Monday, January 19, 2009

HARAMKAN Orang Islam Masuk DAP

Majlis fatwa kebangsaan wajib mengeluarkan fatwa terhadap segelintir orang Melayu yang menyertai DAP. Ini adalah kerana perjuangan parti itu jelas anti Islam dan amatlah sedih dengan sikap orang Melayu yang mahu menyertai parti yang memusuhi Islam ini secara langsung.
Lagi sedih bila melihat ada yang berkopiah turut serta dalam penubuhan cawangan Melayu DAP baru-baru ini.
Dulu PAS buat fatwa siapa yang menyertai parti kafir dia kafir, kenapa diam bila ada Melayu masuk DAP.
Karpal berkali-kali mengulangi pendiriannya tentang hukum hudud, tak sedar lagi ke?
Oleh yang demikian, badan agama Islam tertinggi dalam menggariskan fatwa WAJIB mengeluarkan fatwa mengharamkan orang Islam dari menyertai parti ini secara langsung.

2 comments:

Anonymous said...

Sahlah ini satu strategi DAP untuk tempatkan orang Melayu dari parti itu jadi MB. Lebih senang dia nak putar telinga.

sahabat gunung said...

Saya turut bersedih, kerana adanya orang melayu yang bersimpati seterusnya menyokong perjuangan DAP ini.

Namun apa nak dikata, orang tu sudah buta hatinya.