Monday, November 10, 2008

Akhirnya Mat Tyson Layak Untuk STPM!

Akhirnya, Ketua Penerangan UMNO, Mat Taib 'layak menduduki peperiksaan STPM' kerana sebelum ini beliau merungut 'takkanlah setakat SPM' sahaja, berilah saya naik ke 'STPM'.
Di minggu akhir pemilihan bahagian beliau mendapat pencalonan dari Tanjung Karang, Kelana Jaya, Hulu Selangor, Tenggara, Kuala Lipis, Sungai Siput, Bayan Baru, Kota Marudu dan bahagian yang kalah semua kawasan Parlimen dan DUN, Ampang.
Beliau akan 'menduduki peperiksaan' itu bersama-sama Tan Sri Muhi yang telah layak sejak 19 Oktober lalu dan Datuk Ali Rustam, yang baru layak dua hari lepas.
Tan Sri Mat, buatlah kenduri kesyukuran kerana layak masuk bertanding, kerana kalau kelayakan pun tak ada, nak hunus keris pun orang gelak.
Macam mana nak berdepan dengan krisis yang menghadapi UMNO sekarang, macam mana nak menghadapi golongan Cina dari DAP dan MCA yang sejak kebelakangan ini semakin chauvinis terutama Presiden MCA yang baru yang kebetulan dari Selangor.
Tan Sri, lepas ni ada ke ura-ura nak masuk tahun satu?

3 comments:

Anonymous said...

Bagi peluang laa

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya Mat Tyson telah berjaya melarikan tuan puteri. Yang tu tak payah STPM pun.

Anonymous said...

Ada lagi. Siapa yang berani bawak cash banyak2? Mat Taib je. Kena tangkap lepaslah be!
Layak jadi TPM walau tak ada STPM.