Wednesday, December 24, 2008

Ini Dia Petualang Melayu Dari Perak


"Seronoknya bagi Melayu mati, lepas ni dapat naik Camry..."




Demi jawatan dan kuasa, Bapak Menteri Besar Perak yang katanya warak telah memberikan satu lagi anugerah kepada penjarah, penjenayah dan pengkhianat bangsa dan agama. Kerajaan telah menganugerahkan tanah untuk kelompok komunis ini di satu kawasan khas dinamakan kampung baru supaya mereka memulakan hidup yang baru dan melupakan kegiatan ganas dan subversif mereka. Anugerah ini telah melalaikan orang Melayu betapa nasib keturunan anggota keselamatan yang bermati-matian menentang golongan ini dari menumbangkan kerajaan dan mahu menubuhkan kerajaan komunis.



Berapa banyak yang mereka telah dijanda dan dianakyatimkan dari kalangan orang Islam?



Ganjarannya, tanah yang sudah diberi, ditukar status kepada hak milik kekal.

Inilah seorang petualang bangsa yang bakal merosakkan orang Melayu yang lebih sedih lagi dia ni dari parti Islam yang kononnya menjamin keadilan dan kesamarataan. Kenapa tidak bela nasib keturunan angkatan tentera yang terkorban yang rata-rata masih belum sempurna pembelaannya.



Daripada membuat lebih banyak dosa, berhentilah, Sedarlah awak tu diberikan jawatan Menteri Besar di bawah naungan Tuanku Sultan Perak, Raja Melayu, tetapi menjadi petualang bangsa dan agama dengan merestui bekas penyokong komunis, musuh segala agama.

Belum lagi kita tanya berapa banyak kawasan bijih, kawasan hutan yang sudah dilepaskan kepada tokeh-tokeh Cina lagi.

Tak guna ilmu agama yang ada tu.
Menteri Besar yang enggeh, Ngeh terus tersengih, Melayu terus tersisih.

Selamat Melayu Perak.....

1 comment:

Anonymous said...

Nama je melayu tapi semua gadai kat cina. Perangai PKR cina yang kurang ajar buat election pilih ketua kampung pun x leh kontrol.
Dah bagi tanah 999 tahun pun tak guna. Apalah punya menteri besar.