Mungkin ramai yang lega apabila Menteri Pelejaran membuat keputusan untuk membatalkan PPSMI secara beransur-ansur sehingga 2012.
Ini adalah harapan dan cita-cita golongan yang dikatakan pejuang bahasa Melayu dan penjaga Fasal 153. Maka mereka berpuas hati kerana kerajaan akhirnya akur dengan tekanan mereka.
Tak kurang ada yang sedih akan tindakan tersebut terutamanya pelopornya mantan PM, Tun Mahathir. Beliau nampak bahawa tindakan tersebut akhirnya akan merugikan Melayu dari segi peluang pekerjaan dan peluang-peluang memajukan diri mereka dalam bidang sains dan teknologi.
Tindakan kerajaan itu sudah pastinya setelah mengambil kira sentimen orang Melayu yang mahu memartabatkan bahasa Melayu supaya ia setanding dengan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa ilmu sains.
Atau apakah tindakan tersebut adalah kerana mengambil kira sebilangan guru sains dan matematik yang gagal untuk mengajar subjek-subjek tersebut dalam BI? Umum sudah mengetahui bahawa sudah pastilah guru-guru tersebut adalah dari kalangan guru-guru Melayu.
Hakikatnya adalah hampir pasti pelajar kita akan terus ketingalan dalam bidang penting ini di ketika dasar bagi penyaluran ilmu ini berubah-ubah mengikut sentimen dan kepentingan politik.
Yang pasti banyak masa akn diluangkan untuk mencari-cari istilah yang sesuai ketika bidang ilmu sains adalah satu disiplin yang pantas berkembang. Sudah pasti lebih banyak buku rujukan yang perlu diterjemahkan dan apabila sesebuah buku selesai diterjemah, perkembangan sains terus menemui bidang ilmu yang baru.
Dalam hal ini kita telah memberikan ubat yang salah untuk penyakit yang lama.
Penyakit Melayu yang paling kronik ialah amat sensitif kepada perkara yang tidak relevan. Bahasa Melayu boleh dimartabatkan dengan pelbagai cara lagi. Kenapa identiti tulisan Melayu yakni jawi kini sudah tidak diberikan perhatian?
Satu-satunya akhbar jawi yang ada kini hanya menjadi sisipan dan disudi dibaca? Apa usaha pendokong GMP terhadap gejala ini?
Puncanya adalah sikap umat Islam sendiri yang tidak menghargai apa yang mereka ada dan tidak mendalami ilmu seperti yang dituntut agama yang mereka anuti.
Fikirkanlah berapa ramai Melayu yang berusaha untuk belajar bahasa Arab sedangkan Islam itu diturunkan melalui Al-Quran yang berbahasa Arab?
Apakah GMP juga akan melenting jika kita tekankan bahasa Arab dalam kurikulum kita?
3 comments:
setuju 100%
Orang Melayu mesti pandai menghargai apa yang mereka ada dulu. Apa yang Melayu pandai ialah melayan perasaan dan sentimen semata-mata. Tumpuan akal dan fikiran tidak difokuskan kepada benda-benda yang fundamental.
Melayu sentimental.
Melayu hari terlalu lemah dan rapuh. Budaya malas sudah sinanim dengan Melayu.. Apa yang ada dijual,Bila tak dapat marah... entah la bila nak sedar..PPSMI pun nak dijadikan isu, akhirnya anak bangsa yang ketinggalan.....
Post a Comment