Monday, October 13, 2008

Benarkan Setiap Ahli Pilih Pucuk Pimpinan

Ku Li menganggap sistem pemilihan parti yang diamalkan kini adalah salah dan beliau mengatakan bahawa setiap ahli mesti mengundi sendiri pemimpin tertinggi berlainan dengan cara menyerahkan kuasa mengundi kepada segolongan kecil elit yang boleh dibeli.
Majlis Tertinggi haruslah memikirkan perkara ini sejajar dengan kehendak dan aspirasi 3 juta ahli-ahli UMNO.
Mungkin ahli-ahli parti itu tidak lagi mahu hanya segolongan kecil sahaja yang berhak memilih pemimpin kerana hasilnya ialah UMNO kini tidak lagi mewakili aspirasi rakyat dan walaupun ahlinya berjumlah 3 juta, tetapi yang komited terlalu sedikit, itupun kalau hendak digerakkan dalam pilihanraya mesti 'hulur' terlebih dahulu. Keikhlasan berjuang hanyalah kerana wang, bukan semangat perjuangan yang tulin.
Sebab itu juga di banyak kawasan pilihanraya, ahli UMNOnya ramai, tetapi kekalahannya teruk sehingga ada ahli UMNO sendiri mengundi pembangkang sebagai tanda protes.
Maklumat ini semua ada dengan Majlis Tertinggi, masa sudah sampai untuk UMNO mencari pemimpin yang tulin dan bukannya pembeli undi.

7 comments:

Anonymous said...

SETUJU.............. Biar betul-betul pemimpin UMNO itu punya bakat kepimpinan yang terserlah, bukan terselak.

Anonymous said...

Ana pun seribu kali setujulah. Biar lebih meriah.
Semua ahli UMNO boleh undi siapa PM, TPM dsbnya.

Anonymous said...

Baguzz punya idea. Dah sampai masa UMNO lebih telus.

Anonymous said...

Ada baik, ada buruknya. Tapi eden pocayo yang baik lobih banyak eh. Tak cayo tanyo Sammy Vellu.

Anonymous said...

Laamaaaa dah patut buat.....

Anonymous said...

Baru betul kita dapat pemimpin yang kowww.

Anonymous said...

Tak payah ada kuota2. Sapa nak bertanding, bertanding. Baru meriah. Orang buat sepanduk pun boleh untung.