Monday, November 24, 2008

Bila Fatwa Lebih Perhatian, Melayu Pakar Goncang Kencing Syaitan



Fatwa adalah satu ketetapan yang diwujudkan untuk memberikan keterangan dan kefahaman serta kedudukan sesuatu isu yang tidak jelas dalam hukum Islam yang berasaskan empat sumber, Al-Quran, Al-Hadis, Al-Ijma' dan Qias. Kadangkala perkara yang terang dalam hukum juga terpaksa dikeluarkan fatwa akibat ketandusan ilmu agama di kalangan umat Islam kini.


Baru-baru ini heboh fasal isu pengkid dan yoga yang mana fatwa telah dikeluarkan untuk membanteras kedua-dua gejala ini. Kedua-dua perkara mempunyai nas yang jelas dalam Hadis dan Quran tetapi terpaksalah dijelaskan atas nama fatwa kerana kononnya telah wujud persoalan mengenainya.


Umat Islam kini telah dihidangkan pelbagai-bagai simpang kesesatan melalui jalan-jalan yang mengabui kaedah-kaedah hukum dan mereka banyak menghabiskan masa, wang dan tenaga membincangkannya dan walaupun fatwa dikeluarkan ianya tetap mengundang perbahasan dan penentangan. Ini berlarutan sehingga menjauhkan kita kepada hukum-hukum yang jelas dalam Islam.


Saya terbaca dalam akhbar New Sunday Times mengenai seorang anak Melayu yang begitu cemerlang dalam bidang menggoncang dan mencampurkan arak. Rencana mengenai anak muda ini tidak langsung menggambarkan keganjalannya disebabkan beliau seorang Melayu, berdasarkan iras muka dan namanya Rizal Junior Johari.


Apakah kesimpulan yang diambil dari rencana ini? Ia terpulang kepada golongan mana yang menilainya. Bagi Rizal sendiri, ia adalah seni.


Mungkin yang tidak berilmu dan tidak kisah kepada hukum akan bersetuju dengan Rizal.


Ada Melayu Islam yang juga peminum arak juga akan merasa lega kerana ada juga anak Melayu yang sudi menghidangkan khamar yang istimewa mereka.


Arak jelas dalam hukum, begitu juga mendedahkan aurat, begitu juga riba, judi, zina, begitu juga percampuran antara lelaki dan wanita dan lain-lain perkara yang dilarang syarak.


Oleh kerana fatwa lebih mendapat tempat dalam polimik dan perbincangan masyarakat maka hukum, walaupun jelas, tiada siapa yang peduli. Orang Islam yang jelas terlibat dalam perkara-perkara ini juga tidak dipedulikan.
Justeru, keengkaran kepada hukum sudah menjadi satu adat dalam masyarakat Islam. Siapa peduli?

5 comments:

Anonymous said...

Langgar fatwa kena hukum, langgar hukum tak ada apa-apa. Cantik!
Fatwa pengkid ada. Langgar ambik tindakan. Yang aurat terdedah, terlambak, apa tindakan.
Kalau pengkid menjurus kepada lesbianism, dedah aurad menjurus kepada zina.

Anonymous said...

Lelaki dedah aurad masa main bola dan bersukan, tiada tindakan yang boleh dibuat untuk perempuan yang dedah aurad kerana isteri perdana menteri, isteri menteri-menteri pun tak pedulikan hukum aurad, judi ada yang halal ada yang haram, kelab malam pun ada orang Islam yang punya, drama, movie melayu ajar bercampur tanpa batasan. Ini hukum-hukum yang jelas yang dilanggar. Kenapa tiada tindakan????? Tak heranlah kalau fatwa dipersoal!!!

kulatlapok said...

salam Tempeyek:

Kenapa guna Nama Tempeyek Melaka?? Tak guna tempeyek ampang k? tempeyek bukit belacan ke? Sorry firtstime menziarah sdr. TQ

tempeyekmelaka said...

Orang Melaka be!
Kenapa guna kulatlapok?

tigabelas said...

ni masalahnya kalo tiada pemimpin yg lead by example..ckp huhahuha Islam sana Islam sini..bini sebelah xpki tudung..

Lain yg disuruh ,lain yg dibuat