Memang tepat masanya Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa untuk ditubuhkan satu persatuan untuk pendeposit tabung haji bagi menyusur masuk dan bersuara terhadap setiap perkara berkaitan dengan wang simpanan haji kita. Sepanjang tabung haji ditubuhkan, pendeposit hanya tahu menyimpan terima bonus yang tak pernah jejak 9 peratus dan bila cukup boleh pergi tunaikan haji.
Simpanan yang dijamin oleh kerajaan ini sering kali terdedah kepada penyalahgunaan dana telah terjadi dalam beberapa kes yang melibatkan tabung haji serta institusi-institusinya.
Harus diingat bahawa pendeposit hanyalah sekadar pendeposit yang tidak banyak memikirkan tentang pulangan apa jua pelaburan yang dibuat oleh pakar-pakar pelabur atau pelebur diTH itu.
Pendeposit tak pernah tanyapun berapa aset yang dipunyai oleh anak-anak syarikat TH, tak pernah tanyapun untungnya. Apa yang penting bagi mereka ialah menyimpan dan menunaikan haji dan wang mereka simpan dijamin oleh kerajaan.
Itulah sebabnya kita dapati penyelewengan demi penyelewengan berlaku yang melibatkan wang pendeposit TH. Dari pembelian harta tetap hingga ke pelaburan di syarikat asing dan tempatan dari minyak sawit ke minyak dan gas dan keladang-ladang kelapa sawit di Borneo hingga ke Papua dan tidak semena-mena berjangkit ke kilang roti Hi5 kepunyaan Datuk Jackson yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan PM. Apa berlakupun pada dana yang dilaburkan itu tidak penting dan para pegawai pelaburannya tidak mempunyai tanggungjawab penuh terhadapnya kerana dijamin oleh kerajaan. Rugipun kerajaan tanggung.
Entah bila agaknya pengurusan pelaburan TH berminat semula kepada pelaburan dalam industri makanan khususnya roti ini?
Al-kisah adalah seorang Melayu terhegeh-hegeh jumpa pegawai pelaburan TH supaya melabur dalam kilang rotinya yang sudah mencecah 20 tahun dan tidak mampu untuk berkembang. Pengusaha Melayu ini sedia meleburkan sedikit sahamnya kepada TH tetapi malangnya pegawai tersebut berkata TH tak minat melabur dalam bidang makanan.
Yang peliknya selepas menolak tawaran orang Melayu tersebut, tup-tup TH ambil alih kilang Hi5 yang telah dibuktikan kotor oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Sehingga kini TH telah berusaha mempromosikan roti ini kepada pendeposit dan juga kakitangannya. Ada saja majlis hari keluarga maka roti Hi5lah yang menjadi hidangan utama.
Banyak lagi kalau nak dipersoalkan tentang TH ini. Tentang zakat misalnya. Tiada siapa yang mampu atas keupayaan sendiri untuk mempersoalkan kaedah pengeluaran zakatnya.
Mereka menyatakan bonus yang kita dapat sudah dipotong zakat. Mungkin pendeposit mahu tahu bagaimana zakat itu dibayar dan atas dasar apa?
Apabila dinyatakan bahawa bonus mereka sudah dipotong zakat, banyak kekeliruan timbul apakah sejumlah wang yang terkumpul dalam akaun seseorang sudah dipotong 2.5% atas bakinya? Banyak pendeposit berpendapat bahawa wang simpanan dalam TH tak perlu dikeluarkan zakat kerana TH sudahpun memotongnya. Tiadakah seorangpun yang sedar bahawa wang simpanan kita dalam TH itu perlu dizakatkan kerana ia telah cukup nisab dan haulnya bedasarkan baki dan bukannya berdasarkan bonus. Ini yang gagal diterangkan oleh TH kepada pendepositnya.
Penubuhan persatuan ini bakal mampu menjadi suara yang menjadi mata dan telinga pendeposit agar teguran pendeposit yang mempunyai latar belakang yang pelbagai dalam menentukan hala tuju pelaburan TH.
Pendeposit juga akan mempunyai suara yang lebih dalam menentukan kelayakan dan keutamaan seseorang dalam mengerjakan rukun Islam kelima itu.

No comments:
Post a Comment