Peluasan tafsiran saudara dalam akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mungkin akan menjelaskan kekeliruan atau menguatkan lagi akta pencegahan rasuah sebelum ini.
Saudara diperluaskan skopnya kepada anak, isteri, sepupu, bapa saudara, emak saudara dan lain-lain istilah pertalian saudara.
Yang jelas ditinggalkan adalah saudara sesama Islam.
Dalam kebiasaan mereka yang hendak melobi sesuatu projek, selalunya pelobi akan mencari sesuatu persamaan dengan orang yang dilobi. Malah jika ada bau-bau bacang atau 40 pupupun diakui sebagai saudara.
Tetapi bila sesuatu berlaku, adik beradik, malah anak dan bapa pun tak mengaku saudara.
Pelbagai helah dicari untuk menafikan pertalian saudara itu. Berbanding dengan pelbagai kaedah dan salsilah dikaji untuk mengaku saudara untuk mendapatkan sesuatu.
Begitulah naluri manusia yang mementingkan nafsu, dan langsung tidak ikhlas dalam bersaudara.
No comments:
Post a Comment