah lapor. Kalau salah lapor kita belum dengar lagi YB ini menyaman atau membuat kenyataan balas.

Atau adakah ini satu kenyataan politik untuk memberitahu dunia bahawa Islam amat fleksibel walaupun ia melibatkan hukum-hukum qat'ie? Hebat betul YB Dzul. Ada satu lagi wahyu baru turun ke?

Beliau menyatakan demikian dalam sebuah program di Institute of Southeast Asian Studies, Singapura baru-baru ini.

Dr. Dzulkefly Ahmad juga mengakui bahawa PAS terpaksa bergantung kepada parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat untuk menguasai kerajaan Malaysia dan mendirikan sebuah negara Islam. PAS juga tidak akan dapat menguasai 2/3 majoriti walaupun memenangi kesemua kerusi-kerusi tersebut.

Maknanya juga PAS siang-siang mengakui bahawa untuk mendirikan negara Islam adalah mustahil setelah sejak sekian lama sering melaung-laungkan slogan negara Islam dan undang-undang hudud.

Dzulkefly juga tidak begitu yakin untuk memenuhi kehendak-kehendak rakyat dalam apa yang dianggap sebagai politik baru (new politics) yang terpaksa mengimbangi atau mengorbankan sebahagian elemen perjuangan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Setelah sekian lama barulah Dr. ini sedar akan masalah yang dihadapi oleh UMNO selama ini. Atau beliau mahu menyedarkan realiti yang dihadapi oleh PAS sekarang. Atau ini juga menunjukkan bahawa slogan negara Islam hanya sekadar memikat undi orang Melayu. Dalam masa yang sama juga PAS tidak mahu dilihat sebagai sebuah pergerakan politik Islam yang mahu menguatkuasakan undang-undang Islam ke atas semua.

Beginilah PAS baru yang kita nampak sudah mula menjalani proses tranformasi yang maha agung-dari menjadikan Islam sebagai alat perjuangan kepada sebuah parti yang kononnya untuk semua (PAS for all)

Pada saya PAS bukanlah sebuah parti Islam lagi tetapi cuma sebuah parti yang dahagakan kuasa dan takhta-seperti parti-parti politik yang lain.

Bacalah laporan penuh Strait Times di bawah ini:

SINGAPORE, May 30 — The opposition Islamic party PAS will be unable to single-handedly take over the government in Malaysia and run it as an Islamic state, a top party official said yesterday.

With only about 75 of the 222 parliamentary seats dominated by Malay voters — seats that PAS has a good chance of winning — it could never single-handedly take over the country, said the head of PAS’ research centre.

Even if PAS did win all these seats, it would not be able to command the two-thirds majority needed to change the Constitution.

“It makes it academic to fear that Islam is going to be imposed by PAS on others. And we don’t want it to be that way anyway,” said Dr Dzulkefly Ahmad at a talk in Singapore yesterday.

He added that PAS still needed to rely on its coalition partners in the three-party opposition Pakatan Rakyat alliance to win seats not dominated by Malay-Muslim voters.

Besides, the Kuala Selangor MP said, PAS would find it challenging to deal with the demands of what he called “new politics”, such as greater democratic participation and less centralised rule.

“We are not sure whether our party is quite capable of managing the demands of these new politics,” he said candidly.

Dzulkefly is known to be one of the more liberal leaders in the party and part of what is regarded as a reformist group known as the “Erdogans” — named after Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, who is seen by PAS as a liberal Muslim.

His more liberal stance certainly emerged at the 1½-hour talk on PAS at the , as he described PAS’ efforts to reform itself into a party that could reach out more to non-Muslims.

He said PAS had become the third most popular choice for Chinese and Indian voters, surpassing the ruling Barisan Nasional coalition’s Chinese and Indian parties in the general election last year. The first two, he said, were opposition partners Parti Keadilan Rakyat and DAP.

Lamenting that PAS had been “demonised” as a stereotype hardline Islamic party, he said PAS believed in the sanctity of the federal Constitution, national laws and the principles of democracy.

Dzulkefly even ventured that certain controversial rulings based on Islamic law, or syariah, such as those regarding religious conversions, could be relooked, though he did not say who could do it.

He added: “Syariah has never been rigid… even laws in Islam change with time and space.” — Straits Times

Monday, May 25, 2009

Pengakuan Kak Min Gamatkan Penanti

Siapa kata pilihanraya kecil Penanti suram tanpa BN. Amati video ini.

Lafadz Niat Puasa Nizar

Jangan salah faham, kita tahu ada puasa nazar tapi kini puasa nizar pun dah wujud.

Bagi mereka yang ingin turut serta berpuasa bagi meminta Sultan Perak membubarkan dewan, maka inilah niatnya.

"Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dan dua hari berikutnya sempena mogok lapar bagi meminta DYMM Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridwan kerana DAP"

-DEWAN MUFTI PAS PERAK

Betullah Babi!


-memang babi!

Sikit masa dulu Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai menyatakan bahawa adalah salah jika influenza H1N1 dirujuk sebagai selsema babi kerana telah terbukti bahawa penyakit tersebut bukan berasal dari babi.
Tetapi Ahad lepas Mingguan Malaysia melaporkan bahawa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa influenza tersebut sebahagian besarnya berpunca dari BABI. Ketua Bahagian Influenza, Dr.Nancy Cox berkata berdasarkan kepada kajian yang dibuat, babi adalah punca yang jelas yang membawa pada pandemik tersebut.
Nampaknya Menteri Kesihatan kita kenalah telan balik apa yang dikatakan.
Kita lihatlah betapa orang Cina melindungi perniagaan orang Cina dalam apa cara dan keadaan sekalipun. Memang sudah pasti ada muslihat yang jelas apabila Liow sendiri, tanpa ada apa-apa kajian empirikal mengesahkan bahawa babi bukan pembawa kepada influenza justeru tidak wajar media menggunakan istilah selsema babi.
Jadi sekarang media bolehlah menggunakan semula istilah tersebut tanpa apa-apa keraguan, betul tak Liow?

