Wednesday, July 30, 2008

Mampukah Parti Baru Satukan Melayu?

Bubar PAS, bubar UMNO, buat parti baru, Melayu boleh bersatu?

Inilah persoalan terbaru yang menjadi perbincangan orang Melayu, tetapi adakah kaedah ini boleh diterima yang boleh menjadi wadah kepada kesatuan dan penyatuan hati-hati orang Melayu? Sedangkan batu arah penyembahan yang satu (Ka'abah), kitab yang satu, nabi yang satu, masih tidak dapat menyatukan orang Melayu, adakah dengan menubuhkan satu lagi parti baru dapat melabuhkan orang Melayu ke satu matlamat tunggal? Apakah matlamat tunggal itu? Berbalik kepada agama dan bangsa juga.

Masyarakat Melayu kini sudah muak dengan retorik dan cakap-cakap mengenai perpaduan tetapi hakikatnya bangsa ini semakin berpecah dan jauh tersasar dari titik persamaan.

Yang penting bukanlah sebuah lagi parti baru atau membubarkan mana-mana parti kerana ini tidak lain akan mengundang berjuta polimik lagi, tetapi apa yang penting adalah kesepakatan dalam semua tindakan strategik yang boleh menjurus kepada jaminan masa depan umat Islam dan Melayu. Itu sahaja.

Biarlah PAS, UMNO wujud secara berasingan tetapi hakikatnya apabila orang Melayu berdepan dengan sesuatu yang memerlukan tindakan yang kolektif, isyaratnya tentu jelas dan tak perlu lagi berbincang kerana kesefahaman melalui semangat ukhwah sepatutnya sudah wujud.

Kedua-dua parti ini sudah matang dan tentunya apabila timbul riak-riak pihak tertentu yang menjurus ke arah memporak-perandakan agama, kedua-dua parti tunggak Melayu ini mesti bangkit dan bertindak. Walaupun cara dan kaedah berbeza, matlamatnya mestilah tetap satu.

1 comment:

belantan herkulis said...

Rasmi orang Melayu suka buat parti baru, suka nak gaduh, suka nak berpecah-pecah.
Dulu ada UMNO saja, kemudian ada PAS, lepas tu ada Berjasa, timbul pula Hamim. Ada orang Melayu masuk DAP, ada yang masuk Gerakan, ada yang masuk PBS.
Sekarang ada PKR, eh, PKR boleh kira parti Melayu ke?