Di pamiran produk halal MIHAS 2009 dulu beer halal telah diperkenalkan kepada umum. Ramai yang mengeji dan ada juga yang gembira mungkin kerana mereka adalah orang Islam yang sebenarnya peminum tegar air kencing setan itu.
Baru-baru ini pula timbul satu lagi produk yang sememangnya haram tetapi kini telah dihalalkan dengan panggilan yang sama yakni bak kut teh.
Sebelum ini tanpa kita sedari sebuah rangkaian makanan segera sejak berpuluh tahun dahulu memperkenalkan root beer dan ham burger yang mana kita tahu beer dan ham ini asalnya dari benda-benda haram.
Memang tak mabuk dan memang tak haram benda-benda ini tetapi apa yang masuk ke dalam benak fikiran semua pengguna termasuk pengguna Muslim adalah ada beer dan ada ham halal. Ada bacon haram dan ada bacon halal.
Kita fikir-fikirkan orang Islam memang nak sangatkah sebenarnya makan benda-benda haram?
Naluri manusia memang hendakkan perkara-perkara yang disarankan oleh nafsu yang jahat. Dengan wujudnya 'ikon' benda-benda haram yang telah dihalalkan ini secara otomatik ada diantara kita umat Islam yang mengatakan sekarang kita dapatlah merasa akan enaknya rasa minuman keras dan rasa babi yang tetap haram itu.
Semua perkara ini tidak lain selain dari meningkatkan obsesi umat Islam terhadap benda-benda haram lantas menghilangkan terus rasa geli terhadap babi yang turun-temurun diwarisi dari nenek moyang mereka
No comments:
Post a Comment