Friday, November 7, 2008

Ong dan Obama

Maka berteriaklah si Ong kononnya orang Amerika setelah lebih 200 tahun mengenepikan soal perkauman dan memilih orang kulit hitam sebagai Presiden. Kata Ong, orang Melayu di Malaysia masih membincang dan menentang perlaintikan Ah Moi sebagai Pengurus Besar PKNS.
Kalau Liow sikit masa dahulu mahukan kerusi Timbalan Pengerusi BN, Ong nak apa? Jawatan Perdana Menteri?
Soalnya siapa yang lebih menebal perkaumannya di Tanah Melayu? Sekolah Cina masih wujud dan segar serta masih diberikan bantuan kerajaan, soal Bahasa Cina tidak boleh dipersoal sehingga sanggup berkurang ajar dengan Menteri tidak mahu berbahasa Melayu ketika isu Dong Jiong dan Suqiu.
Melihatkan keadaan-keadaan ini dan nasib Melayu di Singapura, kita boleh bayangkanlah huru hara yang akan bangkit jika impian Ong ini direalisasikan.
Ong mesti baca semula sejarah Amerika, tapi kalau tak baca pun tak apa kerana umum mengetahui bahawa semua kaum di Amerika itu adalah pendatang dari Britain, Afrika, Asia, Amerika Selatan dan dari setiap peulusuk dunia. Cuma bangsa yang menerima nasib yang lebih baik dengan menindas dan membunuh kaum lain termasuk pribumi Red Indian, adalah bangsa Aryan kurang ajar sehingga hari ini.
Memang semua sambut baik kemenangan Obama melihatkan era kepemimpinan Amerika paling bodoh bakal berakhir Januari ini.
Ong mesti ingat bahawa Obama bukan kulit hitam sepenuhnya, seperti dinyatakan oleh Rev Jesse Jackson, "He's not black enough!"

3 comments:

Cheguman said...

Ong boleh masuk Islam dulu. Pastu kita bincang semula baik-baik.

azlishukri said...

saya setuju tu..

Anonymous said...

Tak ada siapa nak kesian atau bantu umat Islam kecuali umat islam itu sendiri bangkit dan menggunakan segala yang ada. Ni tak masih nak gaduh dan berjuang untuk tengkolok sendiri.