Kementerian Pelajaran telah mengadakan satu sesi perbincangan dan maklum balas mengenai tindakan kerajaan menghapuskan semula PPSMI dan nyata dari angka-angka yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom SKlah yang paling merugi dan terus menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan.
Sesi tersebut yang telah dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum Kementerian Pelajaran telah dihadiri oleh lebih 60 cendikiawan dan pakar pendidik dan bahasa dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Perbincangan tersebut telah di bahagikan kepada dua kelompok, iaitu kelompok yang yang membincangkan kaedah dan tindakan memartabatkan Bahasa Melayu dan satu kelompok mencari kaedah memperkukuhkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Selama sehari suntuk mereka berbincang akhirnya kedua-dua kelompok membentangkan cadangan masing masing.
Kelompok memartabatkan bahasa Melayu telah diwakili oleh Professor Datuk Haji Abdullah manakala kelompok memperkukuhkan Bahasa Inggeris diwakili oleh Datuk Asmah Ali.
Nyata sekali cadangan yang dikemukakan olen oleh kelompok memartabatkan bahasa Melayu tidak teratur dan seolah-olah hilang fokusnya dan banyak berdasarkan sentimen dan tidak menjurus kepada penyelesaian yang konkrit akibat gagal untuk mencari sebab mengapa Bahasa Melayu gagal dimartabatkan. Banyak mengemukakan masalah daripada cara penyelesaian dan ahli-ahli mesyuarat tersebut menitik beratkan kepada peruntukan yang mesti diadakan untuk memberikan kemudahan yang serupa diberikan kepada pengajaran Bahasa Inggeris tanpa menyedari jumlah dan bentuk content yang ada dalam P&P Bahasa Melayu.
Wakil Kementerian Pelajaran Dr. Haili, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran harus dipuji dengan sikap terbuka dan melayan kehendak-kehendak kelompok ini yang rata-rata adalah penentang PPSMI. Tetapi malang apabila sesi perbincangan ini dibuka mereka semua mampu untuk mempertahankan martabat Bahasa Melayu berdasarkan sentimen semata-mata.
Berbeza dengan kelompok Bahasa Inggeris yang telah membentangkan cadangan mereka dengan lebih teratur dan fokus kepada isu-isu, perspektif dan cadangan-cadangan yang konkrit untuk memperkukuhkan P&P bahasa penjajah itu.
Mesyuarat tersebut jelas menampakkan akan keletihan pejuang-pejuang bangsa ini dalam memberikan cadangan yang bernas sebaliknya melepaskan tanggungjawab ini kepada 'political will' semata-mata. Pendek kata salah Najiblah. Inilah sikap orang Melayu tanpa mengira diperingkat mana mereka berada tetapi cenderung kepada menyalahkan orang lain.
Professor Abdullah dalam intronya telah menyatakan beliau akan berbahasa Melayu dan menempelak wakil luar negara dengan menyatakan, "if you don't understand what I'm saying, pretend that you do like students in our school"- satu kenyataan yang sombong dan kurang sopan dari seorang terpelajar.
Datuk Asmah Ali telah mengambil langkah yang bijak dengan membentangkan cadangan kelompok Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu dengan teks terpapar dalam Bahasa Inggeris supaya semua boleh faham. Ini satu tamparan kepada Professor Abdullah!
Bagaimanapun Braveiron memuji tindakan Kementerian Pelajaran yang telah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan akur kepada kehendak pemimpin, tetapi malang golongan yang dikatakan pejuang bangsa ini gagal memanfaatkan peluang ini semaksima mungkin.
No comments:
Post a Comment