Izinkan saya memohon maaf jika blog ini mengguris perasaan sesetengah pihak yang mungkin tidak selesa dengan tatacara persembahannya dan kritikan saya yang dianggap agak keras.
Memang kebenaran itu selalunya amat pedih, Nabi saw kita juga telah menghendaki kita berkata yang benar walaupun ianya menyakitkan.
Saya memberi apa jua pandangan mengikut perspektif yang berbagai tetapi tidak membelakangkan dasar-dasar dan roh Islamiah. Saya mengakui tidak mempunyai ilmu yang cukup seperti Tok Guru Nik Aziz yang saya cukup hormat sebagai orang yang berilmu.
Tetapi apabila beliau terjun dalam bidang politik dan memberikan keutamaan politik melebihi agama, saya tidak boleh terima. Demokrasi kini adalah berasaskan kehendak umum dan tidak berpaksikan nilai-nilai suci yang dibawakan melalui Al-Quran dan Hadis. Oleh yang demikian semua tindakan politik PAS lebih cenderung kepada kehendak umum demi meraih sokongan rakyat khususnya mereka yang bukan beragama Islam.
Islam telah diconteng dengan wajah yang sangat hodoh tanpa kita sedari akibat ketaksuban kita terhadap sesebuah parti siasah ataupun individu tertentu. Hukum dibelakangi oleh prinsip demokrasi yang berasaskan budaya barat. Akibatnya setiap kesalahan dan pencabulan hak asasi manusia dan kepentingan awam tergugat. Kehidupan seharian masyarakat umum tidak menentu dan fokus terhadap permasalahan yang lebih besar terpesong.
Kepentingan saya adalah agama yang saya anuti dan tidak lain dari itu. Apalah yang saya dapat dari blog ini. Pembacanya pun tak ramai. Yang ramaipun yang kurang senang sahaja.
Kalau gambar Tuan Guru itu mengguris perasaan saya akan keluarkan, sebagai tanda hormat saya terhadap ilmunya, tapi bukan kepimpinann dan semua tindak-tanduknya sebagai seorang pemimpin dari kalangan ulama'.
Sekali lagi saya menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada semua pembaca yang merasa tersinggung!
No comments:
Post a Comment