Pernah heboh sedikit masa dahulu tentang azan, bacaan solat yang menggunakan mikrofon mendapat kritikan daripada perempuan yang dijamu makanan anjing dalam penjara.
Braveiron ingin memberikan tumpuan kepada bacaan dalam solat.
Dari Surah Al Isra' ayat 110 Allah berfirman;
"....dan janganlah engkau mengeraskan(menyaringkan) bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana itu."
Dalam sebuah hadis yang berkaitan,
Ibnu Abbas ra berkata tentang turunnya ayat di atas.
Menurutnya, ayat di atas turun ketika Rasulullah saw berada di Makkah. Biasanya beliau membaca ayat Al-Quran dalam solat berjamaah dengan para sahabat, ialah dengan mengeraskan suara. Kerana itu bila terdengar oleh qaum musyrikin, mereka mencemuh Al-Quran, mencemuh Allah yang menurunkannya, dan mencemuh Rasulullah yang membawanya. Maka Allah berfirman "Wa la tajhar bi solatika .... atau jangan kamu mengeraskan suara ketika membaca ayat dalam solat, sehingga terdengar oleh orang-orang musyrik itu, dan janganlah pula terlalu direndahkan ketika membacanya di hadapan para sahabat sehingga tidak kedengaran oleh mereka, tetapi perdengarkanlah kepada mereka dengan suara sedang, sekadar terdengar oleh para sahabat itu.
Dari Sahih Muslim.
Dalam konteks sekarang, berlandaskan pada hadis ini maka adalah wajar sekali penggunaan pembesar suara mestilah untuk pendengaran jemaah masjid sahaja dan tidak dihalakan keluar seperti amalan banyak masjid dan surau sehingga jemaah ada empat orangpun menggunakan mikrofon.
Nas-nas ini jelas dan sahih, mengapa para mufti, ulama-ulama, ustaz-ustaz tidak mengambil inisiatif menegur kesilapan ini. Apakah mereka mahu biarkan amalan ini dengan alasan menegakkan syiar Islam tanpa mengkaji semua aspeknya.
3 comments:
Dah jelaslah tu. Jadi pak-pak imam, pak-pak bilal sila ambil perhatian.
Kalau ada AJK masjid ke surau ke tolonglah prinkan dan bagi pada imam.
Kalau boleh fotostatkan dan bagi seluruh masjid biar diorang sedaq sikit
Kadang-kadang imam-imam ni saja nak perdengarkan lagu bacaannya sahaja. Riaklah tu.
Post a Comment