Monday, May 4, 2009

Anwar Perlu Momentum

Anwar dan PKR memerlukan rentak momentum dengan merangka beberapa lagi siri pilihanraya kecil selepas Penanti hujung bulan ini. Beliau perlu melakukan ini sebagai persediaan untuk menghadapi piliharaya umum ke 13 yang beliau kira boleh memberikannya peluang untuk menjadi PM ke 7.
Baru-baru ini muncul pula Manoharan pula berura-ura untuk melepaskan jawatannya sebagai ADUN Kota Alam Shah, Klang. DAP akan memberikan keputusan pertengahan bulan ini samada menerima keputusan Manoharan atau sebaliknya. Walaupun ianya kerusi DAP, momentum ini perlu untuk melemahkan morale BN dan para pemimpinnya setelah kalah dalam 4 pilihanraya kecil yang telah diadakan.
Bagi PKR, PRK-PKR ini juga amat penting untuk memesongkan perhatian rakyat terhadap kes liwatnya dengan Saiful serta memberikannya peluang untuk memilih dan menstruktur semula parti yang dianggap rakannya sebagai parti yang bermasalah dalam PR.
Anwar akan memilih kawasan-kawasan putih PKR/PR yakni kawasan-kawasan yang diyakini mendapat sokongan selesa.
Kemenangan-kemenangan ini Anwar jangka mampu untuk memberikan suntikan semangat untuk penyokong-penyokong PR lantas meluruhkan dan meruntuhkan kepimpinan Najib menjelang PRU13.

1 comment:

boroi_inc said...

Biasalah PKR ni fly by night party. Dah menang tapi struktur bukan lemah, tapi tak ada terutama di bahagian2. Succesion plan pun elek. Agak2nya lepas Anwar, Tian Chua kot.