Tiada angin pohon takkan bergoyang. Walaupun beberapa pihak dalam PAS menafikan isu bai'ah seperti yang diutarakan oleh Khalid Samad namun ianya adalah satu perkara yang amat memalukan umat Islam di Malaysia. Mahu tidak mahu semua umat Islam mesti merasakan ianya adalah sesuatu yang amat besar dan tidak boleh dipandang remeh.
Kewujudannya adalah pasti; apa yang kurang pasti adakah ianya satu peraturan yang jelas ataupun ianya satu 'unwritten rule to be understood and adhere to by everybody'
Di mata masyarakat umum ianya adalah satu senario baru kerana PAS sekali lagi telah dibuktikan ketaksubannya sehingga seolah-olah PAS itu sudah melebihi Islam kalaupun tidak setaraf.
Isu tauliah yang selama ini menjadi isu biasa tiba-tiba sahaja menjadi luar biasa apabila didedahkan dua ulama besar kini menghadapi tuduhan mengajar ilmu tanpa tauliah. Dr Abdullah Yassin yang rupa-rupanya sudah 3 tahun berulang-alik ke mahkamah dan Dr Asri yang baru menghadapi tuduhan yang sama dan menunggu hari perbicaraan.
Perkara ini memeranjatkan semua pihak kerana yang ditahan merupakan tokoh-tokoh agama yang ulung dan tidak perlu dipersoalkan akan kemantapan ilmu mereka.
Kedua-dua isu ini, telah membuat seluruh umat Islam termangu-mangu akan gelagat yang mendakwa sebagai pendokong agama. PAS mengakui sebagai pejuang agama cara politik dan JAIS pejuang agama melalui undang-undang.
Alangkah baiknya jika badut-badut dari kedua-dua organisasi ini turun ke bawah, ke bumi nyata dan lihat serta mengambil tindakan terhadap perkara-perkara yang jelas haram yang diamalkan oleh umat Islam kini daripada membawa seluruh umat Islam ke kancah pemikiran yang lebih berserabut yang tak perlu dibincangkan langsung secara umum.
No comments:
Post a Comment