Monday, November 17, 2008

Ubat Paling Mujarab Buat UMNO

Ada pemimpin kanan kata UMNO kini dalam keadaan sakit yang amat sangat dan memerlukan ubat yang kuat dan mujarab.
Siapa tak tahu perkara tersebut. Semua tahu. Semua kata UMNO kena ada ubat tetapi semua buat cara masing masing dan terus menerus berebut jawatan walaupun dengan cara tumbuk-tumbuk dan humban kerusi. Ada pula yang sekat orang baru, tak kurang juga yang guna bomoh dan orang-orang alim.
Apa yang menjadi masalah ialah semua kata ada formula nak kuatkan UMNO. Semua kata ada ubat yang mujarab untuk pulihkan keyakinan rakyat pada UMNO.
Kita rasa sangsi dengan orang UMNO yang berkata begini sebab mereka bermatian-matian hendakkan jawatan dan tak langsung kisah akan perpecahan yang kian membelah.
Ini kerana UMNO masih ada kuasa, atau saki-bakinya dan mereka ini pula berhempas pulas hendakkan kuasa untuk 'menyakau' apa yang ada dalam khazanah pemerintahan negara.
Ini masalahnya.
Apapun bagi kita, ubat yang mujarab bagi UMNO adalah kalah terus dalam pilihanraya atau hilang kuasanya.
Barulah kita akan tahu siapa yang betul-betul ingin berjuang dan memulihkan parti itu semula kerana sejak negara merdeka dan maju makmur, hanya mereka yang bernafsu besar dan mata duitan sahaja yang kononnya berjuang. Baru tiga hari jadi wakil rakyat, jadi menteri, hartanya berkembang tak tentu hala. Kalau dulu bercerita fasal kereta hebat-hebat kini bercerita fasal helikopter dan jet-jet.
Inilah kemajuan UMNO. Inilah kemajuan yang dijana oleh nafsu yang rakus.

2 comments:

Anonymous said...

Orang UMNO kini syok-syok sendiri. Masih ada ruang untuk gaduh dan berkelahi. Kuasa masih ada walaupun malap-malap.

Anonymous said...

Wanita pun dah riuh rendah sekarang. Meriahlah pemilihan UMNO kali ini.