Terkucil hasrat Tok Guru nak tunaikan haji melalui pakej RM65,000nya. Kata orang duit hadiah itu ada bau-bau rasuah.
Hairan juga kenapa Tok Guru batalkan hasratnya itu. Sebagai seorang yang arif tentang hukum, sudah tentulah beliau sudah menimbangkannya mengikut sukatan syariah. Kalau beliau yakin ianya bukan rasuah tunaikanlah niat suci untuk menjadi tetamu Allah; pesetankan apa kata orang. Tapi nampaknya Tok Guru lebih melihat kepada tanggapan orang daripada hukum. Macam ada bau-bau politik.
Malang sekali juga bila terjadi perkara begini para penyokong PAS sepatutnya melancarkan derma kilat bagi membolehkan Mursyidul Amnya menunaikan haji, tapi nampak senyap sahaja. Kesian Tok Guru, penyokongnya makin tidak peka dan tidak bermaya lagi dengan beliau.
Oleh itu Tok Guru, sudah sampai masa untuk berundur baik-baik dan mencurahkan sepenuhnya ilmu yang ada kepada umat Islam sebagai seorang daie tulin sepenuh masa. Seelok-eloknya ucaplah selamat tinggal kepada politik. Bagi PAS selepas ketiadaan Tok Guru, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
No comments:
Post a Comment