Dalam ucapan sulungnya, Presiden Obama telah menyeru kepada negara-negara yang kononnya memilih keganasan dalam mencapai cita-cita supaya melihat diri mereka dan ingat bahawa rakyat mereka menilai kepimpinan melalui apa yang boleh dibina dan bukan apa yang dimusnahkan.
Dari satu sudut ucapan ini adalah sesuatu yang positif tetapi, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga telah meneru kepada kuasa-kuasa besar agar mencari sebab keganasan dan bukannya menyerang negara-negara terbabit secara membabi buta.
Adakah Obama mengeluarkan kata-kata itu dengan niat menyindir kepimpinan Bush yang terbodoh dalam sejarah Amerika? Ini adalah kerana kemusnahan yang dibawa Bush adalah yang paling banyak daripada kemusnahan dari Perang Dunia Kedua. Kemusnahan infrastruktur juga kemusnahan sifat manusia itu sendiri. Dalam masa yang sama Bush telah meninggikan kebinatangannya. Lebih malang beliau tidak menyesal sedikitpun.
Dunia menanti dengan penuh minat akan pendekatan kepimpinan Obama yang telah menyentuh tentang persefahaman yang lebih dengan masyarakat Islam dunia.
Upapan sulung itu boleh juga dianggap sebagai mahu menyucikan najis yang ditinggalkan Bush.
Walau apapun pendekatan digunakan, negara-negara Islam harus lebih berhati-hati kerana pendekatan yang halus adakalanya lebih bahaya dari tindakan kejam.
Kita harus berpegang teguh kepada saranan Allah supaya jangan kita mengambil orang kafir itu sebagai sekutu kita.
Modal ini juga telah digunakan Hadi untuk mengkafirkan orang UMNO dahulu.
1 comment:
Bersihkan sampai habis :-)
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu
Post a Comment