Saturday, May 23, 2009

Nizar Mogok Lapar, Nga Jadi Bodoh

Malaysian Insider melaporkan Nizar akan mengetuai kempen mogok lapar selama tiga hari di pejabat DAP Perak. Ai dah macam budak-budak pulak? Tak dapat jadi MB merajuk tak nak makan.
Tuan Guru Nik, tolonglah nasihat badut sorang ni, Islam tak ajar orang mogok lapar bila hilang kuasa.
Nga pula mengatakan bahawa keputusan mahkamah rayuan yang terkini itu akan menjadikan Malaysia sebuah negara sebagai sebuah pemerintahan raja mutlak bukan raja berperlembangaan.
Nga ni kalau dah tongong janganlah nak buat orang lain tongong juga. Nampaknya Nga memang betul-betul anti-raja kerana gagal memahami atau sengaja tidak mahu faham perbezaan antara absolute monarch dengan constitutional monarch.
Hak Agong atau Sultan memilih Perdana Menteri atau Menteri Besar tetapi rakyat masih berhak untuk memilih kerajaan dalam pilihanraya. Institusi Raja akan melantik mana-mana pemimpin dari mana-mana parti politik yang mendapat majoriti, bukan suka-suka.
Agaknya Nga terlalu banyak baca Quran hingga terlupa nak baca perlembagaan.

Chin Peng, Pol Pot dan Nizar

Gerakan yang kononnya sebuah parti pelbagai bangsa mula memualkan keadaan apabila menuntut kebenaran untuk membawa kembali lagenda komunis Chin Peng. Atas apa alasan pun sebagai rakyat sebuah negara merdeka pengkhianat atau pembunuh tidak harus dimaafkan dan tidak dibenarkan kembali.
Apakah dibenak hati pemimpin Gerakan yang mahukan penjarah negara ini dibawa pulang? Artifak sejarah? Kumpulan memoir? Atau apa?
Rakyat Malaysia khususnya dari keluarga perajurit askar Melayu diraja juga harus menuntut Chin Peng balik ke negara ini atas satu alasan sahaja-menjalani hukuman.
Sama seperti Pol Pot kembali ke Kemboja untuk dihukum di atas perlakuan kejamnya terhadap rakyat Khmer.
Tetapi hairan juga rakyat Malaysia masih gagal menghukum Nizar yang telah memberikan keselesaan dan jaminan kepada tali barut yang telah banyak membunuh askar Melayu yang kini tinggal di kampung-kampung baru.
Sebagai tanda penghargaan Nizar telah membalas 'budi' keturunan komunis di kampung-kampung baru dengan hak milik tanah selama 999 tahun.
Masih adakah balu-balu, anak-cucu bekas perajurit yang memberikan Nizar sokongan setelah apa yang dilakukan terhadap penyokong-penyokong komunis itu? Masih adakah bekas-bekas perajurit yang telah dicacatkan anggotanya bertempur dengan komunis masih menyokong Nizar lagi?
Bolehkah Nizar dimaafkan, atau apakah Nizar juga harus dihukum?

Sunday, May 17, 2009

'Nabi' Nasaruddin Sudah Dapat Wahyu Baru


Harapkan kopiyah dan gelaran Ustaz je...

Ramai yang tidak terkejut apabila Ustaz Nasaruddin Mat Isa membuat andaian dengan niat memburuk-burukkan Perdana Menteri kononnya beliau tidak berani keluar negara kerana takut kes Altantuya.
Para pemimpin PAS, baik ulama' ke, ustaz ke, kiyai ke, profesional ke, erdogan ke semuanya sama dan terus menabur fitnah demi mendapat sokongan ramai. Mereka sesuka hati membuat andaian itu dan ini kerana cerita-cerita, celoteh-celoteh inilah yang orang mahu dengar.
PAS memang tidak boleh berubah lebih-lebih lagi dengan PKR yang terkenal dengan auta-auta murah yang senang memerangkap rakyat.
Yang hairan apakah tokoh-tokoh yang dikatakan ulama PAS seperti Dato' Harun Din selaku Timbalan Mursyidul Am tidak mampu untuk memberikan nasihat kepada penabur-penabur fitnah ini. Seolah-olah telah sampai satu hukum yang baru membenarkan pemimpin-pemimpin kerajaan boleh ditohmah, dicaci, difitnah, dicela sesuka hati. Apakah 'Nabi' Nasaruddin dan 'Nabi-nabi' lain dalam PAS sudah mendapat wahyu yang baru menghalalkan tindakan mereka itu.
Inilah PAS. Inilah satu parti yang tak pernah matang dan tak pernah mengajak manusia kepada kematangan berfikir. Inilah parti yang tidak ada kerja lain selain memburukkan musuh tetapi tidak mampu mengeluarkan agenda sendiri untuk kebaikan ummah.
Nyawa mereka banyak bergantung kepada isu, fitnah, kutuk-mengutuk, caci maki dan apa jua tabiat yang buruk yang pasti sudah mendarah daging dalam sanubari pendokong-pendokong mereka. Sebab itu saya berani menyatakan ulama dalam PAS. Parti ini sudah MENGGADAIKAN agama demi kuasa dan kedudukan mereka. TIADA ULAMA DAN TIADA ISLAM DALAM PAS.

Friday, May 15, 2009

"You Give Peanuts You Got Monkey"

Masa BN kuat dulu orang kata taruk tiang pun menang, khususnya di kubu kuat parti itu.

Kini masa berubah, Pakatan Rakyat dikatakan kuat sehingga orang kata taruk monyet pun menang. Terbukti kini monyet-monyet bersongkok itu sedang mengkucar-kacirkan dewan; berdiri atas meja, makan bersepah-sepah dan mencabut serta merosakkan mikrofon macam monyet mencabut bunga dan mengoyak-ngoyakkannya.

Dari mana datangnya monyet-monyet ini? Tentulah dari para pengundi yang berfikir secara murah dari ucapan-ucapan murah, modal-modal politik murah.

Betullah kata pepatah Inggeris, "You give peanuts you got monkey"





Wednesday, May 13, 2009

GERAKAN TROJAN HORSE DALAM BN


BAKAL MB PERAK?

Gerakan Pulau Pinang mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya negeri yang baru bagi menyelesaikan masalah krisis di negeri itu.



