Sunday, November 30, 2008

Hello P36!

Kepulangan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail ke rahmatullah 28 November lalu membuka sebuah gelanggang baru untuk pertarungan antara BN dan PR dalam pilihanraya kecil dalam masa terdekat ini.
Bagi BN Kuala Terengganu bakal merupakan setakat mana usaha memperbaiki imej mereka menunjukkan kesannya dan bagi PR pula ia adalah penting bagi meyakinkan rakyat lagi akan cita-cita Anwar untuk memerintah Malaysia.
Dalam pilihanraya lalu, Almarhum Datuk Razali cuma menang dengan majoriti sebanyak 628 undi mengalahkan calon PAS 'Ustaz' Mat Sabu.
Adakah BN mampu mencatatkan majoriti lebih tinggi kali ini atau sebaliknya? Faktor siapa calon akan memberikan kelebihan. UMNO mesti memilih calon yang setanding dengan Datuk Razali, yang merupakan bekas Pengarah Pelajaran Terengganu manakala PAS tidak mampu lagi menempatkan personaliti seperti 'Ustaz' Mat Sabu lagi kerana telah beliau tiada karisma yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Lagipun beliau adalah orang luar.
Bagi penduduk Kuala Terengganu bersiap sedialah untuk salah satu pesta terbesar musim tengkujuh ini.

4 comments:

rotigirl said...

Mat Sabu dah boleh hapus kira. Nenek yang bertanding tu pun lebih baik.

rotibai said...

PAS dan PKR akan berebut nak kerusi ni. PAS kata dia, PKR kata dia boleh menang sebab PAS kalah dulu.

boroi obama said...

Mau tak mau PKR kena bagi PAS jugak, nak ambil hati...

braveiron said...

Sah si Sabu jadi calon PAS. Ini cadangan Tok Guru ni, mesti ada berkatnya.