Tuesday, July 22, 2008

Nik Aziz Sudah Tersasar?


Agak pelik dengan pendirian Tuan Guru Nik Aziz berkenaan dengan muzakarah antara pemimpin PAS dan UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam. Apakah bezanya jika muzakarah tersebut atas peribadi atau parti kerana yang penting adalah perpaduan Melayu dan agama Islam di negara ini yang semakin berani dicabar?


TG Nik Aziz seolah-olah sudah tidak menjadikan ajaran Islam iaitu bersangka baik dan bersatu padu antara sesama Islam dan lupa bahawa Islam itu bersaudara. Beliau begitu yakin bahawa usaha muzakarah adalah perangkap buat PAS dan dalam masa yang sama sanggup membiarkan PAS bekerjasama dengan parti yang terang-terang menentang Islam demi kerusi dan kekuasaan.


Apabila pimpinan PAS berjumpa dan muzakarah itu berjaya diadakan beliau dalam keadaan tidak menentu menyatakan bahawa pertemuan itu adalah atas dasar peribadi.


Beliau terlebih dahulu mahu meletakkan beberapa syarat muzakarah dan ingin ianya diadakan melalui pihak ketiga. Adakah ini seolah-olah dianggap sebagai satu perbincangan dengan golongan kafir? Apakah di benak hati TG Nik Aziz bahawa orang-orang UMNO ini kafir.


Aliran pemikiran Datuk Hadi Awang kini sudah lebih terbuka dari TG Nik Aziz yang mana Datuk Hadi Awang dahulu pun telah secara tidak langsung mengkafirkan orang UMNO melalui amanatnya sekitar awal 80an.


Kini TG Nik Aziz pula boleh dianggap terkebelakang sedikit dan tersasar pendapatnya dari roh Islam yang sebenarnya.

No comments: