Monday, January 5, 2009

Debat ISA: Melayu Taksub, Melayu Jumud

Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menerima pelbagai kecaman dan kritikan apabila menyatakan pendiriannya mengenai ISA. Malah isu undangan untuk debat mengenainya juga telah diputar belit dan dipolitikkan sehingga PPIM dianggap gentar untuk berdepan dengan Mat Sabu dan Teresa Cock.
PPIM telah menerima dan menyambut baik serta mengalu-alukan jemputan daripada sekretariat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan mengenai Wacana Perdana “ ISA KEKAL @ MANSUH” tersebut yang dijadual diadakan pada 6 Muharam 1430H (Sabtu 3 Januari 2008).
PPIM dalam kenyataannya mengatakan bahawa mereka tidak gentar untuk berdialog secara terbuka dengan mana–mana pihak tetapi demi maruah agama dan bangsa tetapi mengapa perlu bertelagah sesama sendiri.
Atas dasar ini, PPIM telah bersetuju untuk berjumpa secara tertutup dengan mana–mana wakil PAS di tempat yang dipersetujui mereka bagi membincangkan bukan hanya isu ISA tetapi apa juga isu berhubung maruah hak agama Islam dan bangsa Melayu. PPIM bersedia berjumpa dengan sesiapa saja dari pihak PAS untuk membincangkan bukan sahaja isu ISA malahan berhubung kemelut agama Islam dan bangsa kita yang semakin kritikal.
Menurut PPIM lagi bertelingkah sesama Islam melanggar prinsip perjuangan mereka.
PPIM juga menyatakan kesediaan berdialog dengan Teresa Cock di mana sahaja dan pada bila-bila masa secara terbuka.
Walau dengan penjelasan PPIM ini ada pihak pula mempermain-mainkannya konon tidak mahu berdebat dan tidak gentlemen. maipikiaq dari blog 'forum gerak reformasi' http://disc.yourwebapps.com/discussion.cgi?disc=29561;article=709954; mendakwa bahawa PPIM hanya mampu membawa sepanduk dan berarak di jalanan.
Tetapi, agak hairan juga dia yang mengatakan PPIM tidak gentleman juga tidak mahu atau TAKUT untuk mendedahkan nama sebenar; setakat maupikiaq sahaja. Tak ada telur ke?
Begitulah gara-gara Melayu yang taksub dan membawa kepada pemikiran yang amat jumud yang boleh menghancurkan umat.

2 comments:

Anonymous said...

Apa tujuan ISA diwujudkan. Apa tujuan dimansuhkan ISA. Kalau sekadar demi politik memang wajar ISA dimansuhkan. Tetapi kalau demi negara dan keselamatan - tak perlulah.

Anonymous said...

Demi negara
Yang tercinta,
Ku curahkan bakti penuh setia
Demi raja
Yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbalah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja, sama berusaha
Demi agama, bangsa dan negaraaaaaa