Wednesday, April 22, 2009

TENDER TERBUKA, TENDER KITA-KITA

Dua hari lalu PM Najib ada memberi komitmen bahawa amalan tender terbuka akan dipergiatkan dan tidak menggalakkan tender terhad atau rundingan terus. Baguslah sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan amalan rasuah dan pecah amanah di kalangan para pegawai dan kakitangan kerajaan dan menjamin suasana perniagaan yang lebih telus dan terbuka.
Tapi semalam braveiron ada terdengar masih ada kaedah runding terus diamalkan di Kementerian Pelajaran yang melibatkan pembekalan peralatan teknikal untuk matapelajaran aliran vokasional.
Bila diselidik rupanya bukan runding terus, tetapi tender terhad. Kadang-kadang braveiron nak terajang saja kawan-kawan yang bagi maklumat yang tak tepat. Tender terhad. Maknanya kementerian boleh memanggil mana-mana 5 syarikat yang difikir layak untuk menyertainya.
Tender ini amat khas kerana kalau tender biasa ada yang gagal ada yang berjaya. Lain pula halnya dengan tender terhad ini, 5 syarikat masuk lima-lima dah tentu dapat. Eh?
Macam rundingan terus juga! Barangan yang diperlukan sudah pasti bukan bahan untuk buat roket. Spanar dengan skru driver, tukul besi, alat penggerudi dan lain-lain. Mungkin agaknya hanya syarikat yang lima ni sahaja yang bekalkan tukul besi bersalut emas kot. Atau mereka memang anak emas Kementerian atau Menteri? Menteri baru atau menteri lama? Atau projek ini ada 'kepentingan nasional' kot. Dengar-dengar kelima-lima syarikat ini sudahpun dipanggil mengemukakan tawaran masing-masing sebelum 13 Mei ini.
Baguslah, kalau kerajaan BN masih lagi mengamalkan tender kita-kita ni, mudah-mudahan lebih mudahlah kerajaan sekarang boleh 'selamat' dalam PR13 nanti.
Muhyiddin yang baru masuk mungkin tak perasan perkara ini, tapi kalau siapa-siapa yang baca blog kerdil ini silalah bawa ke pengetahuan Pak Muhi agar dibuktikan kesahihannya dan tindakan segera boleh diambil. Dengar cerita pula ada banyak pihak hendak membawa perkara ini ke pengetahuan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan akan membuat kekecohan sedikit.
Dengar khabar pula kelima-lima syarikat ini ada hal yang lain pula! Siapakah gerangan di belakang syarikat-syarikat ini? Kalau dapat didedah adalah yang senakkk.

3 comments:

Anonymous said...

Hancur Umno! Laknat penulis blog ni!

Anonymous said...

Penulis blog ni yg sebenarnya bertopengkan syaitan...dalami dulu ISLAM tu dulu,baru komen..ni la ajaran UMNO...

Anonymous said...

awat bahasa hang nie teruk sangat..klau macam nie la,jangan ade unsur2 islamic dalam blog hang!..jgn la eksteme sangat..meluat che' baca blog nie..macam orang yang x berilmu.