Nada parti ini sering berbeza dengan konsensus yang dicapai dalam semangat setiakawan BN. Walaupun Gerakan mendakwa bahawa ia adalah sebuah parti untuk semua tetapi dengan didominasi oleh kaum Cina maka kita boleh faham bahawa agenda bangsa itu sering diutamakan.



Kehilangan kuasa Pakatan dalam negeri Perak bukanlah sebenarnya kehilangan kuasa Pakatan tetapi lebih kepada kehilangan kuasa Cina. Bangsa Cina telah menguasai Pulau Pinang dan bangsa tersebut nampaknya begitu selesa kerana selama ini ianya diperintah oleh bangsa tersebut. Tiada persengketaan yang ketara mengenai parti Cina mana yang memerintah.



Di Perak, jelas kuasa pemerintahan itu datang dari kaum Cina walaupun Nizar menjadi Menteri Besar. Tetapi Melayu ini tidak mempunyai semangat untuk memberikan keutamaan kepada kekuasaan Melayu dan Islam tetapi mementingkan kedudukan sendiri walaupun sebagai boneka.



Kita mungkin boleh bertanya PAS dan Nik Aziz apakah kaedah Fiqh Aulawiyat tidak relevan dalam hal ini.



Jelas 27 kerusi dipunyai oleh orang Melayu Islam berbanding dengan yang selebihnya yang dikuasai secara minoriti oleh orang bukan Islam.



Kita harap pihak istana adil dalam menangani isu ini dan tidak melayan sebarang permohonan pembubaran dewan yang akan hanya menggadaikan masa depan Melayu di negeri ini.



Pembubaran Dewan juga tidak menjamin kemelut ini boleh selesai dan kemungkinan masalah ini berulang, ada. Kemungkinan kemenangan tipis menyebelahi mana-mana pihak akan berlaku dan kemungkinan amalan lompat parti juga akan berlaku lagi.



Keadaan di Perak tidak memerlukan pembubaran Dewan kerana kelebihan satu kerusipun adalah penentu siapa yang layak berkuasa; inikan tiga.



Cuma situasi tersebut telah dipersulitkan oleh penyangak-penyangak Cina DAP dan orang Melayu Islam di Perak telah dibawa bersama dalam kemelut yang pada mulanya bukanlah satu kemelut.



BN harus mengkaji semula kedudukan Gerakan dalam BN, jika ia menjadi duri dalam daging maka hendaklah dicungkil keluar.



Pembubaran Dewan tidak lebih hanya akan memburukkan nasib Melayu di mana jikalau majoriti Melayu hilang maka parti sosialis komunis ini akan berkuasa melalui proksi MB Melayu Islamnya yang akan diberikan kawasan yang paling selamat untuk bertanding.

Monday, May 11, 2009

Manis-manis Kelat Tekak Nizar


"Tolonglah Tuanku, patik bersedia menjadi khadam tuanku sepanjang hayat. Tolooooonglah Tuanku, bubarkanlah dewan yang kami telah perkosa itu. Sumpah, lepas ni kami akan tolak institusi raja pulak"

Nizar akan bertemu Sultan untuk memohon pekenan membubarkan Dewan. Ini hak mutlak Sultan dan sudah terbayang baginda tidak akan memperkenankannya.


Mungkin pada malam ini Nizar tak lelap tidur memikirkan nasib malu yang bakal menimpanya besok. Kegembiraannya menerima keputusan Hakim jelas terbayang tetapi hakikatnya beliau mungkin lewat sedar bahawa inilah keputusan yang bakal membuat beliau senak sepanjang hayat.


Anwar Ibrahim pun sudah memuji akan keterbukaan sistem kehakiman negara dan sudah tentulah ia terpaksa menerima keputusan Hakim yang mengisytiharkan persidangan bawah pokok itu tidak sah dan kedudukan Siva sebagai speaker telah terbatal sejak 7 Mei lalu.


Keputusan Hakim pada hari ini dan kedudukan Siva sebagai Speaker adalah dua isu yang berasingan.


PR tidak boleh lagi menuduh mahkamah membuat keputusan yang memihak kerana ia telah menerima keputusan Nizar sebagai MB.


Checkmate Anwar! Satu gerakan matang dari Najib. Sekarang apa lagi pembangkang nak kata selain dari menawarkan kerjasama dengan BN kononnya tidak mahu mengelirukan rakyat.


Nizar, akhirnya kau yang akan kecundang. Muhasabahlah diri kau semula. Apa yang telah lakukan termasuk menjual agamamu, menggunakan masjid untuk mencerca sesama Islam, mempermain-mainkan doa, ayat al-quran dan bekerjasama dengan kafir harbi untuk memusnahkan masa depan Melayu Perak.


Masuklah semula ke kediaman MB, gunakanlah sisa-sisa masa dengan Camry, kerana undi tak percaya bakal kau hadapi. Pisang emas yang manis pun rasa kelat.
BERSEDIALAH!

Pak-pak Kadok Yang Hampir Kehilangan Negeri


Pekerja-pekerja Dewan ini lebih mulia dari setan-setan DAP yang sedang diserang sawan babi.


Sivakumar yang baru minum samsu haram untuk menghilangkan rasa malunya di khalayak ramai terutama keluarganya.



Si Kitol ni ingat DYMM Raja Nazrin tu abang ipar dia ke main tarok-tarok tangan kat belakang Tuanku? Salam raja cium tangan tau!

"Allahu Akbar. Alhamudulillah Nizar kembali jadi MB! Inilah balasan kepada kerajaan HARAM!"

Inilah perkataan-perkataan yang keluar dari mulut-mulut Pak-pak Kadok bila mahkamah mengisytiharkan Pak Sanggup Nizar masih MB kepada Nga dan Ngeh serta semua Cina di Perak.

Apa yang mereka tidak sedar ialah jika masih ada Melayu yang hilang pertimbangan lagi di Perak maka tanah mereka, ekonomi mereka, hasil mahsul Perak akan terus dirogol dan diperkosa oleh tali barut sosialis-komunis ini

Apakah kalau Sultan tidak memperkenankan pembubaran Dewan yang bakal dipersembahkan oleh Si Kitol Nizar ini, rakyat Perak akan memberontak dan menentang Raja? Mungkin.

Ini kerana pengarang kod etika Raja-raja @ Ketua Pembangkang, Mamak Anwar sedia berbuat apa sahaja untuk memastikan PR memerintah di Perak semula.

