Tidak dinafikan bahawa penceraian kini menjadi satu gejala yang sudah menjadi biasa. Akhbar-akhbar Melayu pun tidak pernah mengabaikan cerita-cerita artis dan orang glamour bercerai berai. Mungkin pasangan biasa kalau bercerai, siapa pun tak ambil peduli, tapi kalau artis atau yang glamour-glamour bercerai, berita dibaca dengan teliti.
Surat khabar pun terlalu seronok dan menyediakan ruang khas di muka depan tentang 2 atau tiga artis dan orang glamour bercerai.
Ada sudut positifnya. Sekurang-kurang orang Melayu Islam sekarang bertambah ilmu dan faham apa itu fasakh, sulh, talaq ba'en, talaq khulk, tuntutan nafkah, harta sepencarian dan lain-lain istilah talaq yang biasanya kita pelajari di masjid-masjid dalam bab nikah kahwin dan talaq-talaq ini. Ada juga yang nakal-nakal simpan senarai nama-nama artis comel yang dah di'single'kan tu.
2 comments:
Tahniah Utusan kerana menghebah dan membesar-besarkan cerita artis-artis bercerai. Semoga ia menjadi contoh kepada generasi muda kita sekarang. Selamat Melayu!
terima kasihlah artis-artis yang menyebarkan ilmu
Post a Comment