Ahli-ahli UMNO Ampang sudahpun kehilangan Datuk Mufti Shuib sebagai Ketua Bahagian berikutan dengan perletakan jawatannya atas sebab-sebab kesihatan. Bahagian tersebut kini dipimpin oleh Pemangkunya, Datuk Ismail Kijo.
Desas-desus mengatakan bahawa akan ada pertandingan merebut jawatan itu walaupun ada pendapat yang mengatakan Ismail akan selesa kekal sebagai Ketua Bahagian. Berita pertandingan yang kencang mengatakan ada seorang tokoh NGO yang terkemuka akan berdepan dengan Datuk Ismail setelah dikatakan beliau sudah tidak mendapat tempat di hati penduduk bahagian itu.
Kem Ismail berasa agak tergugat dengan penampilan tokoh NGO tersebut dan sedang bertungkus lumus memperkemaskan jentera dan penyokongnya agar tidak lari dari menyokong beliau.
Semua pemimpin sayap Pemuda, Wanita, Puteri and ahli-ahli jawatankuasa dipanggil agar sokongan tetap diberikan dan melarang sebarang 'orang asing' bertanding dalam UMNO.
Maka tersebarlah berita dalam satu mesyuarat Puteri di mana seluruh ahli jawatan kuasanya telah memberikan 'fatwa' bahawasanya 'Haram' untuk mengundi selain dari Datuk Ismail sebagai Ketua Bahagian. Ketuanya Haslinda Zerain adalah merupakan bekas calon BN kawasan DUN yang tewas kepada calon PKR dalam PR12 lalu.
Arahan ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak sihat dalam amalan demokrasi UMNO Ampang dan budaya 'mengemut' jawatan masih subur.
Pernah juga beberapa pemimpin Ampang menyatakan bahawa adakah patut pokok yang telah ditanam dituai hasilnya oleh orang yang tidak kena mengena?
Jelas pendirian seperti ini bercanggah dengan arahan UMNO pusat yang tidak melarang mana-mana ahli untuk bertanding jika memenuhi syarat dan pencalonan yang mencukupi.
Kalau inilah sikap para pemimpin UMNO Ampang, baca doa selamat sajalah pada pilihanraya akan datang.

2 comments:
Mufti perempuan orang Arab panggil apa? Muftiah?
Dekat-dekat Muthiah je. Haram? Ai, sejak bila ni UMNO orang-orang tertentu je boleh pimpin?
Ini satu perkembangan baru. Ini lebih brutal dari mufti lama.
Post a Comment