Sama-sama kita tunggu dan berdoa agar negeri ini terus diperintah oleh orang Islam yang tidak terpaksa mengikut telunjuk KAFIR LAKNAT wa HARBI.

Tahniah Melayu, Tahniah Semua Yang Bantu Menghancurkan Melayu di PERAK

Sekalung tahniah diucapkan kepada PAS, PKR, Nizar, Anwar, Nik Aziz dan semua konco-konco Melayu dalam pembangkang kerana telah menjayakan agenda Cina untuk memerintah Perak sebagai Menteri Besar dari DAP.
Selepas ini pilihanraya negeri adakan diadakan dan DAP akan meletakkan calon Melayu patungnya bertanding di satu kerusi yang paling selamat dan jika menang akan dilantik sebagai MB.
Tahniah Melayu, tahniah semua yang telah membantu Cina perintah Perak. Selamatlah Sultan Perak.
Nizar, jangan harap kamu akan jadi MB selepas ini. Selamat berpencen. Berpencenlah kamu dalam keadaan yang PALING HINA!

Auta Uthaya

Memang dah menjadi rasmi puak-puak yang bersekongkol dengan pembangkang melontar seribu macam auta untuk memperlihatkan betapa buruk dan kejinya kerajaan Barisan Nasional.

Taktik terbaru auta mereka datangnya dari Uthayakumar yang telah dilepaskan dari tahanan ISA tetapi berada di dalam kusut masai macam keadaan Saddam Hussein ketika ditangkap oleh tentera penceroboh AS dulu.

Sedang rakan-rakan lain dalam keadaan kemas Uthaya memilih untuk berkeadaan selekeh kononnya sebagai protes penahanan haramnya.



Inilah haram jadah yang sepatutnya dikurung buat selama-lamanya kerana telah menghina Melayu, Raja-raja Melayu, merosakkan harta awam, memburukkan imej negara di luar negara, mengepalai sebuah pertubuhan haram yang merusuh di majlis hari raya orang Islam.



Tapi sayang inilah orang yang disayangi serta ditatang macam minyak penuh oleh pemimpin-pemimpin Melayu seperti Anwar dan Nik Aziz demi kekuasaan dan takhta. Inilah haram jadah yang menjadi dewa bagi orang Melayu yang tak sedar negara mereka akan digadai.

Penyangak India ini tidak serik dan tidak akan minta maaf dan ini harus menjadi ingatan pada setiap orang Melayu bahawasanya inilah orangnya yang akan menjadi antara musuh utama umat Islam dan Melayu di sini disamping rakan-rakan dalam PKR yang tak punya misi perjuangan, dan PAS yang kononnya hendak menegakkan negara Islam.

Monday, May 4, 2009

Ulama Profesional Yang Macam Mana Tok Guru?

Menjelang muktamar agung PAS, para pemimpinnya masih berdiskusi pasal calon pemimpin mereka; samada mesti dari golongan profesional atau ulama'.
Yang pastinya perwakilan bingong. Tiba-tiba Tok Guru konon mengambil jalan tengah dan mencadangkan hanya golongan ulama' profesional sahaja yang layak memimpin parti Islam itu.
Sejenak kita berfikir dan bertanya, ulama profesional yang macam mana idaman Mursyidul Am itu?
Beliau telah melontarkan sesuatu yang tidak menentu dan membuat semua keliru menjelang beberapa hari sebelum muktamar. Agaknya jenuh juga nak cari pemimpin yang dimaksudkan oleh Tok Guru itu. Pilot yang ada ijazah usuluddin ke? Doktor perubatan yang ada sarjana dalam ilmu wahyu ke? Jurutera yang ada ijazah kedoktoran dalam tasawwuf ke? Yang macam Nizar ke? Yang macam Husam ke, eh tak Husam tentu tak layak. Yang macam ....... siapa ya? MasyaAllah Tok Guru, tolonglah jelaskan macam mana ulama profesional ini, dan siapa yang layak!!!!!! Islam itu jelas dan menjelaskan.
Inilah dia bila sesuatu perjuangan yang pada mula jelas matlamatnya telah dikaburkan oleh keinginan yang melampau terhadap kuasa dan takhta.
Inilah jadinya bila perjuangan agama dipermain dan diperolok-olok. Ya PAS mungkin mendapat kerusi dan kuasa yang lebih, PAS mendapat sokongan yang banyak dari orang Melayu Islam, Cina dan India kafir, tetapi sama-sama kita renung sejenak apakah ini yang Islam kehendaki?
Misi menegakkan negara Islam pun tidak dapat dipromosikan lagi kerana sudah dikompromikan oleh gandingan kotor pakatan rakyat.

Anwar Perlu Momentum

Anwar dan PKR memerlukan rentak momentum dengan merangka beberapa lagi siri pilihanraya kecil selepas Penanti hujung bulan ini. Beliau perlu melakukan ini sebagai persediaan untuk menghadapi piliharaya umum ke 13 yang beliau kira boleh memberikannya peluang untuk menjadi PM ke 7.
Baru-baru ini muncul pula Manoharan pula berura-ura untuk melepaskan jawatannya sebagai ADUN Kota Alam Shah, Klang. DAP akan memberikan keputusan pertengahan bulan ini samada menerima keputusan Manoharan atau sebaliknya. Walaupun ianya kerusi DAP, momentum ini perlu untuk melemahkan morale BN dan para pemimpinnya setelah kalah dalam 4 pilihanraya kecil yang telah diadakan.
Bagi PKR, PRK-PKR ini juga amat penting untuk memesongkan perhatian rakyat terhadap kes liwatnya dengan Saiful serta memberikannya peluang untuk memilih dan menstruktur semula parti yang dianggap rakannya sebagai parti yang bermasalah dalam PR.
Anwar akan memilih kawasan-kawasan putih PKR/PR yakni kawasan-kawasan yang diyakini mendapat sokongan selesa.
Kemenangan-kemenangan ini Anwar jangka mampu untuk memberikan suntikan semangat untuk penyokong-penyokong PR lantas meluruhkan dan meruntuhkan kepimpinan Najib menjelang PRU13.

Mampukah PAS Sisih Ulama?

