Dalam kesibukan kita membincang soal politik, mari kita renung sebentar terhadap perkara-perkara yang melibatkan kita sebagai pengguna Islam.
Para pengguna khususnya penggemar sup ekor lembu diminta berhati-hati dengan lambakan ekor lembu import entah dari mana yang dibawa masuk oleh pengimport-pengimport yang tidak diketahui halal-haramnya.
Menurut seorang pegawai kastam kemasukan ekor-ekor lembu ini adalah banyak sehingga memenuhi sebuah kontena berukuran 40 kaki. Menurutnya lagi, saiz ekor lembu tersebut sangat tidak munasabah sehingga beliau amat tidak yakin bahawa ianya adalah dari lembu.
"Sejak dari itu saya tidak makan lagi ekor lembu," kata pegawai kastam berkenaan.
Apa yang menghairankan adalah mengapa tidak ada langsung tindakan yang boleh diambil dan sehingga ke hari ini ekor-ekor lembu tersebut masih lagi dibawa masuk dan dijual secara berleluasa di pasar-pasar yang di pusat-pusat makanan khususnya makanan Siam yang menyediakan masakan sup ekor.
Pegawai tersebut pernah mempersoalkan dari mana ekor-ekor lembu tersebut datang dan adakah ianya dari lembu-lembu yang disembelih mengikut kehendak syarak, kalau betullah ianya lembu. Persoalan tersebut tidak terjawab sehingga hari ini.
Pegawai tersebut tidak boleh mengambil tindakan kerana perkara tersebut bukan dalam bidang kuasanya.
No comments:
Post a Comment