Tuesday, April 7, 2009

Kes Nga: SAH, MURSYIDUL AM SASAU

Memang tidak ada nas larangan orang kafir membaca Al-Quran.



Tapi menganggap orang kafir membaca Al-Quran sebagai penerimaan terhadap Islam adalah salah kerana ia dibaca jelas kerana kepentingan politik dan untuk menarik pengundi Islam. Manakan boleh Al-Quran dibaca dengan niat untuk mengajar orang Islam sedangkan Nga Komeng sendiri seorang kafir harbi.

Nik Aziz wajib mentafsir ayat 140 Surah An Nisa' ini:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذاً مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعاً

"Dan Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diengkari dan DIPEROLOK-OLOKKAN(oleh orang-orang KAFIR), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki perbicaraan yang lain. Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam."

Ayat ini menghendaki orang Islam beredar dari mana-mana majlis di mana ayat-ayat Quran diperolok, dipermainkan orang sesiapa juga termasuk orang Islam. Jika berserta sekali maka orang Islam juga serupa dengan orang kafir; mereka termasuk orang munafik.

Dalam hal ini PAS WAJIB meninggalkan DAP kerana jika mereka terus bersekongkol, maka mereka juga sama dengan DAP mempermain-mainkan Quran.

Oh... mungkin PAS sudah lali kerana selama ini mereka sememangnya mempermain dan memperdagangkan ayat Quran untuk tujuan politik mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Astaghfirullahal'azim..
mengucaplah kembali saudara...
jgn tuduh yang sembarangan pasal isu ni...sy rasa cuba saudara baca kembali kisah pada zaman para sahabat Nabi dahulu, ketika itu saidina umar masih belum memeluk agama islam akan tetapi umar juga telah membaca ayat suci alquran...sblum mengeluarkan pendapat, sama2lah kita kaji dulu sirah nabi...saudara patutnya insaf..nak tanya, saudara kalau bersembang ngan kwn2 or sape2, boleh ke keluarkan ayat alquran yg berkaitan...sama2lah kita beristighfar dan muhasabah diri...sesungguhnya kepada Alquran dan sunnah juga kita kembali...sebelum ini sy juga belum jelas isu ini..mcm xstuju juga tapi setelah mengetahui pada zaman sahabt juga berlaku seperti ini, maknanya tidak salah malah ini bagus juga...moga2 akan terbuka hati mereka menerima hidayah untuk memeluk islam...jika mereka tidak baca alquran( maksudnya terjemahan)mana mungkin mereka nak knal islam??? nak tanya, adakah usaha saudara sendiri untuk berdakwah kepada nonmuslim untuk knal islam??? jika semua umat islam berdakwah pada non muslim alangkah bgsnya....malangnya kita sendiri still byk yg perlu belajar..tepuk dada, tanyalah iman...wallahua'lam...