Sunday, June 14, 2009

Haramkan SIS: PAS Juga Tak Layak Guna Label Islam

Coretan ini TIDAK SAMA SEKALI bertujuan untuk menyokong perjuangan SIS, tetapi melihatkan kenyataan PAS yang ingin mengharamkan pertubuhan mengembalikan hak wanita itu braveiron berpendapat PAS juga harus sanggup untuk melunturkan label Islam dalam perjuangannya.
Ini kerana tindak tanduk PAS yang kita maklumi banyak bercanggah dengan Islam dan memburukan keadaan lagi mereka masih lagi berslogankan kepimpinan ulama', mempunyai identiti Islam pada pakaian dan anggotanya kebanyakkan mempunyai latar belakang pendidikan Islam.
Sebenarnya PASlah yang lebih menyesatkan ramai umat Islam dalam perjuangannya menguasai kepimpinan negara yang mana paling ketara yang masih jelas dalam ingatan kita adalah amanat Haji Hadi sendiri pada tahun 1983 yang telah memberikan tanggapan bahawa ahli-ahli UMNO semuanya kafir. Maka sejarah telah menyaksikan bagaimana isu politik ini begitu buruk sehingga menjejaskan institusi keluarga dan struktur masyarakat. Mengapa tiada lagi penjelasan terhadap isu pangkah PAS masuk syurga? Sejauh mana mereka menghayati semangat perpaduan seperti dianjurkan oleh Al-Quran dan Hadis?
Lihat pula kenyataan-kenyataan karut yang telah dikeluarkan oleh Mursyidul Am Tuan Guru. Terakhir perhatikan pula gelagat beliau apabila mengambil sikap yang degil untuk tidak mahu menerima cadangan kerajaan perpaduan yang diusulkan oleh Hadi.
Semak balik semua kenyataan-kenyataan yang busuk dan penuh kehinaan yang diucapkan oleh para pemimpin mereka yang kasar seperti Mat Sabut, Nasaruddin, Nizar, Khalid dan lain-lain. Islamikkah mereka dalam kenyataan dan tindak-tanduk mereka?
Parti ini penuh dengan kekarutan, dendam kesumat, dan ini diseliputi oleh jubah,kopiah dan serban para pemimpin mereka. Kerana kuasa mereka sanggup menjual ayat-ayat Allah, kerana kuasa mereka sanggup menjual maruah, kerana kuasa mereka sanggup bekerjasama memaki hamun sesama saudara Islam, kerana kuasa mereka sanggup menjadi boneka puak kafir.
Dulu mereka mahu menegakkan Daulah Islamiah, kini mereka kata 30 puluh tahun lagi, tak ada dalam perlembagaan, atau apa-apa dokumen PAS yang mengatakan mereka mahu menegakkan undang-undang hudud.
Kita boleh mempermainkan sentimen lain tetapi PAS telah pergi lebih jauh dalam kesesatan dengan mempermainkan agama Islam!
Ramai boleh menerima hakikat SIS mempunyai matlamat kearah Islam liberal tetapi mengapa ramai diantara umat Islam tidak boleh menerima hakikat bahawa PAS bukanlah pejuang Islam tulin tetapi hanya berselaputkan Islam sebagai mengabui mata kita.

No comments: