Monday, October 13, 2008

Bolehkah Rakyat Terima Khairy?

KJ kata beliau ada kekuatan sendiri dan tidak perlu pengaruh mertuanya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda.
Mungkin 'kekuatannya' itu perlukan definisi yang jelas, jenis apakah, bentuk apakah kekuatannya itu? Populariti? Rekod kerja? Rekod $$$?
Jawatan Naib Ketua diberikan secara percuma sahaja oleh Pergerakan Pemuda. Kerana apa? Tepuk dada tanya selera, walaupun tak diluahkan, dalam lubuk hati setiap Pemuda adalah kerana Pak Lah, PM yang juga Pak Mertua.
Kini bila Pak Lah sudah pasti melepaskan jawatan, pencalonan beliau adalah jauh lebih rendah dari Mukhriz anak bekas PM. Kekuatan sendiri atau saki baki kuasa Pak Mertua yang ada?
Mungkin ada Pemuda yang mahukan KJ memimpin, tetapi pastikah beliau diterima baik oleh masyarakat Malaysia kerana rata-rata kebencian dan kemarahan mereka masih belum reda.
Kalau hendak tunjuk bakat memimpin, bermulalah dari bawah dan bina semula kekuatan kepimpinan yang sebenar.

7 comments:

Anonymous said...

Terlampau sangat kejo cita-cita nak jadi PM sebelum 40.... Pigidahhh!

Anonymous said...

Terima khairy? Kalu buat survey mungkin bertong-tong orang undi TAK NAK KJ.

Anonymous said...

Tolaklah KJ ini sejauh-jauhnya.

Anonymous said...

Ambillah KJ ni wahai PAS.

Anonymous said...

Paklah kata bahagian yang belum buat pencalonan, calonkanlah calon yang belum cukup kuota, termasuk menantu saya.

Anonymous said...

Bagi dia jadi ahli HINDRAF pun ngamm.

Anonymous said...

Dua hari lepas dia kata dia underdog, nak orang kesian lah tu.