Wednesday, October 8, 2008

"Dewa" Seri Anwar Ibrahim?



Jika tahniah boleh diucapkan, ucapkan tahniah kepada tokoh 'negarawan' ini kerana beliau telah menuju ke arah yang tidak pernah dijejaki oleh mana-mana pemimpin di negara ini. Setakat ini hanya Dewa Murugan sahaja yang dibina dan berdiri megah dan gah di depan kuil Batu Caves.

Walaupun replika gambar ini tidak setinggi Dewa Murugan, tetapi bibit-bibit pendewaan kepada pemimpin sudah bermula dan ia bermula dari seorang pemimpin yang beragama Islam yang masih hidup sihat.

Sudah tentu DSAI merasakan ini satu kempen promosi yang sangat hebat walaupun ianya jelas benar bercanggah dengan Islam. Bagi Anwar, peduli apa dengan Islam kerana perjuangannya juga jelas tidak berpaksikan Islam. Sebab itulah beliau mendapat sokongan yang luarbiasa dari orang bukan Islam khususnya anggota kumpulan haram HINDRAF dan sokongan ini tidak mungkin beliau kecewakan.

Apa yang menghairankan tidak ada apa-apa komen pula dari tokoh-tokoh kepimpinan ulama PAS khususnya Datuk Seri Hadi atau Datuk Tuan Guru Nik Aziz mengenai Anwar yang bakal didewakan ini.
Tapi tidak ada apa yang hendak dihairankan kerana kedua-dua badut PAS ini juga tidak menjadi seperti patung yang tidak berkata apa-apa bila Teresa Kok mencuit isu azan dan tulisan Jawi.
Kebenaran apa yang diperjuangkan oleh PAS ini? Saya mencadangkan supaya kedua-dua pemimpin PAS ini membuka serbah dan kopiah mereka dan ubahlah imej yang lebih konvensional supaya semua umat Islam tidak keliru lagi dengan kedudukan dan pendirian mereka.
Hasan Ali, ada komen apa-apa?
Lihatlah telatah PKR, baru menang di Selangor sudah buat benda-benda karut macam ini, bayangkan jika mereka memerintah kerajaan pusat.

3 comments:

Anonymous said...

Yang dok letak bunga kat patung Tugu Negara tu apa? Ini bukan patung, baru gambar yang dibesarkan. Mufti Perlis suka-suka je buat fatwa.

Anonymous said...

heiii anware!
ingat tak cerita maha dewa reiiiii!

Anonymous said...

Alah 5k je belanja buat menatang ni. Masukkan dalam kos a&p buat dewa ai.
Memang jelas ketaksuban ahli-ahli PKR terhadap ai.