Monday, November 10, 2008

Ehem! Boleh Ketepi Kak?

Shahrizat yang mula-mulanya senyap tak mahu berkata apa-apa kecuali 'terkejut' dengan banyaknya pencalonan beliau sebagai Ketua Wanita, akhirnya 'berdehem' mencuit Ketua Wanita Kak Rafidah supaya ketepi cepat sikit bersama-sama dengan Pak Lah.
Kata Shahrizat, masa setuju dengan peralihan kuasa tu, Perhimpunan Agung adalah pada Disember,
Tetapi oleh kerana tarikh tersebut sudah ditangguh sehingga Mac, agaknya, maka eloklah Kak Rafidah pergi lebih awal.
Apa pula agaknya kata Shahrizat jika semua perwakilan akur dengan proses peralihan kuasa itu dan tidak mencalonkan beliau?
Mungkin Kak Shahrizat mencongak, dengan keadaan beliau setuju untuk menunggu peralihan kuasapun perwakilan UMNO sudah mencalonkannya, apa lagi kalau beliau pulun berkempen!
Kak, di Lembah Pantai, pulun berkempen pun kalah dengan budak hingusan!

2 comments:

Anonymous said...

Eh-eh kak fidah, kak shahrizat 1001malam, apa dah jadi? Sorang tak mau bagi sorang lagi nak langgor

Anonymous said...

Tak apa bole betekak lagi. UMNO masih pegang kerajaan pusat apa.
Pusat wanita ada kacau sikit tak apa