Mungkin tindakan 2 wartawan Al-Islam yang menyelinap masuk secara penyamaran ke gereja Katolik adalah atas keprihatinan terhadap isu murtad di kalangan umat Islam di negara ini.
Namun tindakan mereka itu telah mendapat kritikan yang sinis dari Martin Jalleh dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Martin Jalleh telah menyiarkan surat terbukanya kepada dua wartawan yang digelar spy atau pengintip. Beliau dengan bersahaja menyatakan bahawa jika wartawan tersebut secara jujur menyatakan hasrat mereka, pihak gereja akan memberikan sambutan yang gemilang, seperti mana yang telah diberikan kepada Khalid Samad ketika melawat Church of the Divine Mercy, Shah Alam tahun lalu.
Khairy dan Martin masing-masing memberikan persoalan apakah yang akan berlaku jika orang Kristian membuat perkara yang serupa.
Martin dalam surat terbukanya telah menyatakan bahawa berita mengenai ramai remaja telah dibaptiskan dalam jumlah yang ramai setiap hari Ahad terbukti salah; oleh wartawan tersebut dan berita yang sama boleh diperolehi dari pegawai SB yang memantau gereja tersebut setiap minggu.
Martin juga telah berjaya mewujudkan tanggapan bahawa tindakan wartawan tersebut adalah satu tindakan yang bodoh dan biadap.
Tetapi hakikatnya, apakah kaum Nasrani ini akan berhenti dari usaha menyesatkan umat Islam? Dalil yang kukuh dari Al-Quran Surah Al-Baqarah telah memberikan satu penjelasan yang tidak perlu ditafsirkan panjang-panjang.
"Tidak sekali-kali orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan redha kepada kamu selagi kamu tidak mengikut millah atau jejak langkah mereka"
Bagi umat Islam yang prihatin, pandangan negatif terhadap golongan Nasrani itu sentiasa valid walaupun kadangkala tindakan mereka kadangkala tidak beretika.
Kita juga sering dapat mengesan dalam pemerhatian kita seharian bahawa sebenarnya usaha untuk memurtadkan orang Islam di sini sedang berjalan aktif.
Yang terbaru ianya dalam bentuk buku kecil yang mengandungi ayat-ayat Quran digunakan sebagai dalil yang kononnya menghendaki umat Islam patuh kepada syariat Nabi Isa as. Buku ini telah didapati diedarkan di plaza-plaza tol PLUS.
Braveiron akan siarkan gambar buku kecil ini supaya umat Islam berhati-hati dalam posting akan datang. Bagi mereka yang kurang pengetahuan agama pasti termakan dengan apa yang dipaparkan oleh buku kecil yang durjana ini.
No comments:
Post a Comment