Menteri Pelajaran baru Tan Sri Muhyiddin Yasin diharap supaya jangan melayan sebarang tuntutan dari monyet-monyet GMP yang mahukan PPSMI yang telah dilaksanakan 6tahun lalu dihentikan.
PPSMI wajib diteruskan bagi mengelak dari kekeliruan yang lebih teruk di kalangan pelajar-pelajar kita dan mengelakkan sejarah pendidikan negara ini menjadi bahan lawak di masa akan datang.
Berjuta wang rakyat telah dibelanjakan selama 6 tahun pelaksanaannya dan kita juga dapati para pelajar kita tidak mempunyai banyak masalah dalam subjek-subjek ini.
Saya secara peribadi akan bersikap tunggu dan lihat JIKA pendokong GMP itu adalah dari kalangan teknokrat yang terkemuka. Tetapi jelas yang menonjol adalah monyet-monyet yang sudah tidak ada kerja lain dan mencari-cari isu untuk memperorak-perandakan keadaan.
Sesetengah Melayu terkenal dengan sikap bodoh sombong dan tidak mudah menerima perubahan yang bakal memberi manfaat.
Kita harus sedar yang orang Melayu masih daif dari dulu sampai sekarang berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Kita masih pengguna dan pengolah teknologi BUKAN PENCIPTA TEKNOLOGI. Ini yang monyet-monyet ini tak sedar.
Hari ini kita terjemah buku rujukan bahasa Inggeris, menjelang siap diterjemah, perkembangan teknologi serta pertemuan sudah bergantang-gantang datang kepada kita. Contohnya bidang ICT yang berkembang 6 bulan sekali. Nak kejar ke?
Kita bukan tamadun yang terkenal dengan mencipta teknologi seperti bangsa Inggeris, Rusia, Jepun, Cina dan lain-lain bangsa yang maju yang boleh menyalurkan ilmu di dalam bahasa mereka sendiri.
Kita boleh maju tetapi apalah salahnya kita mengundur selangkah dan bekerja keras untuk memartabatkan bahasa kita setelah kita dapat setanding dengan bangsa-bangsa pencetus tamadun ini.
Saya cadangkan monyet-monyet ini mencari isu-isu lain seperti tulisan jawi dan masalah sosial remaja MELAYU masa kini, menyatukan Melayu PAS dan UMNO yang sedang tergugat kini dll. Janganlah menggadaikan nasib anak-anak kita yang sedang menelusuri landasan ilmu untuk membina negara. Melayu tidak hilang Melayunya jika mengorbankan sedikit bahasanya demi ilmu tetapi bakal menjadi bangsa yang dihormati jika dapat menguasai ilmu dan menggunakannya untuk kebaikan penduduk dunia. Benarkan martabat Melayu terus dijulang seperti bangsa-bangsa Inggeris yang sanggup belajar Bahasa Arab untuk menguasai ilmu yang dipelopori oleh sarjana Islam di Cordova. Adakah mereka hilang identiti barat mereka?
Saya harap TS Muhyiddin tidak membuang masa dengan monyet-monyet GMP dan beruk-beruk dari parti pembangkang yang bakal menggugat KPI beliau sebagai Menteri Pelajaran.
Apa yang penting adalah memperkasakan sistem pendidikan dan memastikan prestasi yang lebih menggalakkan pelajar kita.
4 comments:
Monyek-monyet itu tidak pedulikan langsung akan kepunahan bahasa Melayu. Mereka lebih sayangkan 6 juta yang telah dibelanjakan. Monyet-monyet itu tidak ada hati budi, maklum sahaja mereka monyet.
Sifat monyet selalu merosakkan apa yang sudah betul dan cantik.
Tindakan kerajaan untuk menyampaikan ilmu sains dan matematik sudah betul dan tidak akan menggugat bahasa melayu jauh sekali memusnahkannya.
Ingat martabat sebuah bangsa bukan kepada bahasanya tetapi kepada kemajuan bangsa itu, kecemerlangan bangsa itu menggunakan ilmu. Bahasa Arab dahulu adalah bahasa yang amat tinggi martabatnya keranya kebanyakan ilmu dihasilkan melalui bahasa itu. Tetapi oleh kerana keunggulannya sudah tiada lagi, orang islam sekalipun tidak melihat bahasa itu sebagai bahasa yang penting, padahal inilah bahasa yang menjadikunci kepada kebahagiaan akhirat.
Janganlah turut menyertai monyet-monyet yang ada sekarang. Bergeraklah ke hadapan dan matanglah sedikit.
Orang Cina dan India sekalipun telah mengutamakan bahasa Inggeris tetapi mereka tetap Cina tetap India. Kita orang Melayu nak cakap dengan depa pun kena pakai bahasa Inggeris.
Kadang-kadang taka faham mengapa Melayu begitu sentimental sangat dengan status bahasa yang telah diangkat melalui helaian perlembagaan yang bersifat sementara. Jika melayu hilang kuasa kerana ketinggalan dalam mengejar ilmu, tak usahlah cerita fasal martabat bahasa melayu, malah martabat melayu itu sendiri.
Silakanlah mana-mana cendikiawan sains melayu yang sanggup mengembangkan ilmu sains dan matematik dalambahasa ibunda sekarang. Kalau dapat 10 pun memadai. jangan hanya pandai menentang dan berdemonstrasi sahaja tetapi lihatlah ke hadapan akan akibat yang akan menimpa kita sebagai bangsa yang tertinggal jauh.
Siapa monyet dan siapa tidak matang. Sistem dahulu dah bagus, yang merosakkan dengan PPSMI inilah monyet.
Nak maju dan bersaing pun biarlah bermaruah dan tidak menghina bahasa sendiri. Maju ala Tanggang. Kaum Cina dan India pun tidak buat macam PPSMI.
Tidak ada yang tolak kepentingan bahasa Inggeris, bahkan bahasa-bahasa lain. Tapi kenapa kacau sains dan matematik dalam bahasa Melayu.
UMNO dari dulu kini dan selama-lamanya merosakkan Melayu.1-Mangsuhkan tulisan Jawi.2-Membenarkan orang Melayu Murtad tampa ada Undang-undang yang menghalangnya.3-Menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu Zaman Mahathir.3-Menarik bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.4-Menghapuskan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik.5-Menukar Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia.
Post a Comment