Monday, May 4, 2009

Ulama Profesional Yang Macam Mana Tok Guru?

Menjelang muktamar agung PAS, para pemimpinnya masih berdiskusi pasal calon pemimpin mereka; samada mesti dari golongan profesional atau ulama'.
Yang pastinya perwakilan bingong. Tiba-tiba Tok Guru konon mengambil jalan tengah dan mencadangkan hanya golongan ulama' profesional sahaja yang layak memimpin parti Islam itu.
Sejenak kita berfikir dan bertanya, ulama profesional yang macam mana idaman Mursyidul Am itu?
Beliau telah melontarkan sesuatu yang tidak menentu dan membuat semua keliru menjelang beberapa hari sebelum muktamar. Agaknya jenuh juga nak cari pemimpin yang dimaksudkan oleh Tok Guru itu. Pilot yang ada ijazah usuluddin ke? Doktor perubatan yang ada sarjana dalam ilmu wahyu ke? Jurutera yang ada ijazah kedoktoran dalam tasawwuf ke? Yang macam Nizar ke? Yang macam Husam ke, eh tak Husam tentu tak layak. Yang macam ....... siapa ya? MasyaAllah Tok Guru, tolonglah jelaskan macam mana ulama profesional ini, dan siapa yang layak!!!!!! Islam itu jelas dan menjelaskan.
Inilah dia bila sesuatu perjuangan yang pada mula jelas matlamatnya telah dikaburkan oleh keinginan yang melampau terhadap kuasa dan takhta.
Inilah jadinya bila perjuangan agama dipermain dan diperolok-olok. Ya PAS mungkin mendapat kerusi dan kuasa yang lebih, PAS mendapat sokongan yang banyak dari orang Melayu Islam, Cina dan India kafir, tetapi sama-sama kita renung sejenak apakah ini yang Islam kehendaki?
Misi menegakkan negara Islam pun tidak dapat dipromosikan lagi kerana sudah dikompromikan oleh gandingan kotor pakatan rakyat.

3 comments:

pro-islam said...

oi badul kalo ko bkn dr yg mngaji agama xyah nk sembang lebih2 aa..pe ko igt ko terer sgt?poyo je lebih..siap buat poll wajarkah ulama' menyertai politik..cam bdk2 ko nih..mmg la kna..kan Allah dah berfirman dalam Al-Quran yg mana maksudnya "Wahai orang2 yg beriman masuklah kamu dalam islam dengan keseluruhannya.."
maknanya kna amalkan islam dalam semua perkara laa..xkira la politik ekonomi dan semualah..semoga mendapat hidayat Allah..Wallahua'lam..

Anonymous said...

Kalu perangai macam monyet janganlah mengaku pro Islam. Kalu nak keluarkan pendapat,idea, buatlah blog sndiri.
Ini siarkan ayat Quran tapi mengeji dulu. Lihat diri sendiri sebelum ngata org lain.

uanmr said...

Ini ada cerita best tentang Nik Aziz. Pada 11.05.2009 pukul 5.00 pm ada orang tekan loceng rumah aku.Aku buka pintu,seorang Cina bagi salam,tanya ada sesiapa disini boleh bantu dia untuk ke PERKIM.Saya pun tak tahu apa tujuannya.Saya bagi no tel. kawan saya, sebab dia Imam Surau.Malam tadi saya tanya Imam surau ada jumpa tak Cina tu tak.Dia cakap ada,rupanya Cina Islam ni kehilangan semua barang dan dokumennya.Malam tu Imam tu tanya dia macam mana boleh masuk Islam.Dia cakap tujuh bulan lalu Dia dan Ayah Dia (ayahnya seorang Paderi di PJ)pergi ke Kelantan, masa tu hari Jumaat,Dia terdengar Tuan Guru sedang menyampaikan Kuliah Jumaat,masa itulah hidayah datang kepadanya dan dia terus berjumpa dengan Tuan Guru,masa itulah dia memeluk Agama Islam.Itulah hidayah Allah dan keperibadian seorang Ulama.Kawan saya bagi HP dan sedikit duit.Dia akan pergi Ke Kelantan untuk berjumpa Nik Aziz untuk menyelesaikan dokumemnya, Dia cakap di sini susah untuk membuat urusan.Sama-samalah kita doakan saudara kita ini...Amin.