Apakah alasan yang munasabah bagi kumpulan Erdogan yang pro Anwar ingin menafikan kepimpinan ulama dalam PAS? Tradisi yang memberikan keutamaan kepada ulama selama ini oleh ahli-ahli PAS telah berani disanggah dan dipersoal atas nama pembaharuan dan keterbukaan Islam.
Jelas kini parti Islam sedang menuju ke suatu persimpangan jalan yang sukar untuk memilih arah mana yang mahu dituju.
Arah haluan parti itu sendiri telah berubah dan jauh melencong jika Amanat Hadi (7 April 1981) yang keras dan tegas itu diambil sebagai pedoman kepada perjuangan PAS.
PAS juga telah mengorbankan, walaupun buat sementara, perjuangan menegakkan negara Islam apabila terpaksa di’kahwin’kan dengan DAP yang amat jelas menentang sebuah negara Islam, yang jelas mereka ini adalah pemuja sekularisma, sistem masyarakat yang amat ditentang PAS selama ini. Penghayatan sekularisma yang di bawa DAP adalah lebih menebal dari rakan-rakan BN yang lain.
PAS kini sudah hilang arah dan tujuan dan dalam banyak isu terutama yang melibatkan umat dan agama PAS memilih untuk diam dan tidak memberikan pendirian mereka; yang akhir isu Pathmanathan dan agama anaknya.
Konsep kepimpinan ulama yang dibawa PAS selama ini adalah tidak sesuai walaupun ada ulama yang mentakrifkan ulama itu sebagai pemimpin (Al-Ahkam As Sultaniah).
Jika kita menerima konsep kepimpinan ulama, pentakrifan ulama itu mestilah dilihat kembali. Ulama adalah waris Nabi-nabi, hanyasanya ulama yang takutkan Allah, berilah sesuatu itu kepada yang ahlinya, atau tunggu kemusnahannya. Perhatikanlah maksud hadis-hadis ini. Kita lihat apakah gambaran yang telah diberikan terhadap Islam apabila ulama mengambil peranan sebagai ulil amri sekarang.
Apakah ulama itu ulil amri yang kita kena patuh seperti dalam Al-Quran?
Yang pasti ialah kumpulan yang menentang kepimpinan ulama dalam PAS tidak melihat ini semua. Yang penting bagi mereka adalah kuasa, kuasa dan Anwar.

Friday, May 1, 2009

Indira Ghandi:Mana Pendirian PAS?

Setelah beberapa hari keputusan kes Ridhuan Abdullah (Pathmanathan) diputuskan oleh kabinet barulah PAS bersuara menentang keputusan itu tetapi dalam nada yang biasa sebagai parti politik; mengkritik keputusan kabinet itu. Mahfuz telah menuduh kabinet membuat keputusan itu sebagai keputusan yang hipokratik. Khalid juga tumpang semangkok dan menganggap keputusan itu sebagai keputusan yang membelakangkan badan-badan agama Islam dan mahkamah syariah.
Saya juga tidak setuju dengan keputusan kabinet itu tetapi yang tidak sedap adalah mengapa PAS tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan khas atau pendirian mereka terhadap kes ini? Umat Islam seluruh Malaysia tentunya menunggu pengumuman rasmi dari parti Islam ini mengenai kes tersebut. Rakyat tentunya mahu tahu jika PAS memerintah negara ini APA KEPUTUSAN KABINET MEREKA? Apakah keputusan yang dipersetujui oleh Anwar sebagai PM? Rakyat, khususnya orang Melayu sudah muak dengan kenyataan-kenyataan yang berbau politik yang merendah-rendahkan pihak yang lain. Rakyat mahu tahu pendirian yang sebenar mereka tentang sesuatu perkara, atau tindakan yang akan mereka lakukan jika berkuasa, bukan penentangan dan bangkangan retorik yang mahukan 'political mileage' semata-mata.
Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang, siang-siang sudah membuat kenyataan menentang sebarang keputusan untuk mengIslamkan anak-anak pasangan ini.
Adakah PAS takut untuk menyatakan pendirian kerana sudah pasti ianya bertentangan dengan keputusan atau pendirian rakan sekatil mereka itu?
Kalau dah parti politik, tetap parti politik. Satu lagi hipokrasi tulin dari PAS. PKR terus senyap kerana kita faham mereka tiada agenda agama.

Thursday, April 30, 2009

Terima Kasih!

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas teguran, kritikan dan peringatan yang telah diberikan oleh tuan-tuan/puan-puan. Saya mengambil semua teguran tersebut secara positif dan akan cuba memperbaiki apa yang boleh walaupun semua teguran itu datangnya tanpa nama yang sebenar. Apa yang penting adalah mesej yang dibawa.
Izinkan saya memohon maaf jika blog ini mengguris perasaan sesetengah pihak yang mungkin tidak selesa dengan tatacara persembahannya dan kritikan saya yang dianggap agak keras.
Memang kebenaran itu selalunya amat pedih, Nabi saw kita juga telah menghendaki kita berkata yang benar walaupun ianya menyakitkan.
Saya memberi apa jua pandangan mengikut perspektif yang berbagai tetapi tidak membelakangkan dasar-dasar dan roh Islamiah. Saya mengakui tidak mempunyai ilmu yang cukup seperti Tok Guru Nik Aziz yang saya cukup hormat sebagai orang yang berilmu.
Tetapi apabila beliau terjun dalam bidang politik dan memberikan keutamaan politik melebihi agama, saya tidak boleh terima. Demokrasi kini adalah berasaskan kehendak umum dan tidak berpaksikan nilai-nilai suci yang dibawakan melalui Al-Quran dan Hadis. Oleh yang demikian semua tindakan politik PAS lebih cenderung kepada kehendak umum demi meraih sokongan rakyat khususnya mereka yang bukan beragama Islam.
Islam telah diconteng dengan wajah yang sangat hodoh tanpa kita sedari akibat ketaksuban kita terhadap sesebuah parti siasah ataupun individu tertentu. Hukum dibelakangi oleh prinsip demokrasi yang berasaskan budaya barat. Akibatnya setiap kesalahan dan pencabulan hak asasi manusia dan kepentingan awam tergugat. Kehidupan seharian masyarakat umum tidak menentu dan fokus terhadap permasalahan yang lebih besar terpesong.
Kepentingan saya adalah agama yang saya anuti dan tidak lain dari itu. Apalah yang saya dapat dari blog ini. Pembacanya pun tak ramai. Yang ramaipun yang kurang senang sahaja.
Kalau gambar Tuan Guru itu mengguris perasaan saya akan keluarkan, sebagai tanda hormat saya terhadap ilmunya, tapi bukan kepimpinann dan semua tindak-tanduknya sebagai seorang pemimpin dari kalangan ulama'.
Sekali lagi saya menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada semua pembaca yang merasa tersinggung!

