Friday, April 10, 2009

Surat Nik Aziz Yang Boleh Menyesatkan Umat!

Marilah kita meneliti surat Tuan Guru Nik Aziz dan perhatikanlah betapa sasawnya YAB ini. Adakah TGNA tidak faham agama yang dipelajarinya?

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.


Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Fakta pun tak betul. Cucu Genghis Khan adalah Hulagu Khan yang merobohkan Baghdad. Kemudian cucu kepada Hulagu Khan, Khankhanzhan yang telah memeluk Islam dan menyemarakkan kembali Kota Baghdad menjadi pusat ilmu.

Beliau nak buat seminar "apa yang tak kena dengan Islam". Apa yang tak kena dengan Islam adalah apabila Islam diperdagangkan mengikut selera sendiri demi kuasa dan undi. Akibatnya umat Islam akan tergugat kalau menari mengikut rentak orang seperti Nga. Ingat tak Shnuck Gronje orientalis Belanda yang telah mengaji Islam semata-mata untuk memusnahkan Islam di Indonesia?

Adakah Nga ini macam Khankhanzhan atau Hulagu Khan atau Shnuck?
Kalau Nga nak belajar, jinak-jinak dengan Islam ada caranya. Bukan dengan melalak membaca Quran di khalayak ramai menagih undi! Sesiapa sahaja, walaupun Muslim diharamkan menggunakan Quran selain dari memberi peringatan dan pesanan agama.
Ini yang ramai Muslim (termasuk dari PAS dan UMNO) tidak faham!

8 comments:

Anonymous said...

apa salahnye nga bcekan ayat quran tuh

1) menunjukkan islam ini satu cara hidup..bukan agama ibadat shj

2) membuka mata org bukan islam dan dan orang islam yg tak faham sendiri terhadap sifat alamiyah dan syumuliyyah islam

3) lebih baik dari orang islam yang memisahkan quran dgn politik

encik...jgn emosional sangat dalam melontarkan pandangan

yusri kamidin said...

Tak salah Nga baca quran sebab tak ada nas. Yang salah orang Islam yang tercongok dan teruja dan terpegun dengan kebolehannya.
Sepatutnya semua orang Islam yang ada angkat kaki sehingga dia selesai dan membicarakan perkara yang lain.
Tak tengok ke posting tempeyek yang sebelum ni yang ada menyiarkan nas Al-Quran Surah An Nisa' ayat 140 yang jelas menyuruh kita beredar jika Al-Quran di pergunakan untuk tujuan selain dari berdakwah dan menyampaikan pesanan agama.
Orang Islam sekalipun kalu baca dengan tujuan lain kita pun kena bla dari tempat itu.
Quran untuk kempen, cari duit haram! Tok Guru Nik Aziz patut tahu benda ini, tapi demi undi dia redhakan.

freeze said...

jgn samekan baca al-Quran dengan melalak bro..ayat al-Quran itu suci..
dengar je ayat 2 dibcekan pn dapt pahala..

klu orang yg menyanyi untuk mendapatkan glamer dan xde mesej yg nk disampaikan barulah boleh dipggil melalak..xgitu..

khairi said...

emm.. mgkin ape yang nk di sampaikan oleh Tok Guru Nik Aziz tentang seminar 'di mana tak kenanya islam' tu bermaksud salah pandangan terhadap Islam..

maklum laa, masyarakat skrg mahupun luar dan dlm negara menganggap Islam ni pengganas..

mgkin dengan progrm mcm ni blh menjelaskankan apa yang Islam ajar kpd umatnya..

malah, persoalan lazim yg banyk di tanya oleh bkn Islam kpd agama Islam itu sendiri akan terjawab seperti kenapa khinzir tu haram? knapa ada poligami di benarkan dlm Islam dan lain2..

act, progm mcm ni dah banyk di adakan..mmg sronok klu join wlu untuk yg muslim..

Anonymous said...

ntah ape-ape la ko ni tempeyek!!

TGNA cakap -di mana tak kenanya Islam,maksudnya Islam tu perfect!

Aku tak paham la ko sampai blh putarkan sampai jadi apa tak kena ngan islam.

hei la tempeyek,memang tempeyek ko ni!!

Anonymous said...

Tempeyek,,sy kesian kat awk..Moga Allah tunjukkan jalan yg baik kat awk..Ulamak,warasatul an biya'..bermaksud : Ulamak itu pewaris nabi..tempeyek jgn sekali2 cuba menghina ulamak...Diakhirat kelak,tempeyek akan tahu akibat ai perbuatan tempeyek..Sekarang ni pun,,mungkin tempeyek sudah mngaalami kesusahan hidup...Bertaubat lah tempeyek..Sesungguhnya,,pintu taubat Allah terbuka luas utk hambanya..

Anonymous said...

saya pun tumpang kesian dgn tempeyek..awak tak baca ke sirah Nabi...kalau dibaca dengan teliti ayat2 suci al-Quran,Allah sendiri ada berfirman kepada orang2 bukan Islam. saidina Umar sendiri pun,dia baca Quran sebelum masuk Islam..bawa2 lah bertaubat...jika anda orang Islam,bawa2lah mengucap...kalau anda bukan orang Islam,jgnlah duk KUTUK2 orang.....

wakbugis said...

Freeze:
Melalak baca Quran merujuk kepada membaca Quran yang tidak mengikut tartil dan tajwid serta tujuan selain dari Allah. Saya tidak mengatakan Nga berdosa membaca Quran dan saya tahu Umar pun membaca Quran semasa baginda belum Muslim. Nga masih kafir dan tidak ada dosa dan pahala dengannya. Yang kita ni orang Islam sepatutnya faham dan mengerti akan kehendak ayat 140 surah Annisa' itu. Angkat kaki semasa dia membacanya. Full stop.Ini arahan Allah. Takkan mungkin sikafir ini membaca dengan hati yang suci. Kalu dia nak belajar Islam belajar betul betul, bukan mengambil kesempatan.
Masalah kita ialah tidak meneliti. Membaca separuh cerita kemudian buat rumusan.