Saturday, October 18, 2008

Bosan-bosan Pun Ada Pencen Menteri Besar


Jangan bosan-bosan Tok, nak berjuang dalam UMNO tak semestinya ada jawatan.

Utusan Malaysia melaporkan, bekas Menteri Besar Selangor, calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Khir Toyo katanya sudah bosan dengan UMNO kerana insiden kononnya dipermainkan oleh dua bahagian Pemuda, satu Gelang Patah, Johor, satu lagi Padang Terap di Kedah.

Khir mendakwa pengundian telah dijalankan dengan mangangkat tangan dan menurut saksinya beliau mendapat undi yang lebih tetapi tetapi tidak diumumkan.
Hai Tok Khir, bosan-bosan pun ada pencen Menteri Besar. Kalau Tok sendiri bosan bayangkan mereka yang berjuang dalam UMNO tetapi tak ada apa-apa habuan sepanjang hayat tapi dinafikan bakat dan kepimpinan mereka.
Ingat-ingatlah ahli-ahli UMNO di Selangor yang juga sudah bosan dengan UMNO semasa Tok jadi Ketua Perhubungan dahulu.
Ingatlah Tok bagaimana pengundi sendiri sudah bosan dengan UMNO sehingga terlepas negeri Selangor.

Kalau Tok bosan, mana dia semangat perjuangan parti. Kalau kita bagus, ikut manapun orang akan sokong, orang akan undi.

4 comments:

Anonymous said...

Dalam UMNO sorang merajuk 1000 datang

Anonymous said...

Jadi Ketua Pembangkang pun ada elaun jugak.

Anonymous said...

Time dia buat orang tak kira, time dia cantas orang tak kira, time dia aniaya orang, tak kira, time dia tekan orang tak kira, toyo, toyo.

Anonymous said...

Toyol bawa penyapu