Setelah beberapa hari keputusan kes Ridhuan Abdullah (Pathmanathan) diputuskan oleh kabinet barulah PAS bersuara menentang keputusan itu tetapi dalam nada yang biasa sebagai parti politik; mengkritik keputusan kabinet itu. Mahfuz telah menuduh kabinet membuat keputusan itu sebagai keputusan yang hipokratik. Khalid juga tumpang semangkok dan menganggap keputusan itu sebagai keputusan yang membelakangkan badan-badan agama Islam dan mahkamah syariah.
Saya juga tidak setuju dengan keputusan kabinet itu tetapi yang tidak sedap adalah mengapa PAS tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan khas atau pendirian mereka terhadap kes ini? Umat Islam seluruh Malaysia tentunya menunggu pengumuman rasmi dari parti Islam ini mengenai kes tersebut. Rakyat tentunya mahu tahu jika PAS memerintah negara ini APA KEPUTUSAN KABINET MEREKA? Apakah keputusan yang dipersetujui oleh Anwar sebagai PM? Rakyat, khususnya orang Melayu sudah muak dengan kenyataan-kenyataan yang berbau politik yang merendah-rendahkan pihak yang lain. Rakyat mahu tahu pendirian yang sebenar mereka tentang sesuatu perkara, atau tindakan yang akan mereka lakukan jika berkuasa, bukan penentangan dan bangkangan retorik yang mahukan 'political mileage' semata-mata.
Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang, siang-siang sudah membuat kenyataan menentang sebarang keputusan untuk mengIslamkan anak-anak pasangan ini.
Adakah PAS takut untuk menyatakan pendirian kerana sudah pasti ianya bertentangan dengan keputusan atau pendirian rakan sekatil mereka itu?
Kalau dah parti politik, tetap parti politik. Satu lagi hipokrasi tulin dari PAS. PKR terus senyap kerana kita faham mereka tiada agenda agama.
No comments:
Post a Comment