Mungkin sekali kita pandang orang Amerika sudah matang berpolitik sehingga setelah lebih 200 tahun berpresidenkan orang kulit putih kini mereka mempunyai seorang presiden berkulit hitam bernama Obama yang dikatakan seorang yang universal. Bapa berasal dari Kenya, ibu berasal dari keturunan kulit putih, pernah tinggal dan belajar di Indonesia bersama bapa tirinya yang seorang Islam dan beliau sendiri dibesarkan di Hawaii.
Obamamania mungkin disambut begitu hebat sekali sehingga di Jepun, terutama di bandar Obama, Kenya dan Indonesia sendiri. Begitulah kesannya kemenangan Obama dan oleh kerana Amerika, masing-masing begitu ghairah mengaitkannya dengan kesamaan dan rentetan sejarah serta asal usul presiden baru itu.
Tetapi ingatlah, negara ini bukanlah negara yang kita sangka boleh diperintah oleh Presidennya secara hakiki. Ingatlah negara ini dicengkam pemerintahannya oleh tangan-tangan ghaib dari pergerakan Yahudi yang terkenal dengan kekejamannya. Biar siapapun yang memerintah kuasa tetap di tangan kaum ini yang menguasai Wall Street biarpun dalam kempen-kempennya Obama memberi jaminan akan nasib 'Main Street' atau golongan pertengahan dan bawahan.
Pernah Rothchild, pengasas kepada Rockerfeller Foundation mengatakan 'Let me control the financial sources of a country and I don't care who writes the law'
Walaupun dunia mengharapkan perubahan dari Uncle Sam, sama-sama kita menyaksikan setakat mana Obama boleh menunaikan harapan umat dunia, kerana sebelum ini dikatakan seseorang Presiden Amerika itu mesti minta izin walaupun untuk mengikat tali kasutnya.
Kita marah dengan Al-Gore kerana dia berlagak kurang ajar di negara ini dan menyambut baik kemenangan George Bush, tetapi apa akhirnya? Kemenangan itu diikuti dengan linangan air mata umat Islam di seluruh dunia akibat kekejamannya di Iraq, Afghanistan, Palestin dan di mana-mana sahaja ada orang Islam yang lantang bersuara.
Pendirian Obama terhadap Iran tidak berbeza, begitu juga dengan Rusia dan semestinya beliau tidak akan melayan sebarang perundingan dengan Hamas.
Jadi? Obama.....oooo sama saja.
2 comments:
US tetap US, siapa saja perintah missinya sama, hapuskan Islam selagi Yahudi berkuasa. Rahm Emanual, seorang Yahudi dah nak dinobatkan Chief of Staff.
Jangan harap agenda Yahudi akan berubah sehinggalah orang Islam mengikut telunjuk mereka.
Kali ini kita tengok siapa yang kenaaaa!
Post a Comment