Friday, October 24, 2008

Syabas YB Zul!

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin telah mengganyang kedua-dua BN dan PKR yang tidak dilihat mempertahankan Islam.
Beliau menegaskan bahawa kekuatan orang Melayu terletak kepada agamanya dan serangan demi serangan dari pelbagai pihak dilancarkan seolah-olah Islam tidak wujud di negara ini.
Syabas Zul, kerana apa yang dikatakan adalah hak yang mana Parti Islam Semalaysia pun tidak berani berkata demikian kerana lebih takutkan kekurangan undi dari takutkan kekurangan petunjuk dari Allah, itupun kalau ada.
YB Zul menjangkaui perjuangan Islam pemimpin-pemimpin BN dan PAS oleh yang demikian braveiron mencadangkan YB Zul mengisytiharkan keluar dari menjadi ahli Pakatan dan menjadi Ahli Parlimen bebas.
Mungkin ramai dari mereka yang bukan Islam dalam PKR akan memandang serong terhadap Zul. Tetapi itu tidak menghairankan kerana PKR dan PR adalah parti 'melting pot' dan parti 'recycle'.
Sebab itulah pemimpinnya pun dah karut-karut sehingga zina pun dianggap sedekah dan wang zakat pun dicadangkan diagih-agihkan kepada orang Islam. Mungkin lembu qurbanpun akan dicadangkan diberikan kepada orang bukan Islam.
YB Zulpun berani menempelak Majlis Peguam yang amat lantang dan bersungguh-sungguh menentang Islam.
Inilah pemimpin Islam yang kita dambakan, bukan yang berserban 24 tetapi pendiriannya berubah-ubah mengikut kehendak zaman, atau bak kata pemimpin GERAK, Ezam, mengikut kehendak pasaran.

3 comments:

robotasimo said...

PKR adalh sebuah parti frankenstein. Otak fikir lain, anggota buat lain-lain.

Bonjol said...

Berani kerana benar, PAS PKR senyap seribu bahasa takut keluar kenyataan. Kalau keluar mungkin bercanggah. DAP? Tanya AI

cakorland said...

Samapi la ni PR takada lambang parti sebab tak tahu nak bentuk macam mana. Sebab perjuangan berbeza-beza. Pemimpin pun datang dari planet lain-lain.