Tuesday, July 22, 2008

Jangan Buat Hal Tok Mat Said!




Baru 4 bulan bertakhta nak beli Mercedes? Hebat Tok Mat Said. Tahniah atas keberanian Datuk membuktikan keunggulan Terengganu sebagai Dallas Malaysia. Ya tak ya Datuk kalau pemimpin-pemimpin GLC boleh seorang satu Mercedes, inikan pula pemimpin nombor satu negeri pengeluar minyak.




Tok Mat Said kata itu bukan duit royalti. Tapi hakikatnya Tok, duit tu akan dapat juga. Jadi enjoy-enjoylah dulu dengan E200 kompressor. Bukan senang nak dapat.




Tapi Tok Mat, sudahkah Tok buat 'cost analysis' dengan komprehensif dan mengambil kira kos permulaan, kos penyelenggaraan dan yang paling penting pengaliran keluar membeli kereta impot dan apakah natijahnya dalam kerajaan berkempen membeli barangan Malaysia tetapi kepimpinan BN Terengganu tak mempedulikannya?




Kalau betul pun nak selenggara proton perdana mahal, apakah ia berbaloi jika dibandingkan dengan pengaliran keluar wang minyak negara? Bagaimanakah pula dengan sumbangan kerajaan negeri terhadap kerajaan pusat dalam menyokong industri tempatan.




Jangan buat hal Tok Mat.




Jengok sikitlah Lim Guan Eng. Walaupun bukan Islam tetapi beliau telah menjadikan model pemerintahan berhemah Umar Abdul Aziz dan mengamalkannya. Tak malukah kita apabila bila beliau telah mengurangkan juruiringnya dan menaiki kapalterbang tambang murah dan naik kelas ekonomi? Inikah Islam Hadhari Terengganu Bistari?

1 comment:

Anonymous said...

Kereta dah beli, dah pakai pun. Kabinet baru buat keputusan. Tak apa Tok Mat, sekurang-kurangnya kempunan dah hilang.
Tender je kereta tu komdian suruhlah anak-anak buah masuk tender beli balik murah-murah.