Friday, April 24, 2009

Kisah Empat Perempuan Telanjang

Bab perempuan telanjang ni biasanya lelaki yang suka tapi dalam hal ini kita bayangkan yang lelaki ini adalah rakyat yang prihatin dan minat terhadap politik.
Empat perempuan telanjang adalah empat buah parti politik yang utama. Tiga berselubung jadi satu dan yang satu lagi memakai pakaian ala strip tease.
Tiga yang berselubung sebenarnya bertelanjang dalam selubung. Tetapi satu telah keluar dan melawan tabii' dan bertelanjang di luar selubung dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menelanjangkan yang memakai ala strip tease. Helai demi helai ditariknya sehingga hampir bogel dibuatnya. Yang dua lagi dalam selubung tidak tahan dan mahu juga tumpang sekaki. Keluar seorang membantu menelanjangkan strip tease tadi. Yang satu masih malu-malu dan lihat dari dalam memberikan arahan macam mana yang tanggalkan pakaian yang selebihnya.
Yang ditelanjangkan ini merayu, tolonglah, awak dan saya ni sejenis kenapa nak ikut tabiat yang dua lagi tu. Memang mereka perempuan, tetapi dia orang agak luar tabii dan suka buat ikut suka mereka.
Tapi yang satu ni tak mahu dengar dan terus keluar juga dari selubung kerana kepanasan dan sama-sama menelanjangkan perempuan yang hampir telanjang itu.
Hasilnya ramailah yang seronok melihat dan mengamati empat tubuh yang mongel di hadapan mereka. Satu dah memang telanjang, dua ikut telanjang dan satu ditelanjangkan.
Yang pakai strip tease tu ibarat BN, yang keluar dulu dari selubung tu pkr, yang kedua dap dan yang ketiga keluar telanjang tu bolehlah diibaratkan pas yang mengorbankan segala-galanya untuk menumbangkan BN.

Wednesday, April 22, 2009

TENDER TERBUKA, TENDER KITA-KITA

Dua hari lalu PM Najib ada memberi komitmen bahawa amalan tender terbuka akan dipergiatkan dan tidak menggalakkan tender terhad atau rundingan terus. Baguslah sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan amalan rasuah dan pecah amanah di kalangan para pegawai dan kakitangan kerajaan dan menjamin suasana perniagaan yang lebih telus dan terbuka.
Tapi semalam braveiron ada terdengar masih ada kaedah runding terus diamalkan di Kementerian Pelajaran yang melibatkan pembekalan peralatan teknikal untuk matapelajaran aliran vokasional.
Bila diselidik rupanya bukan runding terus, tetapi tender terhad. Kadang-kadang braveiron nak terajang saja kawan-kawan yang bagi maklumat yang tak tepat. Tender terhad. Maknanya kementerian boleh memanggil mana-mana 5 syarikat yang difikir layak untuk menyertainya.
Tender ini amat khas kerana kalau tender biasa ada yang gagal ada yang berjaya. Lain pula halnya dengan tender terhad ini, 5 syarikat masuk lima-lima dah tentu dapat. Eh?
Macam rundingan terus juga! Barangan yang diperlukan sudah pasti bukan bahan untuk buat roket. Spanar dengan skru driver, tukul besi, alat penggerudi dan lain-lain. Mungkin agaknya hanya syarikat yang lima ni sahaja yang bekalkan tukul besi bersalut emas kot. Atau mereka memang anak emas Kementerian atau Menteri? Menteri baru atau menteri lama? Atau projek ini ada 'kepentingan nasional' kot. Dengar-dengar kelima-lima syarikat ini sudahpun dipanggil mengemukakan tawaran masing-masing sebelum 13 Mei ini.
Baguslah, kalau kerajaan BN masih lagi mengamalkan tender kita-kita ni, mudah-mudahan lebih mudahlah kerajaan sekarang boleh 'selamat' dalam PR13 nanti.
Muhyiddin yang baru masuk mungkin tak perasan perkara ini, tapi kalau siapa-siapa yang baca blog kerdil ini silalah bawa ke pengetahuan Pak Muhi agar dibuktikan kesahihannya dan tindakan segera boleh diambil. Dengar cerita pula ada banyak pihak hendak membawa perkara ini ke pengetahuan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan akan membuat kekecohan sedikit.
Dengar khabar pula kelima-lima syarikat ini ada hal yang lain pula! Siapakah gerangan di belakang syarikat-syarikat ini? Kalau dapat didedah adalah yang senakkk.

Tuesday, April 21, 2009

RONDA BERDUA TAK MENGAPA


Wajarkah polis wanita dan lelaki dipasangkan ketika meronda? Apakah kelebihan atau rasionalnya jika konstabel-konstabel ini bertugas bersama? Mari kita lihat pandangan pemimpin-pemimpin politik.

PAS: Dari segi hukum haram dan dikira macam berkhalwat la tu! Tapi tengoklah keadaan. Nampak macam ok.

BN: Kita akan kaji kesesuaian dalam hal ini. Mungkin tenaga lelaki diperlukan dalam beberapa keadaan dan dalam keadaan yang lain wanita mungkin lebih sesuai untuk menangani keadaan-keadaan tertentu.

PKR: Tak ada hal. Terbukti ADUN-ADUN kita bersikap terbuka dankita mahu rakyat juga bersikap terbuka dalam setiap hal. Kita sekarang berada dalam zaman berbeda di mana perkara-perkara remeh macam ini tidak lagi relevan. Yang penting kerja jalan. Tengok YB-YB kita, prestasi kerja amat baik, soal peribadi tolak tepi, inikan pula meronda bersama. Kan tugas rasmi tu! Mungkin prestasi akan jadi lebih baik kalau berpasang-pasangan.

