Friday, September 5, 2008

Pelopor Kepimpinan RASUAH

Ahli-ahli PKR nampaknya begitu yakin akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia setelah BN menguasainya selama 51 tahun. Komitmen demi komitmen pula telah dibuat oleh wakil-wakil Sabah dan Sarawak yang mereka akan terus setia dengan BN.
Apakah janji yang ditaburkan Anwar kepada mereka yang lompat? Kini sentimen 16 September sebagai cuti telah menimbulkan banyak polimik. Entah apa lagi yang akan Anwar lakukan untuk merealisasikan matlamat beliau menjadi PM?
Beliau bercakap soal rasuah tetapi dalam masa yang sama beliau pasti menjanjikan sesuatu yang lebih manis kepada mereka yang difikir cenderong untuk melompat. Tiada lompatan jika tiada dorongan? Tidak puas hati dengan kerajaan sekarang? Alasan ini tidak cukup kerana Anwar juga pernah dalam kerajaan dan tiada apa kelainan yang dilakukan kecuali mengungkap istilah-istilah baru dalam bahasa retoriknya.
Apakah dorongan yang dibuatnya itu satu rasuah yang besar kerana dengan dorongan itu telah mengakibatkan negara ditubuhkan atas dasar rasuah. Maka bila ini terjadi maka apa yang dikhuatiri adalah kelemahan kerajaan yang bakal dibentuk ditambah pula dengan ketidaktentuan yang amat sangat. Apa tidaknya dengan majoriti 2-3 kerusi akan memungkinkan kerajaan BN juga melakukan perkara yang sama. Pindah kepimpinan lagi.
Jadi orang Malaysia ini sudah tidak ada kerja lain selain dari melihat aksi-aksi jijik para pemimpin, yang diajar oleh Pelopor Kepimpinan Rasuah, Anwar Ibrahim.

4 comments:

Anonymous said...

Sekarang dia nak songsong ke Taiwan mintak semua MP yang pergi jadi katak. Kalu berjaya jadilah PKR Parti Katak Rakyat.
Katak katak katak katak lompat lompat lompat

Anonymous said...

Anwar pernah pijak bendera UMNO, bakar bendera UMNO, sokong Amerika, sokong zionis, dia tak hairan orang Melayu, Malaysia nak kata apapun. Yang penting dia jadi PM dan menawarkan Malaysia makanan baru regim zionis

Anonymous said...

PKR=Penagih Katak Rangup.
Anwar punya gorenglah yang jadikan katak rangup.

Anonymous said...

Pelopor rasuah UMNOlah,
Anwar Pendokong Kepimpinan Rasuah,
baru betul.
2X5 mereka ni