Calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz mencadangkan supaya sekolah satu sistem diperkenalkan bertujuan untuk memupuk perpaduan masyarakat di usia yang muda. "Melentur buluh biar dari rebung" katanya.
Cadangan beliau itu telah mendapat sambutan dari beberapa pihak yang bersetuju dan banyak juga yang tak bersetuju.
Dalam radio Bernama juga banyak dibincangkan dan kebanyakan yang bukan Melayu tidak bersetuju dengan cadangan mereka itu dan membangkitkan tentang sekolah-sekolah agama yang bantu kerajaan. Mereka juga menuntut agar sekolah-sekolah agama mereka juga ditubuh dan dibantu sepenuhnya oleh kerajaan.
Satu yang melucukan ialah mengapa sibuk mencanangkan soal perpaduan masyarakat Malaysia sedangkan soal perpaduan masyarakat Melayu pun kucar-kacir.
Ada Melayu PAS, ada Melayu PKR, ada Melayu UMNO, ada Melayu DAP, ada Melayu PPP, ada Melayu Gerakan, ada Melayu komunis, ada Melayu sosial, ada Melayu Islam Liberal, ada Melayu celup dan berbagai-bagai Melayu lagi.
Jangan kiralah bani-bani Melayu tradisional seperti Jawa, Bugis, Rawa, Boyan, Minang, Kerinci dan lain-lain.
Melayu PAS, PKR dan UMNO dah tentu berpecah, Melayu dalam PAS pun berpecah, lebih hebat Melayu dalam UMNO, mungkin perpecahan Melayu dalam PKR lebih hebat.
Agak-agaknya jika Melayu bagi signal nak bersatu padu, berani tak bangsa lain angkat muka menuntut itu dan ini? Soal itu dan ini. Kecam sana kecam sini.
Mungkin ramai yang bukan Melayu kini sedang ketawa besar bila ada Melayu nakkan publisiti dengan menyuruh orang lain bersatu padu sedangkan bangsa sendiri centang perenang.
Agama Islam pun tidak mampu menyatukan Melayu, inikan nak buat sistem itu dan ini untuk satukan masyarakat satu negara.
Perpaduan satu bangsa dominan sahaja dapat menyatukan seluruh rakyat Malaysia yang mahu tak mahu kena akur, bukan sistem, bukan undang-undang.
3 comments:
Apasal sunyi je blok ni?
Assalamu'alaikum Wr,Wb
Seruan tersebut sepatutnya di buat 40 tahun dulu
Seperti sudah diduga bukan Melayu semua kecam Mukhriz. Melayu memang tak layak cerita pasal perpaduan.
Cubalah ada mana-mana ahli politik Melayu ke tak kira dari mana-mana parti cadangkan satu rancangan supaya Melayu boleh bersatu atas nama Islam.
Post a Comment