Monday, April 20, 2009

Zon Bebas Cukai, 'Bebas Tuhan' di Johor






Selamat datang ke Stulang
Di mana arak berbalang-balang
Tempat berkeliar bujang dan jalang
Tak lupa juga yang anak dah bergantang

Dulu terkenal syurga membeli
Kini termaktub syurga lelaki
Kaum hawa juga merelai
Gadai badan maruah sekali

Wilayah maksiat lulusan Menteri
Yang kini unggul Timbalan Perdana Menteri
Kalau dulu kita tak pasti
Kini tentu maksiat terpatri

Syurga terindah bukan di dunia
Kalau ada cuma bersenda
Mainan iblis, syaitan bersama
Ibarat kata, tuhannya 'tiada'

Sesudah berpesta mabuknya biasa
Gaduh dan kelahi lumrah sahaja
Bukan tak ada penguat kuasa
Bila datang persis selamba

Terminal Stulang memang meriah
Banyak bahtera punggah memunggah
Kalau di sini tak cukup serakah
Ke Pulau Batam pun macam selangkah

Wednesday, April 15, 2009

Coretan Jamban Untuk Pakatan Rakyat

Kalau dulu kata nista ini dicoretkan terhadap BN, UMNO dan beberapa pemimpin tertentu sahaja. Kini keadaannya berbeza. Walaupun baru setahun parti pembangkang bertukar menjadi pemerintah di beberapa negeri, coretan-coretan jamban ini tertumpu kepada pemimpin seperti Anwar, Lim Kit Siang, Hadi dan Karpal serta Pakatan Rakyat.






Coretan ini dirakamkan di belakang pintu tandas kawasan rehat lebuhraya MEX Putrajaya KL dalam negeri Selangor.

Mungkin ini tidak mencerminkan pendapat umum tetapi ia telah membuat golongan yang cenderung kepada vandalisme sekalipun meluat dengan penyangak-penyangak bangsa ini.

Saturday, April 11, 2009

Jangan Layan Monyet2 GMP!

Menteri Pelajaran baru Tan Sri Muhyiddin Yasin diharap supaya jangan melayan sebarang tuntutan dari monyet-monyet GMP yang mahukan PPSMI yang telah dilaksanakan 6tahun lalu dihentikan.
PPSMI wajib diteruskan bagi mengelak dari kekeliruan yang lebih teruk di kalangan pelajar-pelajar kita dan mengelakkan sejarah pendidikan negara ini menjadi bahan lawak di masa akan datang.
Berjuta wang rakyat telah dibelanjakan selama 6 tahun pelaksanaannya dan kita juga dapati para pelajar kita tidak mempunyai banyak masalah dalam subjek-subjek ini.
Saya secara peribadi akan bersikap tunggu dan lihat JIKA pendokong GMP itu adalah dari kalangan teknokrat yang terkemuka. Tetapi jelas yang menonjol adalah monyet-monyet yang sudah tidak ada kerja lain dan mencari-cari isu untuk memperorak-perandakan keadaan.
Sesetengah Melayu terkenal dengan sikap bodoh sombong dan tidak mudah menerima perubahan yang bakal memberi manfaat.
Kita harus sedar yang orang Melayu masih daif dari dulu sampai sekarang berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Kita masih pengguna dan pengolah teknologi BUKAN PENCIPTA TEKNOLOGI. Ini yang monyet-monyet ini tak sedar.
Hari ini kita terjemah buku rujukan bahasa Inggeris, menjelang siap diterjemah, perkembangan teknologi serta pertemuan sudah bergantang-gantang datang kepada kita. Contohnya bidang ICT yang berkembang 6 bulan sekali. Nak kejar ke?
Kita bukan tamadun yang terkenal dengan mencipta teknologi seperti bangsa Inggeris, Rusia, Jepun, Cina dan lain-lain bangsa yang maju yang boleh menyalurkan ilmu di dalam bahasa mereka sendiri.
Kita boleh maju tetapi apalah salahnya kita mengundur selangkah dan bekerja keras untuk memartabatkan bahasa kita setelah kita dapat setanding dengan bangsa-bangsa pencetus tamadun ini.
Saya cadangkan monyet-monyet ini mencari isu-isu lain seperti tulisan jawi dan masalah sosial remaja MELAYU masa kini, menyatukan Melayu PAS dan UMNO yang sedang tergugat kini dll. Janganlah menggadaikan nasib anak-anak kita yang sedang menelusuri landasan ilmu untuk membina negara. Melayu tidak hilang Melayunya jika mengorbankan sedikit bahasanya demi ilmu tetapi bakal menjadi bangsa yang dihormati jika dapat menguasai ilmu dan menggunakannya untuk kebaikan penduduk dunia. Benarkan martabat Melayu terus dijulang seperti bangsa-bangsa Inggeris yang sanggup belajar Bahasa Arab untuk menguasai ilmu yang dipelopori oleh sarjana Islam di Cordova. Adakah mereka hilang identiti barat mereka?
Saya harap TS Muhyiddin tidak membuang masa dengan monyet-monyet GMP dan beruk-beruk dari parti pembangkang yang bakal menggugat KPI beliau sebagai Menteri Pelajaran.
Apa yang penting adalah memperkasakan sistem pendidikan dan memastikan prestasi yang lebih menggalakkan pelajar kita.

Friday, April 10, 2009

Surat Nik Aziz Yang Boleh Menyesatkan Umat!

Marilah kita meneliti surat Tuan Guru Nik Aziz dan perhatikanlah betapa sasawnya YAB ini. Adakah TGNA tidak faham agama yang dipelajarinya?

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.


Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Fakta pun tak betul. Cucu Genghis Khan adalah Hulagu Khan yang merobohkan Baghdad. Kemudian cucu kepada Hulagu Khan, Khankhanzhan yang telah memeluk Islam dan menyemarakkan kembali Kota Baghdad menjadi pusat ilmu.

Beliau nak buat seminar "apa yang tak kena dengan Islam". Apa yang tak kena dengan Islam adalah apabila Islam diperdagangkan mengikut selera sendiri demi kuasa dan undi. Akibatnya umat Islam akan tergugat kalau menari mengikut rentak orang seperti Nga. Ingat tak Shnuck Gronje orientalis Belanda yang telah mengaji Islam semata-mata untuk memusnahkan Islam di Indonesia?

