Gerakan yang kononnya sebuah parti pelbagai bangsa mula memualkan keadaan apabila menuntut kebenaran untuk membawa kembali lagenda komunis Chin Peng. Atas apa alasan pun sebagai rakyat sebuah negara merdeka pengkhianat atau pembunuh tidak harus dimaafkan dan tidak dibenarkan kembali.
Apakah dibenak hati pemimpin Gerakan yang mahukan penjarah negara ini dibawa pulang? Artifak sejarah? Kumpulan memoir? Atau apa?
Rakyat Malaysia khususnya dari keluarga perajurit askar Melayu diraja juga harus menuntut Chin Peng balik ke negara ini atas satu alasan sahaja-menjalani hukuman.
Sama seperti Pol Pot kembali ke Kemboja untuk dihukum di atas perlakuan kejamnya terhadap rakyat Khmer.
Tetapi hairan juga rakyat Malaysia masih gagal menghukum Nizar yang telah memberikan keselesaan dan jaminan kepada tali barut yang telah banyak membunuh askar Melayu yang kini tinggal di kampung-kampung baru.
Sebagai tanda penghargaan Nizar telah membalas 'budi' keturunan komunis di kampung-kampung baru dengan hak milik tanah selama 999 tahun.
Masih adakah balu-balu, anak-cucu bekas perajurit yang memberikan Nizar sokongan setelah apa yang dilakukan terhadap penyokong-penyokong komunis itu? Masih adakah bekas-bekas perajurit yang telah dicacatkan anggotanya bertempur dengan komunis masih menyokong Nizar lagi?
Bolehkah Nizar dimaafkan, atau apakah Nizar juga harus dihukum?
1 comment:
Nizar ialah anak kacukan, bapa Melayu,ibu Cina.Nampak lebih Cina dari Melayu,sibuk berkepit dgn bulu DAP Ngah and Ngor, sebab itu bagi legasi penganas komunis di Kampung Baru 1000tolak 1 tahun tanah.
Post a Comment