Thursday, July 31, 2008

Perpaduan Syarat Laksana Hudud

Gema Hudud dan Qisas berkumandang lagi dari Mursyidul Am PAS. Telah saban kali syarat ini dikenakan apabila UMNO dan PAS mula bercakap. Muzakarah yang diadakan pada tahun 1986 dulu juga menyaksikan rentak yang sama.

Istilah-istilah ini juga adalah merupakan pantang bagi DAP dan MCA juga tidak terkecuali. Dengan kerapuhan kepimpinan Melayu, konco-konco parti ini sudah berani mempersoalkan perkara asas seperti Islam sebagai agama rasmi, walaupun ianya tercatat dalam perlembagaan negara. Kalau Islam sudah dicabar, apa lagi hak istimewa orang Melayu!

Jika kita memandang secara rasional penggabungan PAS dan PR, ia merupakan satu pakatan yang strategik untuk menyampaikan satu mesej yang jelas tentang penerimaan rakyat terhadap BN.

Samada ia sesuatu yang dirancang atau kebetulan, pintu untuk bersemuka kini telah didobrak dan orang Melayu dalam PAS dan UMNO kini mula berkomunikasi mengenai maudu' yang utama, perpaduan Melayu dan kepentingan Islam.

Apa yang penting kini bukanlah reaksi kebimbangan dari parti-parti bukan Islam dalam BN atau pun PR mengenai perpaduan Melayu, tetapi apa yang konkrit yang bakal terhasil darinya.

Perundangan Islam mesti ditegakkan sebagai satu wadah jihad Islamiah tetapi dalam konteks Malaysia kini, ianya harus didirikan dengan bijaksana dan tersusun.

Tetapi sebelum hasrat ini terlaksana, syarat utamanya adalah perpaduan kerana dengan ini sahaja kita dapat memastikan keakuran kelompok-kelompok bukan Islam di Malaysia ini. Hudud dan Qisas tidak boleh dijadikan syarat sebelum membuka mulut untuk bersepakat.

Islam sepatutnya telah menyatukan hati-hati kita, apakah kita perlu mewujudkan batas dan meninggikan pagar sempadan lagi?

5 comments:

Anonymous said...

Blog ini kurang menariklah. Masuklah cerita2 brutal sikit

Anonymous said...

Quran dan Hadis menganjurkan umat Islam bersatu tetapi hakikatnya mereka tidak lagi bersatu. Bolehke dengan tubuhnya parti baru, tiba-tiba umat Islam boleh bersatu.
Janggal bin pelik.
Macam umat Islam dah tak percaya kitab dan sabdaan Nabi. Menghadap Tuhan yang satu, kiblat yang satu, tetapi hati-hati kita masih tak bersatu.

Anonymous said...

Apa punca majlis peguam yang lantang mencabar kontrak sosial dan kedudukan agama Islam di negara ini? Mereka lantang mempersoalkan semua hak istimewa orang Melayu dengan berselindung di sebalik sesi perbincangan, dialog dan seminar.
Puncanya bila kepimpinan Melayu sudah kucar kacir dan berbalah sesama sendiri.
Kalau Khilafah Othmaniah Turki jatuh disebabkan oleh perancangan barat, empayar Melayu di Malaysia boleh terkubur akibat pertelingkahan sesama sendiri dan perjuangan mementingkan diri sendiri.
Kalau kegemilangan Islam mampu bertahan selama lebih 1000 tahun, empayar Melayu boleh hancur tak sampai satu kurun.

Anonymous said...

Dah 18 tahun perintah Kelantan, tak de hudud pun. Pemahaman terhadap hudud di kalangan rakyat Kelantan pun entah. SIbuk menyalahkan kerajaan pusat yang kononnya menghalang pelaksanaan hudud. Sekarang lagi takut. Takut Cina dan India tak sokong lagi. Dengan karpal yang tak boleh berdiri pun tak berani.
Pahamkan rakyat dulu. biar rakyat menghayati Islam dulu baru boleh cerita pasal hudud. Biar hudud tu diamalkan dalam diri orang Islam terlebih dahulu.

Anonymous said...

Sudahkah PAS memberi penerangan yang jelas mengenai hudud kepada orang kelantan selama 18 tahun memerintah? Kerana masih ada lagi pesta liar, masih ada lagi kutu-kutu rayau dan masih ada lagi masalah sosial di serambi mekah ni. Baru-baru ni ada pulak kecurian di kedai pajak ar-rahnu. Nak tuduh orang negeri lain ke? Cukup ke setakat merayu je?
Macam mana nak laksana hudud kalu penerimaan orang ramai itu belummencapai matlamat. Adakah PAS pernah membuat kajian kualitatif dan kuantitatif dan pungutan pendapat orang ramai mengenai pelaksanaan hudud? Sejauh mana kefahaman mereka? NI asik nak salahkan BN sahaja, peranan parti yang kononnya parti Islam itu sendiri tak pernah dipersoalkan.