Adakah Nga ini macam Khankhanzhan atau Hulagu Khan atau Shnuck?
Kalau Nga nak belajar, jinak-jinak dengan Islam ada caranya. Bukan dengan melalak membaca Quran di khalayak ramai menagih undi! Sesiapa sahaja, walaupun Muslim diharamkan menggunakan Quran selain dari memberi peringatan dan pesanan agama.
Ini yang ramai Muslim (termasuk dari PAS dan UMNO) tidak faham!

SAMA-SAMA KITA TUNGGU NGA MASUK ISLAM

Ini kata-kata Tuan Guru Nik Aziz (sasaw) tentang kedukacitaan Nga.

".....mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ? "

Mudah-mudahan kita sabar menunggu kesediaan Nga untuk masuk Islam. Insya Allah.

Wednesday, April 8, 2009

Kalau Nabi Muhammad Masih Hidup..

"Kalau Nabi Muhammad masih hidup, sudah tentu dia suka datang ke Kelantan, serambi Mekah" - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Murshidul Sasau.



Sedih Tuan Guru kita dengan insiden ini, lebih-lebih lagi setelah mengiisytiharkan Nabi Muhammad akan suka datang Kelantan Serambi Mekah.

Tuan Guru, lelaki main bola dedah aurat Rasulullah suka ke?

Tuesday, April 7, 2009

Kes Nga: SAH, MURSYIDUL AM SASAU

Memang tidak ada nas larangan orang kafir membaca Al-Quran.



Tapi menganggap orang kafir membaca Al-Quran sebagai penerimaan terhadap Islam adalah salah kerana ia dibaca jelas kerana kepentingan politik dan untuk menarik pengundi Islam. Manakan boleh Al-Quran dibaca dengan niat untuk mengajar orang Islam sedangkan Nga Komeng sendiri seorang kafir harbi.

Nik Aziz wajib mentafsir ayat 140 Surah An Nisa' ini:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذاً مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعاً

"Dan Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diengkari dan DIPEROLOK-OLOKKAN(oleh orang-orang KAFIR), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam."

Ayat ini menghendaki orang Islam beredar dari mana-mana majlis di mana ayat-ayat Quran diperolok, dipermainkan orang sesiapa juga termasuk orang Islam. Jika berserta sekali maka orang Islam juga serupa dengan orang kafir; mereka termasuk orang munafik.

Dalam hal ini PAS WAJIB meninggalkan DAP kerana jika mereka terus bersekongkol, maka mereka juga sama dengan DAP mempermain-mainkan Quran.

Oh... mungkin PAS sudah lali kerana selama ini mereka sememangnya mempermain dan memperdagangkan ayat Quran untuk tujuan politik mereka.

PAS 'Sub'kan DAP Jual Ayat Quran

Sudah terang lagi bersuluh. Sudah jelas Nga Komeng mempermain-main dan menggunakan Al-Quran untuk kepentingan dan sokongan orang Melayu yang bodoh. Ada pula ulama Melayu PAS yang lebih bodoh mengatakan satu perkara yang bagus bila DAP boleh baca ayat-ayat suci itu.
Arahan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 41 amat jelas mengenai perkara ini:

وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ

"...dan janganlah kamu menjual ayat-ayatKu dengan harga yang murah dan kepada Allah kamu harus bertaqwa"

Nampaknya bukan sahaja mereka yang menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan politik malah PAS sekarang 'sub'kan kerja-kerja ini kepada Nga DAP kerana orang kafir tak ada dosa pahala. Mereka terus terjun ke neraka!

Inilah golongan manusia yang Allah sebut dalam surah yang sama ayat 7:

خَتَمَ اللّهُ عَلَى قُلُوبِهمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ

"Allah telah mengunci hati dan pandangan mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat"

Kita berdoa kepada Allah agar golongan ulama suk ini kembali ke jalan yang benar kerana mereka berilmu tetapi tidak menggunakan ilmu mereka seperti maksud ayat surah al baqarah juga ayat 18.

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَرْجِعُونَ

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)

Monday, April 6, 2009

Nga Baca Quran: Ulama PAS Diam Aje?

Dengarlah ucapan Uztad Nga yang telah disunatkan dan ditauliah oleh Uztad Nizar Al-Kud.
Mufti Perak dah keluar kenyataan. Ulama cerdik pandai PAS takkan diam aje. Kurang-kurang tegurlah si Naga bedebah tu! Takuuuut ke? Cuba kalu Sammy Vellu yang baca Quran. Kena kat orang dia diam; macam kes Eli juga. Haprak punya PAS. Hukum Allah dibuat main-main. Ilmu agama yang dipelajari diletakkan dipunggung.

Melayu-melayu yang ada pula tu macam terpukau dan kagum dengan si Nga jahiliah ini.

Nizar, Parti Islam Yang Bughah

Satu penjelasan mengenai bughah dan derhaka yang amat kukuh.

Wednesday, April 1, 2009

Hanya PAS Boleh Pakai Masjid untuk Memaki

Setelah manafikan PAS akan menegakkan negara Islam dalam sidang dewan negeri pada 23 Jun 2008, kita tertanya-tanya negara apakah yang akan didirikan oleh parti ini.
Atau apakah ia hanya satu jawapan politik setelah disoal oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Tajol dalam sidang Dewan itu.
Beliau menyoal balik Ketua Pembangkang itu, di para mana, perlembagaan atau mana-mana dokumen yang menyatakan bahawa PAS akan menegakkan Negara Islam.
Inilah bentuknya seorang yang memperdagangkan agama untuk kedudukan dan sanjungan.
Kalau kenyataan beliau itu boleh diambil kira maka sahlah PAS bukanlah satu wadah perjuangan untuk Islam, hanya satu wajah hodoh yang menjual dan menjadikan agama sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-cita pemimpin-pemimpinnya.
Caci maki dibuat dalam atau pun di luar masjid. Apakah haq atau kebenaran yang dibawa PAS selama ini. Nyata PAS bakal merosakkan umat Islam dan umat Islam pula merelakannya.