Tuesday, July 15, 2008

Mail Kijo Selesa Di Ampang


Pemangku Ketua Bahagian UMNO Ampang, Datuk Ismail Kijo dijangka tidak menghadapi masalah untuk muncul sebagai Ketua Bahagian dalam pemilihan UMNO bahagian yang akan diadakan Oktober ini.



Ahli-ahli UMNO di sini berpendapat bahawa inilah masanya fokus diberikan kepada kekukuhan parti dan tidak kepada siapa yang memimpin.



Datuk Ismail Kijo berkelulusan Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan adalah bekas ADUN kawasan Lembah Jaya yang tewas kepada Khosim Abdul Aziz, dari PAS pada pilihanraya 8 Mac lalu.




DUN Bukit Antarabangsa yang diwakili oleh Ketua Puteri, Haslinda Zerain dan kawasan Parlimen yang diwakili oleh Azman Wahid juga turut kecundang di tangan PAS dan PKR.



Ramai berpendapat bahawa Datuk Ismail adalah orang yang paling layak untuk memimpin bahagian memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan bahagian sebagai Timbalan Ketua Bahagian di bawah kepimpinan bekas Ketua Bahagian, Datuk Mufti Shuib.



Beliau juga mempunyai sokongan akar umbi yang kuat dari kedua-dua DUN iaitu Lembah Jaya serta Bukit Antarabangsa.



"Isu kekalahan UMNO dan BN adalah pengalaman yang dihadapi di setiap kawasan pilihanraya dan Kawasan Ampang tidak terkecuali, oleh yang demikian buat masa ini tumpuan haruslah diberikan terhadap penyatuan ahli-ahli parti dan tidak memesongkan perhatian kita kepada pemilihan pemimpin," kata seorang bekas pemimpin UMNO di sini.



UMNO harus kembali kepada perjuangan parti dan benar-benar menjadi suara rakyat dan memastikan kebajikan rakyat terbela lebih-lebih lagi dengan kelemahan pentadbiran kerajaan yang dipimpin PR serta kesukaran yang dihadapi mereka berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentukan akibat kenaikan harga minyak.



UMNO mesti kembali menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang akan memastikan agama Islam terus menjadi tonggak pegangan mereka yang kini hanya berlindung di sebalik helaian perlembagaan dan undang-undang.



Cawangan UMNO Ampang yang akan mula bersidang pada 18 Julai ini dijangka memberikan pencalonan kepada Datuk Ismail Kijo walaupun ada desas-desus mengatakan seorang pemimpin sebuah NGO yang terkenal disebut-sebut akan turut dicalonkan oleh sebilangan kecil cawangan-cawangan.



Ismail Kijo dijangka mendapat sokongan padu dari semua ahli-ahli jawatan kuasa yang merupakan bekas penyokong kuat Mufti seperti Azman Wahid, Aziz Derus, Zakaria Talib, Norashid Abd Aziz, Dr. Rozaidah Talib, Safarizul, Sheikh Arziman dan lain-lain.



Jawatan Timbalan Ketua pula dijangka ditandingi oleh bekas ADUN Bukit Antarabangsa, Azman Wahid dan Aziz Derus, manakala Naib Ketua menyaksikan pertembungan antara Zakaria Talib, Norashid, Sheikh Arziman dan Rosli Alip. Ketua Pemuda yang disandang oleh Safarizul dipercayai akan ditentang orang salah seorang orang kepercayaannya. Dr. Rozaidah pula akan berdepan dengan tokoh korporat Atikah Adom merebut jawatan Ketua Wanita.



Ahli-ahli UMNO Ampang yakin dan percaya bahawa kepimpinannya kini mampu untuk menyusun semula bahagian dan menyalurkan seluruh tenaga bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti.

3 comments:

Anonymous said...

Pegi dah! Macam mana Mail boleh selesa di Ampang kalau di DUN pun kalah kepada pengimpal besi. Yang menulis ni kalu sekadar tahu nama tokoh-tokoh UMNO Ampang tak payah komenlah. Sebenarnya orang Ampang sudah loya dengan kepimpinan UMNO sini.
Dah kalah pun tak sedo-sedo lagi.
Kalau UMNO nak balik kerusi ni tukar semua muka-muka UMNO dengan muka-muka yang lebih boleh dipercayai.
Kalau setakat kaki jilat, nak jumpa rakyat liat, duduk rumah menggeliat tido jelah!

Anonymous said...

apa hal nama melaka tu kasi buang dulu...buat malu jer... cadangan aku tukar ker nama tepenyekumno...

Anonymous said...

Selesa apa? Mail dah nak bungkus daaaaah!! Selamat jalan Mail Kijo.