Tuesday, July 22, 2008

Dr. M Terima Pencalonan, Kem Mail Kijo Terkujat

Tokoh pengguna, Dr. Ma'amor Osman mula menerima pencalonan untuk Ketua Bahagian Ampang sekali gus mengesahkan desas-desus bahawa Pemangku Ketua Bahagian Datuk Ismail Kijo akan ditentang.
Kalau dahulu berita mengatakan bahawa Ismail selesa di Ampang, tetapi senarionya berbeza apabila cawangan-cawangan di sini mula bermesyuarat dan awal-awal lagi Dr. Ma'amor Osman sudah menerima tiga pencalonan dari lima cawangan yang sudah bersidang setakat berita ini ditulis.
Dr. Ma'amor yang membawa mesej perpaduan parti itu telah diterima baik oleh ahli UMNO di sini yang rata-rata inginkan perubahan. Selain dari itu, Dr. Ma'amor juga bertekad untuk menjadikan UMNO ini benar-benar membawa wadah rakyat dan tidak sebelum ini hanya menjadi kuda tunggangan sebilangan kecil Melayu sahaja.
Bagi beliau, jawatan tidak penting, tetapi semangat mengembalikan keunggulan UMNO adalah lebih utama dan apa yang lebih penting ialah parti kini memerlukan komitmen yang utuh dari ahli-ahli.
Adalah dijangkakan bahawa pertandingan sengit akan berlaku di bahagian ini berbanding dengan lain-lain bahagian, di mana rata-rata para pemimpinnya sanggup meletak jawatan apabila sedar bahawa dirinya tidak mendapat sokongan padu lagi. Kem Ismail yang jelas terkujat dengan perkembangan ini sedang bertungkus lumus memastikan pencalonan mesyuarat cawangan mendatang mencalonkannya.

3 comments:

Anonymous said...

Relaxla Datuk Ismail, baru berapa cawangan sahaja. Nanti dah sampai penghujung baru boleh panik.
Tapi rasanya elok kalau Datuk berundur dengan hormat sahaja.
Bolehla kita buat majlis jasamu dikenang.

Anonymous said...

Datuk jangan risau, kan Ketua Puteri dah keluar fatwa mengharamkan undi selain Datuk.
Tak kan orang UMNO nak engkar fatwa.

Anonymous said...

Apa perkembangan terbaru? Siapa leading?