Wednesday, October 8, 2008

Pak Lah Tak Pertahan Jawatan




Pak Lah sudahpun mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO selepas mesyuarat agong BN pada hari ini.


Kalau sebelum beliau umum sudah ada individu karut dalam UMNO mengumumkan untuk bertanding kerusi tertinggi maka tunggulah akan ada lagi ahli-ahli UMNO yang mengada-ngada mencari publisiti murah mengumumkan bertanding jawatan tertinggi. Anak Tok Mat hendak bertanding Timbalan Presiden dengan alasan meremajakan UMNO, seorang Ketua Cawangan di Pahang mahu jawatan Naib Presiden tak tahu alasannya; mungkin nak meng'akar umbi'kan UMNO. Macam-macam punya karut UMNO la ni.


Bukan apa, braveiron cuma teringatkan peristiwa Sulaiman Palestin mencabar Tun Hussein.

2 comments:

Anonymous said...

Mari kita tengok kekuatan tersendiri al menantu.

Anonymous said...

Jazlan buat hal ke saja nak kacau undi. Mungkin gak sebab bila boleh kacau undi boleh ugut mintak projek.