Monday, April 20, 2009

Zon Bebas Cukai, 'Bebas Tuhan' di Johor






Selamat datang ke Stulang
Di mana arak berbalang-balang
Tempat berkeliar bujang dan jalang
Tak lupa juga yang anak dah bergantang

Dulu terkenal syurga membeli
Kini termaktub syurga lelaki
Kaum hawa juga merelai
Gadai badan maruah sekali

Wilayah maksiat lulusan Menteri
Yang kini unggul Timbalan Perdana Menteri
Kalau dulu kita tak pasti
Kini tentu maksiat terpatri

Syurga terindah bukan di dunia
Kalau ada cuma bersenda
Mainan iblis, syaitan bersama
Ibarat kata, tuhannya 'tiada'

Sesudah berpesta mabuknya biasa
Gaduh dan kelahi lumrah sahaja
Bukan tak ada penguat kuasa
Bila datang persis selamba

Terminal Stulang memang meriah
Banyak bahtera punggah memunggah
Kalau di sini tak cukup serakah
Ke Pulau Batam pun macam selangkah

No comments: