Saturday, October 11, 2008

Jangan Sandarkan Jawatan sebagai Modal Kempen

Pemimpin-pemimpin UMNO yang bakal bertanding bagi merebut Majlis Tertinggi kini sedang giat mencari publisiti dan menganggap diri mereka layak untuk memimpin. Malah ada yang dikatakan tidak mampu untuk mengukur baju di badan sendiri.
Tun Mahathir pula menganggap ada yang mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sebagai 'jokers' atau badut.
Tapi yang paling tidak seronok ialah apabila ada tokoh-tokoh yang punya jawatan kerajaan menyandarkan jawatan masing-masing sebagai kelebihannya untuk dipilih.
Sudahlah tu, janganlah fikir dengan jawatan itu boleh memberikan kelebihan untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Bertandinglah atas kekuatan sendiri dan tidak bergantung kepada jawatan Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri kabinet, Timbalan Menteri dan sebagainya.
Mereka ini seolah-olahnya menidakkan hak mereka yang tiada apa-apa jawatan bertanding dan menawarkan diri mereka untuk berkhidmat.
Kalaulah UMNO tidak perintah lagi, agaknya yang gah dengan jawatan kerajaan tu mampu tak berkhidmat atas kesungguhan dan keikhlasan sendiri?

4 comments:

Anonymous said...

Yalah, takkanlah yang tiada jawatan macam melukut tepi gantang. Pemimpin UMNO kebanyakkannya macam dah tak ada kekuatan sendiri, nak ganding dengan jawatan konon boleh berkhidmat lebih baik. TAAAIIK!

Anonymous said...

Pemimpin UMNO dah tak ada modal daaahhh.

Anonymous said...

UMNO untuk golongan elit je. Orang2 biasa mana dia orang layan.

Anonymous said...

Yang ada jawatan tu sedo-sedolah sikit. Jawatan tu kerajaan punya tau! Bukan parti. Awak tu dilantik dan kerajaan yang bayar gaji, bukan parti!